Friday, November 25, 2011

TERTUKAR DUE DATE.

Baru 22 hari menjadi ibu buat kali ke-2, tapi rasanya macam sibuk yang amat sangat. Sampai hubby tertinggal bag dompet masa nak gi kerja tadi. Nasib baik tadi dia perasan masa nak beli makanan kat pasar malam. Kalau dah sampai kat tempat kerja pastu ada plak roll block, dah kena saman. Dulu masa baru ada anak sorang banyak kerja aku boleh buat sebab aku suka kerja2 kraftangan. Niat dihati nak menjahit sarung bantal sofa. Tapi apakan daya mood belum datang lagi. Hubby pun sibuk uruskan hal rumah x sempat nak mengecat kerusi ngan tangga. Tak per ar pelan2, Isnin nikan cuti. Salam Maalhijrah 2011.

Muhammad Izzul Haziq Bin Hazri
Due date deliver: 4 Nov 2006
Lahir: 10 Nov 2006 / 3.6kg / 51cm


Nur Insyirah Hilda Binti Hazri
Due Date Deliver: 10 Nov 2011
Lahir: 4 Nov 2011 / 3.24kg / 51cm

Tak sangka dah ber anak 2 rupanya aku ni. Tapi tu la rezeki lambat. Orang lain dah 4,5 orang cahya mata. Tak per lah sekurang-kurangnya ada juga zuriat. Bagi yang belum ada cuba lagi dan banyakkan bersabar dan berusaha. Tuhan maha adil pada setiap hambanya. Ok, berbalik pada cerita anak-anakku, bila dah bersalinkan shiera baru aku perasan yang due date dia orang bertukar. Si adik amik due date abang dan si abang amik due date adik. Memang kena banyak bersabar dalam membesarkan anak yer. maklumlah si abang dah 5 tahun, jadi dalam masa 5 tahun manjanya bukan main, ye lah.....tak der saingan. Tapi bila lahir saja si adik, pandai pulak si abang mainkan peranannya. Nak jaga adik, nak susukan adik, nak mandikan adik. Dan yang tak boleh bla "ibu abang nak keluar kejap ngan ayah, ibu tengokkan adik ea, adik nangis kasi susu tau". Gelak aku sorang2........Lagi teruk dah nak akhir2 hari kesekolah, dah dekat cuti sekolah...malas pulak dia nak pergi. alasannya "nanti kalau abang gi sekolah, kalau adik nangis, penat abang nak balik umah jalan kaki". Nak wat cam mana...cuti jer lah..sempatlah 3 hari dia ke sekolah pada minggu terakhir sekolah. Nasib baik dah exam...



p/s: Anak bagiku adalah harta yang tak ternilai anugerah dari allah s.w.t, bila tengok kes buang anak atau kes penderaan. Bila anak2 tak der ngan aku, mulalah aku rindukan mereka dan cepat2 nak balik umah. satu jer yang terpikir kat kepala ni " dia orang ni manusia ke binatang? Manusia bunuh manusia? kanibal ke?

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik | with lyric [HQ Audio]

Tuesday, November 15, 2011

CUKUP SEKADAR 6 HARI

Dari 9/11/11 aku dan hubby ulang alik poliklinik pasir gudang untuk buat pemeriksaan jaundis shiera rasa memang x larat. Apatahlagi masih dalam pantang. Tapi aku gagahi juga, seksa nak duduk lama2 dalam kereta jadi hubby alaskan bantal untuk aku duduk supaya x sakit bila terhentak-hentak. dari bacaan 13.7, 15.9, 14.9. 14.4, 11.9 hingga pagi tadi 9.3 lega rasanya dah tak payah lagi ke klinik. Nasib baik klinik, kalau kena gi HSI (Hospital Sultan Ismail) lagi ler x larat. Masa bersalinkan si abang dulu aku yang nampak kuning bukan anak. ha3x......Ingatkan bayi lelaki jer yang kuat susu, perempuan lagi kuat susu. Tak sempat nak membengkak dah nangis nak susu. Hari ini umur shiera dah 12 hari. Aku pun dah sihat sikit, Rasa jahitan kat bawah dah nak baik. Ubat yang HSI kasi untuk sapu kat jahitan dah habis aku guna minyak gamat jer. Tak macam masa bersalinkan izzul dulu, aku teguk air pati ikan haruan sampai umur izzul 1 tahun. Bersalin kali ni aku x buat persediaan macam beli barangan lepas bersalin Leesa Formula ngan pati ikan haruan. Lepas sihat sikit ingat nak minum gak. Yang penting nak jaga balik badan, almaklumlah ngandungkan shiera berat badan naik sampai 79.9kg. Kalau boleh dan semestinya boleh aku nak turunkan berat badan hingga 60kg. Nak pakai balik baju kebaya masa anak dara dulu. ha3x...angan2 moga jadi kenyataan.......hubby siap cakap suh bengkung perut ngan bidan. 5/12/2011 ni genap sebulan umur shiera maknanya kena gi klinik untuk amik injection.

Sunday, November 13, 2011

JAUNDIS



Hari ke-4 nurse datang umah, skali ceq shiera ada kuning skit. Tu yang kena gi klinik p.gudang buat pemeriksaan. Betul ar 13.7 aku dah risau jangan ler kena gi HSI. Tak larat oi! baru lagi....sakit kat bawah x ilang dah nak ulang alik ke HSI. Aku cuma ulang alik klin ik p.gudang jer. Ingatkan bacaan kuning shiera makin menurun, skali 15.9. Hubby dah risau, dah bagi makan anggur hijau, hitam. Apa lagi kami gi kedai ubat cina kat masai. Apek tu kasi bunga kuning, lebih kurang herba. Dia suh buat mandi, satu uncang untuk 2 kali mandi. Hari ke-3 gi klinik bacaan kuning shiera 14.9. Ok ada penurunan. Esok gi lagi 14.4. Sikitnya turun, last2 hubby gi kip mart cari susu kambing. hari ni hubby bawak shiera gi klinik alhamdulilah bacaan kuning turun sampai 11.9. Jadi hari selasa baru gi klinik lagi. harap2 tutun lagi. Lahirkan Shiera x macam abang dia susu badan terus keluar pas bersalin. Tapi masa lahirkan shiera susu badan lambat keluar. Jadi itu penyebab jaundis. Tapi sakang dah ok, kuat shiera menyusu, tak cukup susu badan terpaksa kasi botol.



Penyakit Kuning@Jaundis



Jaundis, dikenali sebagai penyakit kuning, merupakan salah satu komplikasi kesihatan yang amat besar. Kematian telah dilaporkan disebabkan penyakit kuning. Anda perlu mengambil penjagaan yang baik daripada orang yang menderita dengan Diabetes jika tidak ia boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang serius. Pada dasarnya penyakit kuning bermaksud pencemaran kekuningan kulit.



Malah, mata, kuku, dan lidah akan mendapatkan tinta kekuningan. Kuning ini adalah diperhatikan kerana jumlah yang hadir bilirubin dalam darah yang berlebihan. Ia adalah fungsi hati untuk mengeluarkan amaun yang berlebihan bilirubin dari darah. Kandungan bilirubin dalam darah meningkat kerana berfungsi hati. Jika jaundis tidak dirawat pada peringkat awal, maka ia boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang serius.



Gejala utama penyakit kuning, kuning kulit, mata, kuku, lidah, dan kepala. Air kencing berwarna kuning gelap diperhatikan sebagai gejala yang amat penting. Ia adalah melalui ujian air kencing yang berlakunya jaundis disahkan. Malah kuning najis yang tercatat sebagai gejala jaundis. Sesetengah orang juga boleh notis itu kuning kulit. Demam cahaya sedang diperhatikan dalam beberapa kes jaundis. Satu hal yang memberi jaminan bahawa kelemahan dirasai sebagai gejala wajib jaundis. Hilang selera makan, sakit perut, sakit kepala, bengkak kaki, dan perubahan dalam nada otot jarang diperhatikan gejala jaundis. Beberapa gejala-gejala lain daripada yang disebut di sini juga boleh berlaku. Kehilangan berat badan diperhatikan dengan ketara sebagai tanda-tanda jaundis. Sila rujuk kepada doktor jika ada tanda mana-mana gejala-gejala ini disebabkan oleh penyakit kuning.



Jaundis adalah salah satu penyakit di seluruh dunia yang paling luas diperhatikan. Tujuh daripada setiap 10 orang mengalami penyakit kuning. Jaundis adalah dibezakan kepada 2 jenis, Jaundis yang baru lahir dan Jaundis patologis. Dengan penyakit kuning yang baru lahir, bayi kecil yang baru lahir mengalami penyakit kuning. Jaundis patologis berlaku disebabkan oleh hepatitis, sirosis, sindrom genetik, penyakit hati, penyakit hati, ubat, jangkitan, dan ketidakserasian darah. Jaundis yang paling sering diperhatikan adalah jaundis patologis. Jika penyakit kuning yang disimpan tidak dirawat, maka ia membawa kepada komplikasi kesihatan yang berbahaya.



Fungsi hati yang tidak normal sedang diperhatikan untuk menjadi penyebab jaundis. Hati tidak berfungsi dengan betul disebabkan oleh keradangan. Dengan cara ini keupayaan hati untuk konjugat dan merembeskan bilirubin yang terbantut yang membawa kepada penyakit kuning. Lain-lain penyakit hati juga mengganggu fungsi normal hati yang membawa kepada penyakit kuning. Kadang-kadang kecacatan semula jadi berlaku di dalam hati yang menghalang bilirubin daripada itu dipecat daripada darah. Hasilnya kepekatan bilirubin dari darah meningkat yang membawa kepada penyakit kuning. Malaria dan anemia hemolitik punca jaundis dalam beberapa kes. Talasemia juga diperhatikan untuk menyebabkan penyakit kuning kerana ia mengganggu fungsi hati.



Sesetengah kanser juga dikaitkan dengan kejadian penyakit kuning. Ia telah dibuktikan bahawa demam kuning boleh menjadi tanda amaran kanser. Kecacatan kongenital juga bertanggungjawab untuk berlakunya jaundis dalam beberapa kes. Apa sahaja yang boleh menjadi punca jaundis, tetapi kesan yang meninggalkan ke atas kesihatan manusia adalah sangat buruk. Jangan mengabaikan penyakit kuning kerana ia boleh mengakibatkan kepada pelbagai komplikasi kesihatan berbahaya. Terdapat pelbagai rawatan yang disediakan di pasaran untuk kencing manis, tetapi sila berunding dengan doktor sebelum memilih mana-mana satu ini. Anda perlu mengambil perhatian baik kesihatan anda jika anda sedang menderita dengan penyakit kuning. Jumlah rehat yang mencukupi mesti diambil untuk mengatasi penyakit kuning sepenuhnya jika tidak, ia mungkin kembali dan kali ini ia akan menjadi lebih berbahaya. Artikel ini menerangkan secara umum mengenai penyakit kuning, untuk maklumat lanjut rujuk doktor keluarga anda.

A DAY BEFORE DELIVER


Hari rabu aku kuatkan semangat pergi kerja cam biasa. Pergi kerja pun siap berbekalkan makan untuk sarapan ngan makan tengahari. Sebab aku memang dah tak kuat nak jenjalan sangat. Kenapa aku gi kerja sedangkan dah cuti lama? Sebabnya dah bosan menanti tanda2 nak bersalin x muncul tiba. Tapi, jeng2x balik jer kerja aku ke toilet nak buang air kecil. Tentiba tengok2 spender ada warna coklat2. Bila cuci tanda2 coklat banyak lagi. Warnanya coklat dan seperti lendir yang pekat dan panjang bila ditarik. Tapi masa tanda coklat tu keluar perut aku tak sakit. Jadi, pas hubby gi kerja jam 7pm aku mandi, bagi makan izzul dan tidurkan dia. Pastu rasa macam nak wat kek cokelat jer. Bila pikir esok hari khamis izzul x ada bekal nak dibawa ke sekolah. Ok, siap buat kek jam 11.00 malam. tak sabar nak tunggu esok siang,  malam tu gak aku makan kek panas2. Siap sms ngan hubby cakap sedap kek cokelat. Esoknya jam 7am aku rasa sakit perut dan tanda cokelat muncul lagi. tapi aku kuatkan semangat hantar kek cokelat kat jiran2. Siapkan izzul ke sekolah. Call hubby cakap ngan dia jangan balik lambat. Dan sebelum gi klinik desa nak ceq jalan aku singgah umah kawan hubby hantar kek cokelat. Masa kami gi klinik desa, nurse alimah ceq jalan dah bukak 2cm dan tanda cokelat makin banyak. Dia suh kami ke HSI. Bila sampai ke bilik saringan, segan giler rasa bila dokter lelaki panggil aku nak ceq, dalam hati macam nak menjerit jer...Aku nak dokter perempuan!!!! Tapi mulut macam terkunci jer. Asal ler time aku jer dokter lelaki, melayu plak tu..segan giler nak terkangkang bagi dia ceq jalan dah bukak berapa cm. Mula2 dia kata kalau 2cm aku kena balik. Dalam otak ni dah siap pikir, kal;au dia suh balik aku nak ke HSA. Skali dia ceq lagi dah bukak 3cm. Ok, nurse suh hubby daftar aku masuk wad 4a dalam jam 11.45am.

Tak selera makan makanan hospital, suh hubby tapau kat kantin HSI.

Dalam wad tu aku exercise jalan sana sini. Kata orang cepat skit nak bersalin. Tolong kawan yang aku baru kenal dalam wad tu. Sebabnya dia nak kena operation, bayi songsang kepala keatas kaki kat bawah. Dalam kul 3pm dokter round nak ceq ibu2 mengandung. Ok, dalam kul 5.30pm aku kena panggil ke bilik dokter nak ceq jalan dah bukak berapa cm. Ceq2 skali dah 4cm, nurse booking katil kat wad bersalin. Ingat booking lambat dapat katil. Baru nak nyembang ngan hubby, skali dah kena masuk wad bersalin sebab dah ada bilik kosong. On the way nak ke labour room ada sorang nurse india pesan kat aku, "kak, air selusuh tu jangan ditutup botolnya". Aku pun bukak ler, belum pun keluar wad 4a air ketuban dah pecah. Aku pun apa lagi, "nurse air ketuban saya dah pecah" dah nurse tu tolak wheel chair macam formula 1. Laju tu.......Sampai kawan dia tegur "hoi! x bagi salam terus masuk" , "sory emergency, air ketuban patient dah pecah".....banyak giler keluar. Dah baring atas katil pun belambak yang keluar. Kenapa nurse tolak wheel chair aku kemain laju? Sebab ada sesetengah ibu yg nak bersalin bila air ketuban pecah terus baby nak kuar. Aku request nak dokter perempuan, ok dapat..ingatkan dokter perempuan lembut..skali amik ko ganas. 3 orang kerjakan aku. Sorang jolok kat bawah nak keringkan air ketuban, sorang cocok jarum kat tangan kiri dan sorang cocok jarum kat tangan kanan. Rasa cam anak patung plak. Hoi! sakit, ingat yang kena operate jer kena cucuk2 jarum, normal pun sama. Dah settle derang siapkan aku, aku mintak nurse pangiilkan hubby sebab dah boleh masuk bilik bersalin untuk temankan & beri semangat untuk aku. Lama gak duk dalam bilik bersalin, tapi aku tak rasa sebab dah sakit, makin lama makin kuat sakit. Tak sedar dalam jam 11mlm aku dah terasa nak teran. Yang si nurse asyik cakap bacaan jantung baby tak bagus. Hubby pun dah nak naik marah ngan nurse tu. Aku tengah sakit, nak meneran dia plak cakap x bagus, x bagus. Skali ada  dokter perempuan masuk tengok aku tengah nak meneran, skali dia ceq dah bukak 8cm. "Ok, kalau norizan nak teran pelan2 yer, sebab baru 8cm. Entah macam mana sekejap jer dalam 12 lebih dah bukak 10cm. Dah fully tu, apa lagi bila ada rasa teran, aku teran. Masalahnya rasa nak meneran tu automatik, sakit jer automatik teran. Kemudian bila x boleh dan x cukup nafas untuk aku meneran ramai giler yang datang bagi sokongan, dokter lelaki, perempuan, nurse.. Almaklumlah baru baik selsema ngan aku ni pengidap tegar resdung. Hubby banyak beri peransang dan sokongan masa dalam labour room. Aku tengok dia pun cemas sebab 1st time tengok aku bersalin secara normal dan aku sangat2 tak sangka hubby kuat semangat, aku ingat banyak keluar darah, tapi yang banyak air, sampai nak bersalin banyak lagi air ketuban yang keluar. Tengah2 meneran kaki krem plak, terpaksa pacak besi kanan ngan kiri untuk menahan kaki aku. Ok, time tu aku dah meneran ngan sekuat hati, masalah bila tak cukup nafas, ada ke dokter tu kata ha! teran, geram lagi. Bila aku stop meneran kepala baby masuk balik. Last2 dokter ngan hubby bagi semangat dan aku teringat kata2 izzul "ibu kena kuatkan semangat nak keluarkan baby. Automatik semangat dan kekautan datang. Aku teran, dokter gunting, apalagi aku jerit sampai serak tekak. Tapi alhamdulilah x banyak yang kena jahit hanya 5 jahitan. Aku sungguh tak sangaka yang aku boleh bersalin normal dan allah permudahkan proses kelahiraqn baby ke-2 kami. Bersyukur sesangat kehadrat ilahi kami dikurniakan bayi perempuan. Masa dokter letak baby kat atas perut aku, ingatkan boy, sebab tengok perut aku cam bonjol jer. Scan memang dokter kata perempuan, tapi almaklumlah aku kurang confident. Si izzul plak kata dia nak boy x mo girl. Tapi hubby confident baby girl. Bangga ler tu tekaan dia betul. Dokter jahit x bius, sakit tapi tahan jer. Kat dalam jer dia bius. Aku masuk wad pas bersalin dalan jam 3.30 pagi, seksanya nak gerak, si nurse plak suh aku gi toilet tukar pad. Lemahnya badan, sempat makan roti ngan minum air soya jer yang hubby beli petang tu. Pastu mana boleh tidur lena, dah tu jam 5.30pagi nurse bagi tau jam 6.30 pergi ceq jahitan kalau nak balik tengahari. Memandangkan nak cepat2 balik aku gagahi juga ke toilet walaupun lemah longlai. 1/2 jam aku dalam toilet. Tukiar pad jer, x larat nak mandi. Jam 7pagi baru aku gi ceq jahitan. Alhamdulilah ok, boleh balik tengahari sebab anak pun dah berak, aku dah kencing. Seronok dapat balik umah.

Nur Insyirah Hilda Binti Hazri
3.24kg / 51cm
4/11/2011 @ 1.28am

Wednesday, November 2, 2011

BETTER A BOY THAN A GIRL.....


Lama amat tak berblog, malas, malas, malas dan sangat malas. Fikiran hanya tertumpu untuk mengeluarkan baby dari perut ni. Dengan ketidakberdaya untuk pergi kerja. Namun perasaan "penantian suatu penyeksaan" memang 100% bebetul. Hari2 aku berbual ngan baby dalam perut suruh dia keluar cepat. Masalahnya sakit nak bersalin datang main2. Kejap sakit pastu ilang. Ahad lepas sakit kemain cam nak period. Hampir 1/2 jam tu, cuma tak ada tanda2 macam lendir bercampur darah ataupun air ketuban pecah. Macam anak yang 1st air ketuban aku pecah masa nak buang air kecil dalam toilet HSA. Harap2 kali ni semuanya selamat, aku & baby. Sakit kat bawah ni tak usah nak kira, memang kerap. Tapi macam manalah yer, orang kata bagi perempuan2 yang mengandung anak luar nikah, perempuan yang dot2 tu senang benar nak bersalin. Wallahualam misawal.........dalam perhitungan mengikut scan baby lagi 8 hari. Dah sah memang tunggu hari. Tapi dokter kata jalan kat bawah dah nipis boleh deliver bila2 masa jer, hampeh!, bidan kata perut dah jatuh, bila2 masa jer, hampeh!....Semalam kaki sebelah kanan dari peha sampai jari kaki sakit kemain. Dah suh hubby urut ilang ler sakitnya kejap. Hubby gi kerja sakit datang balik. Macam nak jerit sambil nangis. Nasib baik ada minyak urut yg power. Ilang ler rasa sakit tu. Tengah2 sakit leh plak pikir balik pasal resault scan baby nak tau jantina boy ke girl. Dokter kata memang nampak girl. Tapi firasat aku boy. Tengok pada perut pun muncung jer. Bila2 pikir2 balik aku rasa nak boy, tak membazir ler baju abang dia yg kecik2 dulu. Boleh adik dia pakai balik, abang dia pun nak boy. Cuma, ayah dia jer nak girl dan mengconfirmkan aku ngandungkan baby girl. Tapi aku nak boy......tapi.......apa2 lah....asal baby selamat, sihat, normal.......apa2 pun ok.

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers