Wednesday, August 21, 2013

HAIZAQ NAUFAL

Selasa subuh dalam jam 2.00 pagi naufal terpaksa dikejarkan ke HSA kerana batuk & demam yang tak henti. Masa raya hari ahad lepas batuk naufal dah nampak teruk. Tak sangka kena masuk hospital. Semalam aku, husband, mak & adah pergi melawat naufal di HSA. Tengokkan keadaan naufal menyayat hati ini. Sedih tengokkkan naufal yang tak henti nangis, pantang ibu dia gerak sikit dia dah menangis, nak kena sentiasa dipeluk. Maklumlah tengah tak sihat. Ucu cakap bila nurse amik darah naufal dan naufal nangis, ucu pun turut nangis sama. Siapa tak sayang anak......bila aku pergi melawat naufal kat HSA rata2 yang menjaga anak semuanya ibu2. Sedih dan sayu melihat keadaan anak2 yang sakit kat hospital. Aku memang tak sunggup.

BUNGA API PERTAMA BUAT SYIERA

Tahun ni anak dara saya dah boleh bermain bunga api. Tapi masih perlu dipantau oleh ayahnya. Kemain seronok lagi dia. Si abang tak usah nak kata apa. Memang kesukaan dia. Tahun2 sudah siang pun nak main bunga api. Tapi tahun ni ayah dia beli banyak sikit ler bunga api sebab kena share ngan adik. Tapi yang banyak mainnya si abang. Berapa banyak tapi ler...Moh! kita tengok aksi derang.














RAYA MARATON 2013

Raya tahun ni kami buat lain dari biasanya. Raya rumah ke rumah adik beradik dalam sehari. Mula2 dia orang datang umah kita. Sebabnya umah kita paling jauh ler. Kemudian umah kakak, pastu umah adik yang bongsu dan terakhir sekali umah adik yang no 4 sebab dia buat open house.   




















KUIH RAYA 2013

Tahun ni tahun kemalasan saya berniaga kuih raya apatah lagi membuat kuih raya. Tapi tahun ini adalah tahun pengeluaran belanjawan paling tinggi disyarikat Hazri Noreen Private Limited Edition. Ceh wah!.....Semua kuih dibeli dari officemate, Kakak, Adik ipar dan pasar karat JB. Pasar karat pun ada kuih tau.....semua ado.....Tapi tahun ni paling banyak jenis kuih yang aku borong. 
 KEREPEK UBI

 UBI PEDAS

 COOKIES CHIP

 BATANG BURUK

 KACANG GAJUS

 TART NENAS GULUNG
BANGKIT CHEESE 

 ALMOND BERSALUT CHOCOLATE

 CRUNCHY COOKIES

 ALMOND LONDON

 CHOCO NUT CHOLOCATE CHIP

 LAPIS CADBURY

 JERUK SALAK

 JERUK CAMPUR

 KEREPEK PISANG

KEROPOK RODA KARI

RIANG RIA RAYA 2013

Selamat Hari Raya semua, pada yang mengenali kita dan tahu kita duk kat mana tu jemputlah datang beraya kerumah. Tapi sebelum tu calling2 dulu. Nak wat open house tak larat, penat......Dari itu siapa nak datang umah baru kita masak2. Raya tahun ni happening bagi diri kita. Dari persediaan nak berpuasa, raya dan lepas raya. He3x....gamaknya........Tahun ni kakak beraya ke pahang, adik yang bongsu ke Negeri 9. Abang yang sulung tak dapat balik beraya duduk nun di kluang. So tinggal kita, adik yang no 4 dan 5. Tahun ni kita tak jadi ejen kuih raya, tak jahit langsir raya. Tapi buat persediaan untuk hari raya. 

Monday, August 12, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Alhamdulilah, dengan percubaan kali ke-2 pintu gua blog ni dah terbuka. Rasanya lama tahap makan tahun blog aku ni tak der cerita yang terbaru. Mesti teman-teman boring asyik tajuk yang sama sejak 2012. Banyaknya kisah nak diceritakan....ok2x pelan2 yer. Tengah susun cerita. Tunggu je lah yer. Tunggu UMOBILE hidup balik. Yang lama dah potong sebab rasa cam mahal jer dan tak berbaloi. Dengan bil broadband lagi RM68 sebulan + bil prepaid RM30 sebulan. Tengah mencari plan yang jimat, tersangat jimat.

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers