Order By: kak Anor.......
Tq kak, katanya anak2 yang suka makan. Kak anor dah sarat mengandung dan tengah tunggu hari tuk melahirkan. Semoga semuanya selamat dan di kurniakan baby boy.....amin.....sebab katanya scan dokter kata baby boy.
Thursday, March 24, 2011
MINGGU KE 7
Perut yang mula membuncit dan punggung yang melentik...he3x....malunya. Dulu masa pegnantkan izzul memang gila ngambik gambar. Ye la anak pertama. Untuk pengetahuan kamu semua, perut cik rin ne kulitnya tebal, so kalau pas makan amik gambar nampak cam dah lebih 2 bulan...maklumlah BADAN GEBUS........
Monday, March 21, 2011
SYOKNYA BERCUTI DI JOHOR LAMA
Sabtu petang kami bertolak ke Johor Lama, kamgpung arwah mak mertua. Kami berempat kesana untuk hadiri majlis kenduri. Sambil menyelam minum air.......tak3x...air masin tak mau. Pagi ahad kami berjalan kaki ke tepi pantai johor lama untuk mencari BELANGKAS. Bukan cik rin yang ngidam, tapi abang ipar....katanya dah lama tak makan belangkas. Dulu masa arwah mak mertua. Dia selalu masakan belangkas, siput gong gong dan macam-macam lagi. Nak ke kota jauh...kadi kami tangkap sendiri......seronok.......Nak tau siapa yang bernasib baik dapat jumpa belangkas? Cik rin ler...hubby ngan abang ipar punyalah jauh mencari tapi, cik rin yang jumpa. Syok, dah lama tak mandi laut. Takut kena sun burn + hitam + kulit mengelupas...Tapi mandi jugak.......
Berjalan kaki menuju pantai...............
Apalah yang dijumpa izzul tu
Sukanya dia main pasir...............
Susahnya nak pisahkan belangkas ni......tu ler bila nampak pasangan berkepit kehulu kehilir...selalu orang ibaratkan macam belangkas.......
On the way balik umah mak usu, cik rin dapat 4 ekor, yang jantan dilepaskan........tapi cik rin takut nak pegang........
Tengok tu macam rupa elian, banyak kaki...............takut
Memberanikan diri pegang hanya untuk bergambar sahaja.......
Si izzul lagi penakut................
Friday, March 18, 2011
BUNGA PINK
Pagi-pagi lagi hubby dah bising sebab dalam kete ada benda alah ni......Baru nak cantikkan kete...
Katanya nanti bila bawa kete ke tempat kerjanya mesti kena ngusik ngan kawan2 sekerja. Lor.....takkan nak cantikkan kete pun tak boleh? bukannya menghalang pandangan ketika memandu pun.
(tapi cik rin letak jer......yang penting cik rin suka)
EDIBLE IMAGE CUP CAKES
Baki 6 cup cakes, 3 untuk cik rin ngan misae dan lagi 3 tuk kak sam.
Buat simple jer, yang request pun tak kesah. Chocolate cup cake sditempah oleh warga GORIN sebanyak 16pcs. Terima kasih sudi order ngan cik rin.
(Seronoknya esok nak balik kampung....yeeeeyyy)
Thursday, March 17, 2011
SHREK KEMBALI LAGI MENGHANTUI
Ingat lagi dengan shrek? Si gergasi berwarna hijau tinggal di paya. Sifatnya yang ganas dan rakus. Hik3x......sebenarnya cik rin pernah digelar begitu pada tahun 2006 semasa mengandungkan izzul. Kenapa? Ni lah salah satu puncanya kenapa cik rin di gelar shrek.
Masa mengandungkan izzul dulu banyak jugak lah benda yang terjahanam dengan tak sengaja di tangan cik rin. Contohnya, mop lantai arwah mertua, pam tandas di rumah sewa, 3 handle pintu kereta dan bermacam lagi. Tak ingat dah lama tu. Mungkin sebab tangan kebas tak berasa. Tapi ni baru 5 minggu, sabar je lah. Dan yang baru2 ni seperti gambar diatas. Ntah nak panggil apa. Rasanya cik rin dah bukak pelan cam biasa. Apa lah nasib. Handle kete tu sib baik murah, 1 RM10.Yang cermin ni ntah berapa harganya. Hubby tak marah sebab dia dah tahu perangai cik rin.
(Dari itu hati2 ketika pegang apa pun, nyaya jer kalau patah. kalau ada spare part tak per........)
HANTARAN PERKAHWINAN HARDY & NADIA
Macam biasa, gubahan hantaran dari air tangan cik rin buat adik & adik ipar menjelang hari pernikahan mereka jumaat lepas.
Hantaran dari pihak lelaki bertemakan merah & Silver, Manakala perempuan pula Putih & Silver. Masalah dengan alas dulang perempuan terpaksa guna warna kuning cair sebab ketiadaan warna putih last minit.
SIAPA YANG TAK SUKA BILA DAH DISAHKAN MENGANDUNG?
Pagi rabu lepas cik rin ada buat urine test lagi tuk memastikan yang cik rin mengandung. Secara sahihnya lah. Ujikaji tu cik rin buat pagi dalam kul 7 pagi. Tak payah tunggu 10 minit. Letak jer urine kat atas test pregnant tu. Yang positif dah nyala merah dulu. Sukanya tak terkata, pastu bila hubby balik kerja cepat2 suh tengok. Ok, dah tiba masanya nak gi scan. Suka kemain masuk bilik dokter. Tapi dokter just cakap "kalau kulit perut tebal susah nak nampak baby" . Lemah mendengarnya. Bila scan dokter kata baru 5 weeks. Tapi kalau ikut kiraan dah 7 weeks. Ada delay something. Entahlah, yang pastinya sama macam masa cik rin ngandung kan izzul dulu. Last period bulan 12 2005 tapi bersalin 10 November 2006. Tak per lah...ada lagi ayat dokter yang tak sanggup nak di dengar. "lagi 2 weeks datang scan balik takut2 sarungnya saja ada tapi baby ada masalah. Tu yang malas jadinya, x der mood. Tak happy nak citer pasal incoming baby. Yang penting cik rin jaga diri baik2 dan kesihatan. Doakan impian kami terlaksana dengan jayanya..........amin......
Tuesday, March 15, 2011
SELAMAT PENGANTIN BARU MAK UCU AYAH SU
Cik rin bercuti dari jumaat hingga isnin semalam....banyak n3 yang tertunggak. Kesimpulannya, tunggu lah yer...n3 bertimpa dari cik rin.......akan datang.
Thursday, March 10, 2011
BORONG TELUQ
Semalam pas gi masjid jamek pasir gudang untuk sain menyain bagi saksi dan wali pihak perempuan. Kami serbu kip mart masai untuk mencari telur untuk dibuat telur pindang. Hanya 2 kedai yang jual telur. So, kena pandai2 kautim harga ler......dan akhirnya dapatlah yang murah. Pandai tak cik rin tawar harga?
Maaf ya, ada pening sikit tengok gambar2 kat atas nun. Hubby borong telur, hik3x......adegan dalam kereta sebelum sampai ke rumah mak nak gi masjid. Dan sebelum gi masjid wajib posing2 dulu.
HAPPY BIRTHDAY SAYANG......................
Salam hari khamis semua, 8 mac 2011 ari tu hari lahir hubby yang ke 32 tahun. Disebabkan cik rin mc hari selasa lepas. So, semalam baru kami sambut bersama. Tahun ni tak ada "suprise ayah" sebabnya hubby ikut sekali cik rin ke kedai kek. Kami sambut di klasik cafe, kota masai. Enjoy.................
Strawberry Ice Cream Cake
Acara Suap menyuap............
Jemput makan semua....................
Semoga allah melimpahkan rezeki & kebahgiaan untuk kita semua baik di dunia mahupun di ahirat, amin................
Wednesday, March 9, 2011
KAMPUNGKU DISERANG GAJAH LIAR.
Angkara gajah
bhjb@bharian.com.my
2011/03/09
Penduduk dekat Tanjung Sedili bimbang ancaman haiwan liar
KOTA TINGGI: Pencerobohan gajah liar mencari makan sekitar tiga kampung dekat Tanjung Sedili sejak awal tahun ini, bukan saja merosakkan tanaman dan kebun, malah mengancam keselamatan penduduk. Antara kawasan yang dimasuki haiwan itu termasuk sekitar Kampung Padang Ragut, Kampung Singapura dan Kampung Tuan Sheh dekat Tanjung Sedili di sini. Penduduk mendakwa, awal tahun ini sepasang gajah dewasa dan dua anaknya berkeliaran dan berlindung di kawasan hutan Kampung Belukar Durian dan Lok Heng, manakala yang terbaru pada Jumaat lalu membabitkan seekor gajah yang dipercayai datang dari hutan Kambau di sini.
Penduduk, Rojali Doladi, 53, berkata mereka mula bimbang kerana kumpulan gajah liar itu mula memasuki kawasan kampung untuk mencari makan sejak Jumaat lalu.
Katanya, gajah itu berkeliaran mencari makan waktu malam dengan memakan umbut pokok kelapa dan kelapa sawit serta rumpun pisang yang banyak ditanam penduduk di sini.
“Sasaran utama gajah ini ialah pokok pisang dan anak kelapa sawit yang baru ditanam serta di kawasan perkampungan yang ada banyak pokok kelapa dan sumber air seperti parit.
“Banyak tanaman dirosakkan dan dimusnahkan haiwan liar ini hingga menjejaskan mata pencarian dan menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk, ” katanya yang ditemui di sini.
Ketua Kampung Semayong, Shikh Kassim Islam, 61, berkata kumpulan gajah liar yang merosakkan tanaman penduduk kampung itu biasanya berkeliaran mulai tengah malam hingga awal pagi.
Katanya, sejak dua bulan lalu, kebun sawit miliknya sudah dua kali diceroboh gajah termasuk yang terbaru tiga hari lalu yang menyebabkan hampir 40 pokok sawit musnah.
“Setakat ini, hanya tanaman seperti sawit dan pisang menjadi sasaran gajah itu. Kebimbangan kami ialah kalau gajah liar terbabit menyerang rumah penduduk tanpa menghiraukan penghuninya yang sedang tidur pada waktu malam, ” katanya.
Ketua Kampung Tanjung Sedili, Ibrahim Yahya, 58, berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dapat membuat pemantauan selain membantu menghalau atau memindahkan segera haiwan itu ke Taman Negara sebelum lebih banyak tanaman milik penduduk musnah.
“Kami faham kawasan habitat asal gajah ini mungkin kekurangan makanan akibat pembangunan menyebabkan ia mula bergerak keluar dan memasuki kawasan kebun penduduk.
“Namun, pihak berkuasa perlu mengambil langkah menangani pencerobohan gajah ke kawasan kebun milik penduduk ini sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya.
Dalam satu kejadian pada 6 Oktober tahun lalu, seorang pemandu treler Muhammad Ibrahim, 53, cedera selepas kenderaan yang dipandunya merempuh seekor gajah yang melintas jalan berhampiran kubu peninggalan Perang Dunia Kedua di Kilometer 62.2 Jalan Johor Bahru-Mersing.
Gajah yang dipercayai cedera dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditemui mati dalam kebun sawit dekat Mawai, kira-kira seminggu kemudian.
(Cik rin lahir di teluk jeri, kota tinggi)
bhjb@bharian.com.my
2011/03/09
ROJALI (depan) bersama penduduk kampung menunjukkan menunjukkan pokok pisang yang dirosakkan gajah liar di Kampung Padang Ragut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

MARI-MARI BACA N3, MURAH-MURAH..............
Tengok, selak, belek-belek blog orang lain. Ramai giler follower. Blog aku sikit jer, tapi ada lagi blog orang lain yang sikit dan ciput jer follower dia. Aku tak rajin blogwalking untuk follow orang & minta orang lain follow kita. Mana yang bagus? Ramai follower atau ramai yang masuk blog kita nak baca n3 yang kita baru saja buat untuk hari tu? Kenapa sebabnya bila kita belek blog kita wah! hari ni jer dah lebih dari 50 orang yang masuk & belek2 blog kita. Tu sikit kalau dah mencecah ratusan yang melawat blog kita hari tu. Bangga giler kan? Best ea, macam tu. Ada blogger yang buat n3 macam minta simpati, ramai nanti yang jadi follower. Tapi kebanyakkan blog yang aku masuk ramai yang datang melawat, blog tu mempunyai cerita yang menarik, susun atur yang tak semak & banyak info yang terkini dan tertarik. Berblog macam berniaga, nak tengok ramai x yang jadi follower & ramai tak yang datang melawat blog. Kalau ramai, laku ler blog tu. Ada yang saja2 BW tanpa membaca n3 yang kita buat dengan memerah otak bagi menyusun ayat2 canggih lah sangat. Tapi macam aku entah, susah kalau tak berpendirian tetap. Rajin, berblog...malas diam2 sudah......................Jadilah bersarang blog aku dengan sarang labah2 dan semak samun.
Boring-boring
Monday, March 7, 2011
RAJINNYA CIK RIN
Bukan nak bangga giler...hik3x.......masuk kali ni dah 5 kali cik rin buat bunga pahar. Kenapa 5? Sebab 5 orang adik beradik termasuk cik rin yang dah kawin & akan berkahwin dalam masa terdekat ni. Tinggal sorang jer lagi yang belum kawin. Sukalah buat gubahan2 ni, menjimatkan belanja. Kalau beli yang dah siap kat kedai tu banyak tapi harga boleh tahan. Kalau buat sendiri jimat & ikut citara.....Nanti kalau menyempat cik rin nak upload semua gambar bunga pahar yang cik rin bikin sendiri....just to share jer.
Keadaan meja ofis bila waktu rehat, serabut daaa......
Yang ni tuk abang sulong cik rin, tema hijau + pink
Sib baik hanya bunga pahar, gelang emas & mas kawin yang jadi hantaran....jadi x banyaklah keje cik rin. Bila single macam ni macam kurang lawa. Tapi bila dah banyak2 + telur masin yang warna putih tu.....mengancam...ok nanti cik rin upload kalau dah belambak yer.
Subscribe to:
Posts (Atom)