Apa TB? ntah! cik rin baru nak mintak tolong En. Google carikan maknanya. Boleh ke? baik tak usah kang apa2x jer dia kasi translate merepek meraban dia. Sebenarnya nak cerita kat sini adik ipar cik rin, suami kepada adik bongsu cik rin disahkan mengidap TBI. Bahasa melayu nya penyakit batuk kering berdarah. Dah masuk hari ke empat. Baru cik rin tahu betapa bahayanya penyakit TBI ni. Harap2 adik ipar cik rin kembali sembuh sepenuhnya. Dokter kata untuk sembuh makan masa lebh kurang 6 bulan. Mak cik rin kat kampung pun ada bantu dengan perubatan tradisional. Moga2x ada perubahan. Tengok adik cik rin ngan anak dia yang berumur 4 bulan. Rasa sedih dan sayu...sedaya upaya kami sekeluarga cuba ceriakan dia. Hampir setiap hari dia pergi melawat suaminya di HSA. Anak pulak dihantar kerumah pengasuh. Dalam keadaan begini yang penting kita kena tabahkan hati, kuatkan semangat. Sesekali meleleh juga air mata adik cik rin. BIla mak kami cakap pasal suami dia.
Sedikit info mengenai penyakit TBI
TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.
Bagaimana TIBI Merebak ?
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.
Tanda-Tanda TIBI
•Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
•Kahak yang mungkin mengandungi darah
•Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
•Susut berat badan dan hlang selera makan
•Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
•Mudah menjadi letih
Cara Mengesan Penyakit TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
a.mendapatkan pemeriksaan doktor
b.melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
c.menjalani pemeriksaan x-ray dada
Rawatan
Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.
•2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
•4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu
Pencegahan
•Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
•Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
•Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan