Pada mulanya ku hanya cuba-cuba nasib dengan menghantar resume ke Sime Darby. Tak terlintas pun di fikiran ni mereka akan menggajikan orang seperti aku yang tiada kelulusan diplom atau ijazah. Orang kata rezeki ada dimana-mana. Dan baru saja ditemuduga terus aku diterima bekerja untuk jawatan Technicin Documentation ( kontrak sehingga june 2013)tak sama dengan jawatan sekarang ini iaitu H.R Executive. Hanya tinggal berbincang tentang gaji pokok dengan HR sime darby sahaja. Naik jer kerja hari khamis lepas aku ditimpa bebanan bak berjuta tan dibahu. Mana taknya aku kena buat pilihan sama ada terus memberi khidmat di syarikat yang sekarang ini aku bekerja atau berpindah ke tempat baru iaitu Sime Darby. Ingatkan bebanan tu dah berakhir semalam dengan penolakan secara baik yang aku buat. Pada mulanya mereka nmenawarkan gaji sebanyak RM1200, kemudia RM1500. Malam tadi tidurku amat lena. Tapi, tiba-tiba pagi ini aku terima satu panggilan dari no. h/p yang aku tak kenali. Rupa-rupanya en. hj. said. Pengurus projek di Sime Darby. Dia pujuk aku untuk terima kerja disana. Dan akan membantu aku untuk mendapatkan gaji pokok RM1800 yang aku minta. Dengar macam seronok kan? Tapi berat rasa hati nak meninggalkan Hoe Seng. En. said bagi masa hingga hari selasa depan untuk aku buat keputusan. Masa tengah berbual ngan en. said, ah how boss aku call. Tapi disebabkan tengah berbual ngan en. said jadi aku tak terima panggilan tu. Kemudian, aku call balik ah how tanyakan ada apa dia call. Sambil tu aku mencelah menanyakan dia datang ke pejabat tak hari ini. Hampeh! dia tak datang, tapi dia ada bertanyakan ada apa ya? Aku cuma katakan yang aku nak berbincang.....dalam antonasi mendatar ah how bertanya "ada apa"? Aku hanya berkata yang aku nak resign. Sekali lagi dia terdiam. Dengan cepat aku mencelah "tak apalah hari selasa saja kita berbincang. Itulah ayat terakhir bagi penamat bualan kami. Lagi sekali h/p aku berdering, dan kali ini hr Sime Darby, Fasharina yang memanggil, ok.....aku di offer RM1800 dan kadar bayaran untuk kerja lebih masa hanya RM6.50 tak kiralah hari biasa, hari ahad atau cuti umum. Wah banyak berbeza, dari gaji dibawah RM1600. Kadar bayaran lebih masa adalah 1.5 dan aku perlu beri keputusan hari ini juga. Dengan bijak dan cekap aku minta pengangguhan sehingga hari selasa. Ya! selasa untuk aku bincangkan dengan ah how boss aku yang dah 12 tahun aku berkhidmat untuk syarikatnya. Aku juga perlu berbincang dengan suamiku dulu. Banyak benda yang perlu di tolak dan congak sebelum aku membuat keputusan besar.
Ngeri oi kalau jumpa menatang kat atas tu..........
p/s: setiap kali telifon bimbitku berdering...acap kali jantungku seakan terhenti sebelum aku melihat no. siapa yang terpapar diskrin telefon.