Friday, July 22, 2011

MASYALAH......MAHA SUCI ALLAH.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah ma...lam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..   Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:   Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Tuesday, July 19, 2011

Better Than Before

Hari sabtu lepas projek mengecat bermula di dapur comelku. Dari hijau gelap ke kuning terang, suka dengan hasilnya. Disebabkan keadaan badan yang tak mengizinkan untuk aku buat kerja cam dulu. Hubby balik kerja jam 7.30pm yang menyambung kerja hingga selesai. Hijau gelap ni membuatkan dapur comel makin cenonet. Tapi bila kuning menjelang, terang benderang. Biasanya siang hari pun kena pasang lampu. Tapi kini tak payah dah....sebab dah terang. Yang tak siap hanya para2 kat ruang tengah dapur, sepatutnya buat 2 tingkat dan panjang. Tapi sebab dah tak larat, pasang jer yang mana boleh. Next time sambung lagi.

Before




After

Thursday, July 14, 2011

Kopi Termahal Di Dunia Mungkin Di HARAMKAN


Majlis Ulamak Indonesia mungkin akan melarang penduduk Islam negara itu daripada meminum kopi termahal di dunia iaitu kopi luwak yang dihasilkan daripada najis musang.Pengharaman itu munkin di buat kerana kopi itu dibimbangi tidak bersih.Kopi ini dihasilkan daripada proses semulajadi daripada biji-biji kopi keras yang dimakan oleh musang dan mengalami proses kimia didalam perut musang sebelum menjadi najis kemudian dibakar oleh petani-petani.

Harga kopi ini mahal kerana kurang pahit.Kopi ini dijual pada harga AS$440 (RM1419) sekilogram melalui internet.DiLondon haraganya 50 paun (RM246) secawan dan A$ 50 (RM140)secawan di Australia.-AP

Read more: http://www.borakkosong.com/2010/07/kopi-termahal-di-dunia-mungkin-di.html#ixzz1S3X5imV4

Tuesday, July 12, 2011

KEAJAIBPAN ALLAH @ cari malay forum

KUALA LUMPUR - Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.


Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.

Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.

Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.

P/S: comei jer budak tue..jauh beza ngan Mak pak...

Friday, July 8, 2011

22 WEEKS

Ha3x.....malunya, aku dah mok. Gemuk ler dengan perut membesar. Bukan apa, dah nak masuk 6 bulan. Sekejap jer...lagi 3 bulan 10 hari saja baby nak keluar. Teruja rasanya, aku, hubby dan izzul.

Mula-mula kita tengok perutnya dulu ea.....
p/s: Ni boleh dikatan kureng montoknya, kalau masa ngandung izzul dulu....lag comei + montoks....ha3x.

ADA SELERA LAGI KE NAK MAKAN KAT KFC?

http://i35.tinypic.com/2uskfvs.jpg
Dapat info dari misae pasal kes sabotaj KFC ni, try search kat youtube...tub2x jumpa. Korang ada selera lagi ke? Aku rasa cam was2 nak makan kat kfc. Tu ler makanan yang kita buat sendiri konfirm 100% halal, bersih dan selamat. So, rajin2 ler masak...nak makan ayam? bel;ajar wat sendiri....halal beb.

Aksi Terlampau Pekerja KFC 2 [Sos Spicy Dicampur Dengan Air Lap]

Aksi Terlampau Pekerja KFC [Ayam Perisa Tapak Kasut] ?

LUKISAN BIBIR

Hari ni kita main tepek2 jer.......copy paste kat forum.cari.com



aiii..saya pikachu



panda yg gemukkks




err...yg ni spesis musang kan?



tepi2...cik bee nak pergi memadu kasih




si tucheng yg hitam manis



err....yg ni binatang aper yer mcm hippo jer..ker aper?




ulat atas daun..




sesumpah atau nama yg lebih glamer dlm BI ialah chameleon




miss crab yg cun..pheewittt

PANTANG DALAM TIDUR





Manusia dapat bertahan 2 minggu tanpa makan, tetapi hanya bertahan 1 minggu saja tanpa istirehat. Tidur adalah waktu istirehat yang sangat baik, dengan tidur organs tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosak organ dan otak kita.

 PANTANGAN DALAM TIDUR :

Jangan tidur dengan mengenakan benda bebahan logam.

Misalnya jam tangan, boleh menimbulkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh berbahaya.

Jangan tidur dengan membawa HandPhone ke ranjang

Gelombang medan magnet yang ditimbulkan oleh alat elektronik ini, dapat merosak system saraf kita.

Jangan tidur dengan memakai Bra (terutama buat yang cewek )
Para ilmuwan di Amerika mensinyalir bahawa pemakain Bra diatas 12 jam, dapat mengakibatkan kanser payudara.

Jangan tidur dengan masih memakai make-up

Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit kita, kerana kulit tidak dapat bernafas. Selain itu boleh buat jerawat.

dan ini yang paling penting :

JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI/SUAMI ORANG
Sumpah.. ini bahaya SANGAT!

Read more: http://www.borakkosong.com/2011/07/pantang-dalam-tidur.html#ixzz1RTExraEl

P/S: hubby selalu tidur ngan jam tangan. Bahya ni nak kena sound kat dia.

Thursday, July 7, 2011

TERLEBEY SUDAH........

http://image.shutterstock.com/display_pic_with_logo/576460/576460,1270958936,5/stock-vector-busy-mum-50651059.jpg


Hari ni teramat rajin nak meng updatedkan post, apa hal agaknya ya? Nak kata melalui hari2 yang menyenangkan tak sangat kot. Bagun pagi lambat gara2 MENERIMA gangguan seawal jam 2.45am. Bangun pun kelam kabut, mandikan izzul siapkan bekfes dia dan tempatkan dia di sekolah, minta maaf ngan teacher izzul, buat alasan izzul dah bangun tapi masih golek2 atas katil. Itu benar! boleh dia jawab "izzul penat lah nak tido lagi". Dan beri arahan pada ibu suh buat mee pedas....tak sempat ler..just bekal roti coklat jer........  Sempat lagi bayar duit pengasuh, cot cet cot cet express, pusing2 cari driver van sekolah izzul sebab baru nak bayar duit van. Terus melayukan wajaku ke tempat kerja. Agaknya next year cam manalah rutin harian aku bermula ya? Tahun depan bergelar "IBU BERANAK 2" .

p/s: Aku cuma "BERANAK" 2. kenapa tahun depan walhal nov ni due date. sebab tahun depan start keje..... sila abaikan yang terlebey tu.

FALAKONLINE.NET

Jom tinjau2 apa yang ada di  http://www.falak-online.net


Supernova 2011dh dirakam

 dan banyak lagi.......

ANDA DITIPU



Anda ditipu oleh penipu, pernah? Anda kenal dia seorang yang bertudung, kalau tak pakai tudung pun, wajahnya polos, lugu, suci murni kebersihan sunlight.  Adakah dia memakai stoking hitam?. Apa kes dengan stokin hitam? .....stokin warna lain? chop2x.....bukan nak mengaibkan sesiapa. Tapi sekadar berkongsi cerita. Bukan dari pengalaman tapi pengalaman hidup seseorang yang aku tak pernah kenali. Bayangkan setelah beberapa lama anda mengenalinya baru anda tahu dia seorang penipu. Apa tindakan anda? Tunjuk alim didepan anda dan semua orang. Berlagak seperti tak bersalah, lugu orangnya. walhal dulunya sosial, dan pernah gugurkan kandungan sebelum berkahwin. Ke disko, suka melepak, pergaulan bebas. Dan sekarang berstatus perempuan baik kerana dah berkahwin. Dengan dia berubah kearah kebaikkan sepatutnya anda memberi sokongan. Tu pun jika dia nak terima sokongan anda. Tapi tu pun jika anda tahu dia memang dah jadi kekononnya baik. Sebabnya anda tak tahu latar belakang dia dan keluarganya. Orang kata seperti memakai topeng. sekejap bukak sekejap pakai lagi.  Wal hal dia sama saja seperti dulu, cuma kena control sikit perangai...kelakarnya ya. Bukan nak mengaibkan yer...sekali lagi "bukan nak mengaibkan" tapi yang terasa tu kena cermin diri dulu..dan tanyakan pada diri sendiri "aku memang dah berubah ke"? Pergaulan aku dan lelaki bukan muhrim masih lagi aku jalani dibelakang suami ku? Ingat lagi pesan cikgu sekolah, "kita orang perempuan kena jaga pergaulan dengan lelaki, nak jadi @$%@%$^*^%^$ sekejap jer. Memang syok, nanti orang perempuan yang kena tanggung, bukan lelaki yang mengandung.  Masa sekolah dulu rasa meluat bila couple2 ni pegang tangan, perangai dah mcm laki bini, mama papa, bi ler...ntah mcm2 lagi Dah habis form 5, ada gak dengar2 student kena tangkap basah lam tandas...pastu kena nikah...apa jadi ngan budak tu aku pun tak tau. Sebabnya aku tak busy body............Tu semua bergantung pada diri masing2, tepuk dahi sedarkan diri. Nak lempang muka sendiri boleh gak.

Wednesday, July 6, 2011

APA PERASAAN ANDA?

http://www.bestpregnancytips.com/wp-content/uploads/2008/12/Abortion.jpg




Perasaan apa? ha! alih2 terfikir apa perasan senang citer rasa ler bila gugurkan kandungan terutama bagi yang hamil sebelum bernikah. Tak rasa takut ke?

1. Takut kepada allah sebab berzina.
2. Dah berzina dosa mengandung anak luar nikah pun dosa.
3. Gugurkan kandungan dah kira membunuh lagi ler dosa.

Apa perasaan orang yang macam ni ea? Adakah si lelaki tak mahu bertanggungjawab? atau si perempuan menyesal termengandung? Ada sesetengah perempuan berlagak alim depan mak bapak. Tapi belakang mak bapak "dunia aku yang punya". Bukan nak kutuk sesama jenis dan bukan nak salahkan perempuan sorang jer. Bak kata pepatah "tepuk sebelah tangan takkan berbunyi" Tapi orang selalu salahkan perempuan, selalu pandang serong pada perempuan. Cuba yang termengandung lelaki. Sekarang ni dah ramai yang berstatus pembunuh tanpa sengaja, bunuh bayi yang baru lahir. Tapi kalau nak beri hukuman gantung sampai mati, berat sebelah kalau bagi kat perempuan jer, sepatutnya ngan laki2 skali untuk kes berzina. Adil dan saksama. Sebab dia yang bagi perempuan mengandung.

p/s: Aku ni pun tak berani sangat nak tegok foto bayi tu lama2..seram....

NGANTUK TAHAP GABAN

http://www.mychildhealth.net/wp-content/uploads/2009/02/baby-sleep.jpg

Hari ni macam tak cukup tidur untuk jumlah yang banyak sangat. Rasanya mata ni dah tak boleh nak bukak. Ngantuk kerana:-
1. Tak boleh tidur cuaca malam hari panas.
2. Risau yang tak tentu arah, kerap dengar bunyi yang mencurigakan sebab pagar rumah tak siap lagi. Sentiasa
    berfikir negetif takut2 pencuri ke perompak datang menjengah cari barang2 terpakai.
3. Asyik mimpi bukan2 jer. Pasal hantu ler....mimpi orang yang tak sepatutnya aku mimpikan.

Mana taknya ngantuk, kalau jam 3,4 pagi baru leh lelapkan mata. Dah tu bagun pagi nak siapkan anak sekolah dan ngan aku sekali berebut nak ketempat kerja. Macam manalah kalau dah ada baby nanti ya? Mesti macam2 aku lupa nak bawak, cermin mata kena standby dalam kereta kalau tak selalu ler lupa nak pakai. Rutin harian pun kena cut down...jangan tidur lewat malam. Sekurang-kurangnya 9.30mlm zzzzzz.....

Friday, July 1, 2011

MENCARI KEDAMAIAN



Besar tajuknya tu, mencari kedamaian. Ha2x....kedamaian didunia dan akhirat. tapi yang aku nak cerita kali ni kedamaian didunia, terutamanya kedamaian di kediaman kami. Disebabkan sekarang ni banyak waktu aku habiskan dirumah. Jadi penting keindahan, keselesaan, keharmonian dirumah. Lagipun aku lebih suka duduk dirumah dari merayau ke rumah jiran. Bak kata orang lebih selesa dirumah. Betul tak?  Tak tahu kenapa aku lebih suka warna hijau berbanding warna lain. Malah lampu depan umah pun hijau.

  Ada sesuatu yang akan ku tiru dengan gambar ini...tunggu...............Sedikit penukaran warna dari hitam ke warna kegemaranku. Dan pengubahsuaian dengan keadaan di malaysia.

Cantik juga warna kuning untuk laundry room. Tak sabar rasanya, banyak idea dekorasi masih tersimpan dimindaku.

Warna turqoise juga menarik dipadankan dengan almari dan mesin basuh putih. Suci dan mencuci.......
Dapur padanan kuning, putih dan hitam..not bad....
 

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers