Friday, September 30, 2011

CERITA KOREA LAMA

Dulu masa zaman anak dara, ada gak yang hadiahkan dvd cerita korea kat aku. Kawan dari meru klang, kawan jer....cerita Beautifull life

Tak ingat ada berapa cd, tapi memang banyak ler lebih dari 5 kot. Dah lama x tengok cerita ni balik.

Banyak gak cerita korea yang best2. Dan sejak cuti hari raya sampai dah habis raya ni kalau ada masa terluang hubby & aku akan menonton.......

Boys Over Flowers.


Dan

witch yoo hee

RUMAH TERBUKA SELEPAS SYAWAL

Semalam gi rumah terbuka cousin hubby, tapi aku pergi ngan abang ipar & izzul. Masalahnya setiap mata tertumpu pada kami. Pada mulanya aku suspek mesti dia kata abang ipar aku cina. memang pun keturunan cina. 2nd confirm dia ingat kami suami isteri. Lawak2.....ha3x...ada sorang kakak tu asyik tengok aku jer.
Mesti ayat lam kepala dia ckp. " besarnya suami dia......" Aku plak macam nak nyambung "ni abang ipar saya kak, suami saya kerja. Ni rumah sepupu derang" -the end-

Abang ipar ada sapa2x kenal?


Banyak orang kata cam cina hongkong he3x..sorry long jangan kecik hati. Tapi setiap kali kami jalan ke shopping complex yang peniaganya cina dan nak wat promotion barang. Confirm mereka akan promote kat abang ipar aku sorang jer. Sebab aku pakai tudung, confirmlah orang melayu. Hubby plak dah gelap sikit. Tapi masih nampak cam orang cina.
Hubby ngan abang dia 

Ada 1 cerita ni masa kami baru nak pindah umah yang kami diami sekarang ni, jiran sebelah punya kawan datang kerumah mereka untuk tolong mengemas umah. Boleh plak dia sound kat kawan dia. "Eh! ko berjiran ngan orang cina ea?" Aku yang terdengar gelak sakan. Cepat2x jiran aku tu kata "x lah dia melayu ler" ha3x......

My si comel izzul haziq

Anak aku plak, aku suh jiran sebelah jaga, dia bawak anak aku jenjalan, dah semua kawan dia kata "muai jaga anak cina, mahal tu bayarannya. Dengan gelak jiran aku cakap "ni anak melayu" ha3x......

Tak tau nasib baby yang bakal lahir ni, cina2 lah, sepet2x lah...asal sihat, normal.....ala arwah nenek sebelah mak aku pun cina gak. Arwah mak mertua aku cina that's why anak2 dia chinese looks. 

Thursday, September 29, 2011

MEREKA?

Simpati?
Kenapalah diri ini terlalu cepat menaruh kepercayaan pada insan yang BERLAKON meraih simpati?
Kepada insan yang pandai menambat hati?
Kepada insan yang pandai bermuka-muka?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tu dulu.....................
Sekarang tidak lagi dengan adanya PENGALAMAN
Buatlah apa lepas ni, cakaplah apa, nangis air mata darah pun aku dah tak percaya.......
aku dah tak percaya......
aku dah tak percaya cinta.........ops.....lakonan ko!.....
Berlagak suci....tapi.......hampeh!

Ko perasan ke? sedar pun! tima kasih........

(khas ditujukan buat mereka yang perasan) ader?

ANOTHER BOY



Semalam gi klinik untuk minum air gula buat kali ke-2. Kenapa kena minum yang 1st? Sebab pernah keguguran dan dokter suspect takut ada kencing manis. Tak der keturunan yang kena kencing manis pun. Suh minum kita minum......ok resault nya neg/-. Kali kedua pulak sebab baru 2weeks berat badan naik 2.5kg. Kali ni disebabkan kuat makan, pastu kena puasa, jadinya perut kosong dari 10mlm sampai 10.30am. Masa minum air gula tu rasa nak termuntah. Kemudian kena tunggu 2 jam baru kena amik darah. Dah settle cepat2 makan sebab perut lapar giler. Dah sampai umah tekak lain macam. Tu yang termuntah, apa yang baru jap tadi makan semua terkeluar. Badan pun dah jadi lemah. Hubby plak demam, tonsel dia datang balik. Anak balik sekolah lepak, pun demam jangkit hubby. Try call McD, tapi x leh deliver sampai tmn. scientex. Sebabnya pasir gudang x der yg deliver drive thru jer. Hampeh! masak maggie jer.  Melampau ea.....Masa awal pegnant banyak jugak makan buah. La ni....sampai x tau nak makan buah apa. Cam hubby cakap pagi tadi, semua buah dah makan, he3x.......hari ni bekal jambu batu ngan serbuk asam. Kuat makan tapi cerewet pasal makan. nak dijadikan cerita, masa tengah tunggu turn adalah sorang kakak ni. tengok cam dah berumur.

Kakak: Dah scan? baby apa?

Aku: Dah, dokter kata girl sebab x nampak. Tapi saya rasa lelaki. Akak?

Kakak: Akak rasa girl lagi.....

Aku: ?

Kakak: Dah 2 girl kat umah tu, harap2 kali ni boy.

Aku: Kadang x percaya keputusan scan kan? x selalu betul.

Kakak: kadang2x kita x boleh pikir masa sekarang, pikir masa akan datang. Kenapa allah bagi kita semua perempuan @ semua lelaki. Ada hikmahnya tu, bersyukur atas pemberian tuhan. Kadang apa yang kita hajati termakbul. Tapi allah selitkan dengan macam2 dugaan. Contohnya: anak 1st girl, 2nd boy.....atau 1st sampai 3rd boy...kita mohon nak dapatkan boy. Akhirnya dapat gak. Tapi allah duga kita dengan kesabaran. Anak yang boy tu banyak penyakit...

Aku: betul2x, macam sepupu saya anak dia 1st sampai 4th semua boy. Anak yang 5th girl. Tapi berpenyakit anemia sampai dah kena tambah darah. Macam2 dugaan. Betul apa akak kata. Terima jer hakikat jantina anak yang bakal lahir. Semuanya dah ditentukan oleh allah.


Wah! banyak pengajaran yang aku dapat hari tu. Setiap anak punya rezeki yang allah telah tetapkan setiap kelahirannya. Redha dan terima dengan hati terbuka.


BEFORE DELIVER


Macam- macam perangai kan? semalam siap bagitau kat hubby sebelum bersalin macam2x aku nak buat.

1. Nak mandi kolam, lepas gian....
2. Nak makan kat sea food restaurant
3. Nak tengok wayang
4. Nak siapkan projek makeover kerusi, nak cat katil baby.
5. Nak siapkan menjahit langsir, alas meja, sarung kusyen.

Bab2x mengemas tetap berjalan macam biasa, cuma membaking jer aku slow, tapi dah akhir2 ni terajin lah plak. Rajin buat kek tapi x rajin makan kek. Bab2x makan anak & hubby jer. Suka bila tengok derang makan. Hari tu sepupu hubby datang aku buat Marble brownies cheese siap mintak resepi dan aku tapaukan sikit untuk derang makan on the way balik. Alamak! aku lupa ada yang request nak makan sotong sumbat. Kawan isteri hubby yang mintak, mandangkan masa derang datang umah, sotong sumbat dah habis. Kena buat tu sebelum aku bersalin.....

Rasa macam pasni dah tak leh nak buat lagi. Apa ea? entahlah, yang penting semua tu aku nak buat sebelum bersalin.

I'M NOT DRIVING MY CAR ANYMORE.....HU3X


Hari ni dah nak masuk 35weeks my pregnancy. Rasanya dah tak larat nak drive so, hari ni hubby antar gi kerja. Pinggang dah sakit2, duduk lama sakit, diri sakit...baring jer x sakit. Tu pun nak kena ngan posisi yang betul. Perut ni bila terkena stereng sakit la plak. Bila baby gerak rasa sakit cam hujung2x kulit. Siang baby x aktif sangat, tapi kalau time malam memang aktif. Janganlah dia pun sama cam abang long dia. Malam setiap 1 @ 2 jam mesti bangun nak nyusu.  Dengar orang lain dah bersalin aku teruja nak bersalin jugak. Teringat kat adik pengasuh izzul. Scan kat klinik dokter kata perempuan, anak 1st jadi excited memanglah sangat. Dia pun beli barangan baby semua perempuan punya. Spray air tu pun pink. Mana x confident, bukan 1 klinik kata girl, banyak klinik dia pergi semua kata baby girl. Last2 hari isnin lepas adik dia dah bersalin. Dapat baby boy dengan berat 3.6kg. Patut pun perut dia besar, tapi tengok pada perut pun cam baby girl. Sebabnya kembang semacam. Nasib orang lain2x, apa pula nasib aku ya? Tak sabar rasanya nak keluarkan baby lam perut ni. Suamiku & abang long(izzul) lagi ler menanti kelahiran ahli keluarga baru dalam keluarga kami yang kecil ini. Persiapan semua dah ready, aku tak menaruh harapan yang tinggi untuk dapatkan baby girl. Aku rasa cam baby boy sebab mak kata macam moncong jer perut aku. Apa2 lah aku x kesah asal baby aku sihat, normal, senang aku nak bersalin nanti, alhamdulilah syukur. Semalam ajak izzul tengok kat youtube minah salleh bersalin normal. Takut giler dia sebab banyak darah yang keluar.

Izzul: "ibu, izzul nak baby 1 jer, takut lah banyak keluar darah. Si ayah sengeh.

Ibu: Tapi ayah nak lagi 1 pasni.

Izzul: Ok2x lah, 2 jer ea....kesian ibu seksa banyak kuar darah. tengok orang tu jerit2 izzul takut. Sakitkan ibu.......

Ibu: (Budak 5 tahun pun tau kesiankan ibu) Ayah, izzul nak 2 jer baby dia kesiankan ibu. Ayah sengeh jer......

Ayah: Ok, lah....tu....dari 1 jer..he3x


Apa yang menakutkan aku ialah, baby yang bakal lahir ni dokter anggarkan 2kg sahaja. Tapi nurse kat klinik desa cakap besar juga macam abang dia. Dulu masa bersalinkan izzul dokter kata anak awak ni besar & tinggi. Betul ar, dengan berat 3.6kg dan tinggi 51cm. Keluar2x dah macam umur 1 bulan. Alhamdulilah aku bersalin yang dulu kembar air jadi x sakit sangat. Air ketuban pecah masa aku nak buang air kecil, sib baik kat toilet. Rasa panas jer...... Yang susahnya baby x mau keluar, bila dah standby depan bilik operation baru rasa nak meneran, tapi sebab barang2 dah disaiapkan untuk operate dan baby dah lambat 6 hari. Dokter takut baby lemas..so operate lah. Masa operate tu rasa juga derang duk tekan2 kat perut. Hilang segala kesakitan bila dapat lihat wajah anak. Banyangkan aku duk berlari dari toilet bila dengar baby nangis. Ingatkan anak aku, rupanya anak orang lain. Terkejut kakak2 kat situ. Siapa kata perempuan lemah? Kalau kali ni aku bersalin normal, kenalah jaga diri baik2 sebabnya aku ni lasak. Baru balik hospital aku memang lemah lagi. Esoknya aku dah bangun pagi, mandikan anak, kemas bilik sebab nurse nak datang periksa baby. Nak wat macam mana aku x reti duduk jer kat bilik. kali ni kenalah jaga2x. Rasa cam dah nak tunggu hari bila ramai yang kata perut dah turun, ketinggian perut melebihi usia kandungan. Rasanya tak sampai bulan 11 kot. Dah x sama ngan due date abang. Scan ari tu 10/11/2011, due abang long 10/11/2006 . Kalau sama leh sambut hari lahir serentak. 

Monday, September 19, 2011

CAMERAMEN TAK BERTAULIAH PUNYA ANGKARA

Ahad lepas family mak usu dari Johor Lama, Kota tinggi datang menziarahi kami berempat. Pagi2 lagi aku dah siapkan menu tuk menjamu mereka. Brownies marble cheese, ketupat sotong, mee rebus terengganu dan sedikit pencuci mulut iaitu buah lai. Adalah tinggal sikit kuih2 raya yang 6 jens jer. Paling x sabar nak terima kedatangan mereka si izzul haziq. "ibu, bila aqilah nak datang ni"? Ha! aqilah ni 2 pupu izzul, sebab mak aqilah & hubby sepupu. Mak usu seorang sajalah adik arwah mak mertuaku. Kami pun selalu ke johor lama melawat mak usu & pak usu. Gambar2 ni si izzul haziq yang tangkap. Teruja sangat dia nak ambil gambar.








































Wednesday, September 14, 2011

RUMAH PUSAKA

Aku bukanlah seorang menantu yang rajin & baik......aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai menantu, ister & adik ipar. jap2x, apa kes ayat tu ea? oooppppssss....nak citer pasal ngemas umah pusaka arwah mak & abah mertua. Penat....tapi suka bila tengok hasilnya. Dengan keadaan aku sekarang yang dah sarat mengandung. nak memasak tuk hari raya, dan mengemas umah 4 bilik, 4 bilik air...memang meletihkan. Nasib baik ada abang ipar, suami & izzul. Bolehlah, nak suruh lebih2 paham2 jelah. Lelaki mana sempurna buat kerja umah. Kita gak yang kena sambung kerja derang. Langsir masih guna yang lama punya yang arwah mak mertua jahit, masih lagi cun.





Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers