Friday, January 28, 2011

COKLAT CHEESE TART

Tak pernah pun rasa coklat cheese tart. permintaan kawan hubby tapi dia nak 10pcs Tart besar & 10 pcs tart kecil campur2 BCT ngan CCT. Ha3x...suka2 jer aku buat short form.....

Thursday, January 27, 2011

HAK PEREMPUAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEWcWu3WTu8vMigRTn1CAqzgXhPVO3156rSQV1_pG5ritt-YktsO9W6xXYRqY1aKjYs32VrMn39U1-f3kari1XvIjh-6pS8vEbEnI_cmWHqAWha9J9BlH_14ePxa7JUl2nuCVXgq3h6oBW/s400/%25E5%25A6%2587%25E5%25A5%25B3.jpg

 Apa yang paling mengerunkan bagi seorang perempuan adalah ancaman keperibadian dan hak sebagai seorang wanita digangu gugat atau tidak diambil peduli . Tak kiralah dia gadis, ibu, janda atau nenek tua. Lagi2 kalau kes sexual harassment, banyak giler definasinya. Contohnya diganggu @ kena usha2 ngan boy2 ataupun lelaki2 gersang, terima sms lucah, ganguan ditempat kerja oleh bos2 atau kawan sekerja yang miang.   Kalau anda digangu dengan tampalan kertas2 bergambar perempuan bogel atau lelaki bogel. Bagaimana reaksi anda? Bagi yang dah biasa tengok tu mungkin membuat senyum sinis. Malah mungkin akan mengambil gambar tersebut untuk koleksi peribadi.  Ha! melihat tubuh badan orang lain juga berdosa,(selain dari pasangan kita)  lagi2 tanpa seurat benang. Bagi yang hilang hak keperibadian sila rujuk keterangan disini:

Hasil goggle



Elakkan dari berpakaian begini. untuk hindari diri dari ancaman buas lelaki gersang. Tapi masalah juga kalau dah tutup semua tapi, masih lagi diganggu....nak buat apa ya?

MARBLE CHEESE BROWNIES

Semalam masa tengah siapkan kulit tart. Teringin nak cuba buat marble cheese brownies. Balik dari ofis, amik izzul kat umah pengasuh. Hari pulak hujan, erm.....x boleh patahkan semangat aku wahai hujan.....aku gagahi jua ke bakewell dan shopping barang kuih. Jeng2.....jeng...aku dah beli barang nak buat fondant gumpaste....... Ari tu ada gi class brownies ngan muffin di class kak norli jadi aku cuba praktikan apa yang diajar. Tart shell x siap, marble cheese brownies yang siap dulu. Apa lagi si izzul x sabar menanti. Asyik tanya dah siap blum. Aku tengok anak aku ni kan, suka tolong aku kat dapur ler. Ha! jadi chef x per tapi jangan lembut2 sudah lah. Biar gambar yang bercerita. Tapi, masalahnya aku x amik gambar pembikinan marble cheese brownies....kelam kabut ler si noreen ni. So, next time i'll be coll ok.



Tak sabar menanti si brownies siap dibakar.....sambil menghitung waktu.


 Dia dulu yang tunggu kat meja suh ibu cepat2 potong brownies.
 Menanti brownies utk dipotong.
Time to eat!......tengok, tart shell yang masih belum ready nak masuk oven. Makan brownies dulu ar....




Wednesday, January 26, 2011

HUJAN

Minggu ni asyik hujan, baju pun susah nak kering. Semalam petang sedang asyik masak untuk makan malam sambil tunggu abang balik dari kerja. Aku x perasan yang kat luar hujan renyai. Nasib baik ada jiran yang prihatin memanggil aku, sebabnya aku jemur pakaian kat luar. Mujur cepat aku perasan ada yang memanggil kalau x. pasti pakaian kat luar basah kuyup. Tapi pelik skit hujan kali ni. hujan dalam 2,3 minit pastu stop, kemudian hujan lagi.....dan skang ne tengah panas terik. Kenapa ya?

Tuesday, January 25, 2011

KELAM KABUT

Belum terlambat rasanya nak cerita kes kelam kabut pagi tadi. Gara2 nak cepat hantar BCT ke kilang. Siapkan izzul ke sekolah, buatkan bekal dia. Hari ni kejutkan dia jam 7pg. Tak nak awal sangat sebabnya nanti dia akan bad mood menunggu van lambat sampai. Van sampai jam 7.30pg. Dalam kelam kabut tu aku terlupa nak pakai cermin mata. Jadinya ketika memandu, mata jadi kecik, kepala pening migrain. Pikir2 apa hal ea? mungkin dah nak last2 period ne migrain muncul. Skali terperasan yang aku x pakai cermin mata. Susahkan hubby jer amik cermin mata kat umah. Jadinya, aku x balik umah mak untuk rehat tengahari. Dah mak call tanya kenapa x balik umah. Susah kalau dah rabun. Harap2 perkara sebegini x berulang lagi kalau x nyaya jer....sib baik tempat kerja x jauh sangat.


Click to enlarge: Tension and Migraine Headache Pain

Shania Twain - You're Still The One

Shania Twain - From This Moment On

BARANG BARU TU...

Biasanya kita beli nozzle skit2...satu nozzle jer RM4.50. Baru ada 3 nozzle. Tapi semalam gi antar tart kak norli, siap beli nozzle set ngan dia. Ada 24pcs baru RM40. Boleh ler untuk kita yang baru berjinak2 dalam dunia bakers....


BCT KE GORIN

Kali ke dua BCT Big Size keluar oven. Di order oleh pelanggan yang sama dan kuantiti yang sama.
Kali pertama kak el order buat hantaran tunang adiknya. Kali ni untuk makan sendiri. Suka betul ngan cheese, jadinya BCT kali ni x mau blueberry banyak nak skit jer.......he3x...customer always right.

KE TAMAN CENDANA

Malam tadi buat penghantaran ke taman cendana, umah cikgu norli. Ingat lagi x kita pernah gi kelas brownies ngan muffin. Ha! nilah cikgunya, kali ni kak norli order 30pcs BCT biasa ngan kita. Sory kak lambat antar.

Kali ni kita cuba corak yang sinonim dengan BCT. Berjaya juga akhirnya buat corak ni.

Sunday, January 23, 2011

KEK HARI LAHIR

Semalam bakar kek coklat, hari ni buat krim & hias. Kek ni untuk anak sedara yang sangat ku sayang. Kenapa? sejak dia kecik aku selalu bawa dia kemana saja aku pergi. Sebab masa tu aku belum ada anak lagi. Apa yang dia minta akan aku belikan. Sebab aku sayang kat dia. Cuma, sejak dia dah besar ne, dia kurang dengar cakap skit.....maklumlah dah 7 tahun, dah besar....dia anak sulong kakak aku. Bagi aku kakak pembawa rezeki bagi aku & suami. Walaupun uda selalu marah kakak, tapi uda sa.....ya.....ng.............kat kakak. Biasanya kalau aku bawa kakak keluar bersama kami. Kalau aku beli barang untuk izzul, aku mesti beli sesuatu untuk kakak. 

Ucapan buat kakak:
Selamat hari lahir yang ke-7 tahun buat Nursyazwani Binti Mohd Zainam, semoga kakak akan menjadi anak yang berguna buat ibu & ayah. Dengarlah kata-kata mereka, jangan suka melawan, jadilah anak solehah, rajin belajar...sebab kakak bijak. Semoga apa saja yang kakak ceburi akan menemui kejayaan...amin..........
Hanie & kakak
Cuba buat & decorate kek......guna krim yang dah sedia ada lam peti sejuk

Saturday, January 22, 2011

APAM POLKADOT KE HOSPITAL WAKAF LAGI

Ingat orang jer ke gi hospital. Apam polkadot pun pergi jugaklah. Tapi bukan sebagai pesakit...he3x...sebagai juadah untuk majlis kenduri. Tempahan dibuat oleh kak hanisah bagi pihak kawan sekerjanya.
Apam Polkadot, tema biru + putih. Inti: Strawberry & Blueberry. Terima kasih kak, kalau sudi mai ramai2 tempah lagi....

TEMPAHAN HARI LAHIR

Semalam masa lunch terima panggilan dari ibu osheen, nak menempah 100pcs BCT dan perlu dihantar sebelum jam 2.00ptg hari sabtu. Katanya untuk majlis hari lahir cucunya. Nasib baik aku memang dah siapkan blueberry shell untuk tempahan raya cina ni. Macam mana ya, kenalah buat lagi tart shell nya. Jarang yang request nak blueberry shell. Kebanyakkannya nak shell biasa saja. Nak jadikan cerita, jam 10.00pg ibu osheen, mak cik kenanga call nak tambah lagi 50pcs takut x cukup katanya. Skali lagi bernasib baik ngam2 150pcs dan ada lebih 5 biji jer blueberry shell. Terima kasih mak cik kenanga sebab sudi tempah BCT dengan kita lagi.


150pcs BCT

Dah macam logo Mercedes lah plak.....

Friday, January 21, 2011

DALIL CINTA

Masa mula2 aku tengok citer ni, ianya mengesahkan pasangan kekasih yang tak boleh dipisahkan...jadinya setuju nak berkahwin walaupun di usia muda. Si perempuan x pandai masak, mengemas. Nak handle diri sendiri x lepas inikan pulak anak orang. Tapi tu semua boleh belajar kalau diri sendiri nak belajar. Tapi ada satu part yang memang samalah.....mix & max. Ya ke betul ne? Sejibik sama......ha3x...rasanya kalau dia nengok...rupanya dah di DRAMAKAN. Popular beb...he3x...di akhir part 8 & di awal part 9. Tengok ler kalau x percaya. Betapa sopannya menantu ngan mak mertua. Betul aku cakap SEJIBIK. Tapi yang lainnnya, si menantu sedar kesilapannya dan bertekad untuk berubah. Alhamdulilah....syukur. tapi dalam dunia realiti SI MENANTU tu tak berubah. Hati orang tua diluar nampak elok, di dalam siapa yang tahu........Apa yang menantu dia kasi dia x makan pun...buang jer......Susah nya bila hati mak mertua dah terluka. Susah nak baik. MENANTU DURHAKA. Mungkin dia kurang perasan dengan perangai sendiri, x cermin baik2. Kesian....didunia memang dia benar tapi di akhirat nanti allah saja yang tahu.

dalil cinta part 8

dalil cinta part 9

Wednesday, January 19, 2011

APAM POLKADOT

Order dari Pn.izie 800pcs
Tema: Biru + Putih
Inti: Blueberry + Strawberry

Order dari Pn.Hanisah 50pcs
Tema: Merah + Putih
Inti: Blueberry + Strawberry

Order dari Pn.Hazreen 50pcs
Tema: Warna Warni
Inti: Blueberry + Strawberry
Terima kasih kerana sudi order dari noreen. Kalau sedap bolehlah order lagi. :)

AKU AKUI

Dulu masa belum berkenalan dengan baking membaking ne banyak sangat masa yang terluang. Mengemas rumah, mencari idea dengan barang2 craft untuk menceriakan lagi istana kecilku. Banyak yang tegur aku rajin sangat. Jawapanku biasalah, anak baru sorang. Bolehlah.....Tapi setelah berkenalan dengan dunia baking ne. Rasanya waktu yang dulu aku rasa banyak dah tinggal sikit untuk melayan kerja2 yang gemar aku lakukan dulu. Waktu hujung minggu kini penuh dengan aktiviti membaking. Alhamdulilah bertambah rezeki, aku manusia biasa merungut kepenatan tu biasa....tapi untuk siapkan tempahan aku gagahi jua. Seronok bila dah tau cara2 dan kalau dah terbiasa ngan kerja2 membaking ne. Kalau x dulu, satu rumah dari dapur sampai ruang tamu berselerak sebab membaking. Tapi skang aku dah tau jadi mkuranglah berselerak. Rasa2 nya aku harus tutup 1 blog aku iaitu noreen's minikitchen . Tak laratlah nak manage 3 blog. Dulu bolehlah, tapi skang ne rasanya tak terbela. Bersawang tinggal lama2. Ok.

Wednesday, January 12, 2011

CUTI YANG PENUH DENGAN AKTIVITI

Assalamualaikum semua, aku dah macam biskut chipsmore, kejap ada, kejap ilang. Semua tu disebabkan Noreen's Mini Kitchen . Banyak aktiviti yang dulu selalu aku buat bila menjelang cuti terpaksa aku korbankan. Bunyi cam besar sangat pengorbanan tu. Lagipun rezeki untuk orang macam aku ni yang susah melelapkan mata menjelang malam. Biasanya aku akan tido paling lewat 1.00pagi. Paling awal 8.30mlm. Biasanya kalau x boleh tido macam biasa ler...tengok tv. Set ler 30 minit, x leh tido set lagi. Tapi skang ne aku dah ada kerja. So, waktu terluang x boleh tido tu membaking. Nak kata rajin memasak, tak ler sangat. Ruginya ya orang yang x der mak mertua cam aku ne. Kalau x leh kongsi2 resepi. Tapi masa arwah mak mertua ada dulu pun segan nak mintak resepi. Cuma bila aku masak dan hantar kat dia. Nanti dia akan bagi komen, dan aku ne plak boleh terima komen orangnya. So, cuba lagi.....dan lagi. Bestnya arwah mak mertua ne pandai masak. Apa saja yang dia masak semuanya sedap belaka. Sebab tu baru 1 tahun duduk ngan dia badan aku jadi gebu. Dari 50kg dah jadi 60kg. Satu jer pesanan aku pada yang masih punya "mak mertua" anngap dia macam mak kita. Cepat ler serasi. Tipu kalau semua menantu perempuan serasi ngan mak mertua. Sebabnya 2 perempuan kalau duduk satu bumbung banyak masalah. Macam aku, walaupun ada masalah ngan arwah mak mertua. Alhamdulilah aku masih lagi menjaga kelakuan & mulut. Apa saja yang dikatanya aku iakan. Sebab susah nak pujuk hati mak mertua kalau dia dah kecik hati ngan kita. Kalau nak lepas marah. Aku luahkan kat hubby. Sian hubby, lama2 aku pikir apa yang mak mertua cakap & nasihat tu semua ada tujuannya. Walaupun aku bukan menantu yang baik dan sempurna, aku tahu dia sayangkan aku. Rindunya ngan mak, Bila aku keguguran dulu, mak & mak mertua jaga aku. Dihati kecil dia dia juga sayangkan aku. Arwah mak mertua susah nak tunjukkan rasa sayang dia. Bila dia dah tiada, Kadang tu rasa rindu sangat sampai menitis air mata.(Utk org yg ada perasaan jer). Dulu selalu antar apa2 kalau dah masak, mak mertua suka makan makaroni bakar, La ne.....Macam aku buat apam dot2 ne teringat kat dia...

yang ne x menjadi...hampeh! aku pun makan sebiji jer.





2nd try....yang ne aku kasi 80% menjadinya. Setelah dirujuk kepada juri2 hoe seng & far east crane....

Buat apam dot2 ne pun sebab ada tempahan tuk majlis cukur jambul & tahlil.

Pastu ada plak yang nak buat hantaran pertunangan BCT Big Size.....

Berbalik kepada betapa sibuknya semalam, 11pg - 3.15ptg aku ada class Brownies ngan muffin dekat Norli Atan.
Memang puashati hanya dengan bayaran RM50 untuk class DEMO 2 jenis BROWNIES & 4 jenis MUFFIN. Banyak benda boleh belajar dan bawa pulang...he3x....banyak syok. Tak menyesal join class ne.
Marble Cheese Brownies

Triple Choc Brownies

Blueberry Muffin

Vanilla Muffin

Choco Cip Muffin
Choco Cip & Raisin Muffin
pagi tadi hubby breakfast apam dot2 ngan marble cheese brownies bersama milo suam.

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers