On the way nak siapkan juadah hari raya qurban. Hajat dihati nak masak Rendang daging, Kari ayam + nasi impit .
Mana shiera?
Mana shiera?
Kena sumbat ubat pelali dulu baru dia zzzzz.....senang sikit nak masak. Tapi hampeh! aku sempat masak nasi impit ngan rendang daging jer. Lain2x tunggu si ayah balik kerja 11.30 malam. Pastu ngan aku skali zzzzz.......tunggu si ayah balik.
Yang menonjol sekali tu goreng pisang. Ada orang hidang ke masa raya puasa, x der kan? Raya haji ada ler.....tu aku hidang. Fresh from my back yard. he3x.........Masuk yang ni dah yang ke 6 pokok pisang nipah belakang umahku tak pernah menghampakan aku. Berbuah jer keje dia. Tepung buatan aku memang best nyer...yang ni dulu habis dibandingkan dengan kari ayam dan rendang daging. Mana taknya si ayah pas balik sembahyang jumaat, pi bantai goreng pisang sorang2x. Aku plak zzzzz..........Bangun2x dari tido goreng pisang dah habis....hwa........Tapi juadah tu pun penting gak si rendang daging dan kari ayam. Arwah bapak mertau ku punya feberet termasuk cucu dia ngan suamiku skali ler...termasuk aku....Kali ni masakan aku tahan 3 hari. Biasanya nak masuk hari kedua dah basi. Siap buat cecah jemput2x tu....slurp...... Cuma tak cukup korum jer tanpa kehadiran sambal goreng ibu mertuaku. Tak per, kalau umur panjang tahun depan raya puasa aku masak k..............
p/s:Si izzul kami buat majlis Aqikah dia masa umur dia 1 tahun. Masa tu kami buat kat tanjung langsat. kampung sebelah bapa mertua. Tapi kali ni kami buat aqikah kat syiera jauh bebenar...nun kat kemboja. Sekali arung ngan haizaq naufal anak ucu. Ni pun ayah mertua dia yang buat. Alhamdulilah dah selamat pun.