Wednesday, July 25, 2012

Shiera & Izzul

Assalamualaikum semua, Tup2x..dah hari ke-5 kita semua berpuasa. Tinggal 25 hari sahaja lagi untuk kita berada di bulan Ramadhan 2012. Awal sangat ke kalau nak buat persediaan untuk raya? Contohnya beli baju raya anak2x, suami dan kita sendiri. Kalau bab kuih, awal dah tempah. lagi 2 minggu raya boleh dapat. Tahun ni beli kuih dari sepupu hubby. Tahun ni kami beraya ber-4. Dengan kehadiran si comel loteh shiera. Lagi bersemangat nak sambut raya. Sebabnya banyak pilihan pakaian dan eksesori untuk budak perempuan. Macam biasa, aku memang selalu miss nak buat baju raya. Nak buat sedondon ngan shiera, dia kecik lagi baru 8 bulan. Rimas plak kang pakai baju kurung. So, shiera pakai gaun jer ler.

Tuesday, July 24, 2012

Seni Ukiran Tangan Pada Buah Buahan (5 gambar)

Seni ukiran dari buah-buahan. Cam tak real jer kan? Selamat menikmati pandangan yang menggiurkan di bulan ramadhan ini......Jangan tenung lama2x...leleh air liur.

 

Friday, July 20, 2012

Puasa 2012 Puasa Yang Terakhir?

.


Mengikut kalendar 2012, awal Ramadan ialah pada 20 Julai iaitu hari Jumaat dan 15 Ramadan juga, hari Jumaat. Hadis Rasulullah SAW ada menyebut mengenai huru-hara besar yang akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan iaitu pada Jumaat 15 Ramadan.

Itulah yang heboh disebarkan dan fakta dikuatkan oleh hadis, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam laman sosial Facebook sejak tiga tahun lalu dan berulang lagi tahun ini walaupun sudah ada penjelasan diberikan pihak berwajib.

Jabatan Mufti Perlis yang turut menerima pertanyaan orang ramai mengenai maklumat dan hadis berkenaan memberitahu, hadis itu tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau palsu.

Perkara ini tidak menghairankan kerana sudah banyak maklumat mengenai huru-hara atau dunia akan berakhir pada 2012 disebarkan termasuk yang dikaitkan dengan tarikh tepat dalam kalendar suku Maya yang dijumpai di bawah runtuhan di Mexico iaitu kiamat bakal berlaku pada 21 Disember 2012.

Ditambah pula dengan sogokan daripada filem Hollywood yang memaparkan dunia akan kiamat seperti filem 2012, Armageddon atau Deep Impact. Semua cereka sains itu menunjukkan keadaan kacau bilau dan bencana yang berlaku di seluruh dunia menjelang kiamat.

Masih ada yang terpengaruh dengan tukang ramal seperti Nostradamus yang turut meramalkan dunia akan berakhir pada 2012. Beliau sebelum ini pernah meramalkan bahawa dunia akan berakhir pada 1999.

Satu lagi yang mengaitkan dunia akan berakhir tahun depan dibuat penulis Bible Code iaitu Michael Drosnin yang mendakwa Bible Code adalah siri wahyu awal menggunakan teks Hebrew. Bible Code menyatakan bumi akan dilanggar meteor atau komet pada 2012.

Malah, jika diperhatikan sekarang ini di Barat ada gereja dan kumpulan tertentu yang berkempen di jalan raya mengingatkan orang ramai bahawa dunia akan kiamat tahun depan.

Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA) juga dikatakan sudah mengesan sebuah planet yang mereka namakan Nibiru atau planet X, dilaporkan akan melalui kawasan berhampiran bumi.

Sesungguhnya, kiamat pasti datang dan beriman kepada Hari Kiamat satu daripada Rukun Iman. Allah SWT berfirman bermaksud:

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi.” (Surah al-Baqarah ayat 177)Al-Quran menjelaskan mengenai kedatangan kiamat sama ada secara uslub bayani (penjelasan) atau khabar mujarrad (berita murni tanpa tambahan). Ada kalanya Allah meyakinkan terjadinya kiamat dengan penekanan kepada huruf taukid yang berfungsi untuk menguatkan seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang.” (Surah Taha ayat 15)Muhammad SAW dan malaikat paling hampir dengan Rabbul ‘Izzah iaitu Jibril tidak mengetahui dan tidak diberi ilmu untuk menyatakan tarikh sebenar kiamat. Apa lagi kita sebagai umat Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Telah dekat (datangnya) saat itu dan itulah terbelah bulan.” (Surah al-Qamar ayat 1)Diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Aku diutus sedang kiamat seperti kedua anggota ini (dan Baginda memberi isyarat dengan kedua jarinya lalu memanjangkannya).”Bukan sekarang saja, tetapi sejak zaman Rasulullah lagi ramai sahabat sering bertanya kepada Baginda waktu datangnya kiamat sehingga datang jawapan daripada Allah SWT menerusi firman yang bermaksud:

“Manusia bertanya kepadamu mengenai hari berbangkit, katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari berbangkit itu hanya di sisi Allah. Dan tahukah kamu (hai Muhammad) boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)Antara tanda kiamat antaranya muncul Dajjal pendusta, diangkat ilmu, banyak gempa bumi, cepatnya waktu berjalan, banyak fitnah, banyak pembunuhan, harta melimpah-limpah hingga tiada orang menerima sedekah atau zakat sehingga matahari terbit daripada tempat tenggelamnya dan turunnya Nabi Isa.

Banyak tanda kiamat yang telah terjadi seperti Nabi Muhammad SAW yang diutuskan dan kewafatan Baginda. Selain itu ada juga tanda kiamat yang masih berlaku atau sudah berlaku dan mungkin akan berulang lagi termasuk penaklukan serta peperangan.

Berbalik kepada 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan yang jatuhnya pada Jumaat, ia sudah kerap berlaku antaranya pada 15 Ramadan 1300H/1883M; 1891M/1308H; 1899M/1316H; 1906M/1324H dan 1914M/1332H. Juga berlaku pada tahun 625M bersamaan 3 Hijrah; 632M/11H; 637M/16H; 640M/19H dan 645M/24H.

Hendaklah kita berserah diri kepada Allah setiap masa dan memohon kepada-Nya supaya dilindungi daripada sebarang bahaya makhluk sama ada yang nampak atau tidak serta tergolong dalam kalangan mereka yang amalan dan timbangan kebaikan lebih berat di akhirat kelak.

Jika pada masa lalu kita banyak melakukan kesilapan dan meninggalkan ibadah wajib, maka mulai sekarang berusahalah tidak mengabaikan perintah wajib selain memperbanyakkan amalan sunat.

ehsan: MalaysiaRia





KARYA SENI DARI JEANS

Denimu

Tukar Seluar Jeans Lama Jadi Hasil Seni... (",)




Semuanya bermula kira-kira 6-7 tahun yang lalu apabila ibunya membersih biliknya dan dia mendapati terdapat pelbagai jenis seluar jeans dengan warna yang berbeza. Ian Berry kemudiannya mendapat ilham untuk menghasilkan hasil seni daripada jeans-jeans tersebut.



Hasil karya yang diberi nama Denimu (kerana kebanyakkan jeansnya adalah jenama Denim), telah mendapat perhatian terutamanya di Sweden dan Amerika Syarikat dan beberapa keping telah dijual sebagai koleksi persendirian dan awam di seluruh dunia.



Nota : Dari barang-barang lama pun boleh tercetus ilham nak berjaya.
Ihsan dari: MALAYSIARIA





Wednesday, July 18, 2012

NEW STORY

 Sekarang ni cerita GRIMM ngan SHERLOCK HOLMES yang menjadi rutin setiap malam untuk membuatkan cik rin sekeluarga berpeleseran depan tv. Best cerita GRIMM ni, untuk yang tak der ASTRO macam cik rin ni. Cerita ni disiarkan Channel 5 (singapore). Setiap selasa  jam 10.00 malam.


Cerita ni menggantikan CSI yang dah lama tak bersiaran pun suspen gak. Yang menariknya cerita ni ada seakan-akan macam MENTALIST. Sebabnya sherlock ni boleh mengenal seseorang dari gerak-geri dan perwatakkan. Sungguh tajam pemikirannya. Sama jer selesaikan kes.

SO JOM TONTON!!

Tuesday, July 17, 2012

INSYALLAH SAMPAI JUGA RAMADHAN 2012


Tak terasa ramadhan 2012 akan tiba tinggal 3 hari saja lagi. Aku hanya manusia kerdil dibumi allah. Manusia yang tak lari dari melakukan dosa, kecil mahupun besar. (Bunuh orang belum lagi). So.......insyalah banyakkan beramal dibulan ramadhan nanti yer noreen. Nak ke surau buat terawih dah susah dengan shiera lagi. Jawabnya hubby ngan izzul jer la ke surau tu pun kalau hubby tak kerja. Tahun lepas izzul banyak puasa 1/2 hari. Kali ni sori mori yer kena puasa full. Ngelat kalau berbuka makan vitamin. Tu cerita puasa tahun lepas. Nak berbuka sebab nak makan vitamin jer. Apa kebenda ntah. Rugi jer. Vitamin bukanya kenyang pun. So, persiapan nak puasa yang aku & hubby dah berpakat.


1. Kosongkan air dalam peti sejuk.
2. Tiada stok makanan ringan macam cornflakes atau biskut.
3. Ibu ngan ayah kena kuatkan semangat. kenapa? Jawabnya si izzul merengek minta air...kena buat deq jer ...penting tu.
4. Kena banyakkan beli buku cerita. Nak suh izzul leka baca buku.
5. Yang tak syok, kena selalu pergi pasar ramadhan beli juadah feveret dia. Burger! hampeh!

Paling sayu, ni tahun ke-4 beraya tanpa ibu mertua dan tahun ke-2 tanpa abah mertua. Sian shiera tak sempat kenal arwah nenek dan atuk dia. Hanya gambar2 lama jadi kenangan, Paling sayu hubby sebab hanya abang yang tinggal selain kami ber-3. Kalau mak ngan abah masih ada mesti seronok berpuasa apalagi beraya ngan cucu2x dia. Rindunya masakan arwah mak mertua. Bebelan arwah abah yang selalu nasihatkan kami. Bila lah anak2 aku nak ada mak long ea? Penatnya bila semua kerja kena buat. Rumah sendiri, rumah arwah mertua, rumah mak. Ha! banyak lagi kerja x siap kat umah mak. Nak cat, pasang siling. Wiring ruang tamu. Pening2x....bilalah nak settle. Harapan aku semoga ramadhan kali ini kami sekeluarga akan jalani dengan tabah dan redha. Menitis air mata bila teringatkan mereka...Apalagi bila terdengar lagu raya. So.....macam biasa...dah nak akhir puasa baru aku on lagu raya......Kang ada kang hubby tangkap leleh........aku jugak ikut leleh..hwa!..........


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2012

NIKON COOLPIX L110

Macam x caya jer camera ni akan jadi milik aku. Ceh wah! kenapa? x percaya? he3x.........pasni berposing sakan perabot2 dalam rumah. Jangan ter play ot suda.... Mana x nya, galih sana shoot, galih sini shoot. Si izzul ler jadi rakan kongsi idea mengemas umah pastu buat serak. Shiera plak.....tolong izzul serakkan umah. Tak lupa tuan umah skali. Nak updated blog pun x syok sebab x der gambar. Nak cerita bagai jer nyampah ler plak. Ada gambar ok skit.


Dulu aku pakai camera sony. Beli dari abang ipar aku. RM600 jer ngan dia. Kira second hand ler. Banyak gak gambar yang aku amik guna camera tu. Cantik walaupun hanya 3.2 megapixel. Kecik jer kan kalau compare ngan handphone. Baik x yah beli. Tapi tahun tu 2005 tak salah aku. Kira ok ler untuk masa tu. Pastu masuk 2009 aku beli camera kodak harga RM450 + RM50 untuk 8G memori card. Banyak tu 8G macam2 boleh simpan. Penat tangkap gambar amik video plak. Tapi video anak2 jer banyak. He3x...masa tu izzul ler posing sakan. Selain ibu ngan ayah dia yang dipaksa bergambar.
Kedua-dua camera tu dah rosak.....wassalam......memang tengah cari camera buat masa ni. Tentiba.....kawan hubby nak jual camera dia nikon coolpix L110. Baru guna 2,3 kali jer..Condition ok tip top. Setelah aku menelaah, membelek bagai, buat search berjam2. Ok aku beli. Ye ke confirm nak beli? Jadi jer ler.........Sian kami asyik posing ngan camera handphone jer.....Ala, dulu x der camera boleh jer idup. Susah giler bila kemahuan melebihi keperluan. Tapi kira perlu ler. Dah noreen, cuba ler ko beli benda yang ko suka. Kerja penat2..so pejam mata sikit beli jer camera tu. Habis cerita!

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers