Thursday, December 30, 2010

MAKAN @ PIZZA HUT


Last minit punya kerja, dapat buku sekolah izzul 23/12/10. Semalam baru sibuk nak beli sampul plastik nak sampul buku2 dia. Dah tu kejap nak makan KFC kejap nak makan pizza. Last2 gi depan Kip mart masai makan Pizza hut.



 Sempat lagi buat aksi ultramen lapor nak makan.

Wednesday, December 29, 2010

CUCU nek PEKAN


Biar gambar yang bercerita..............................

 Seronok si izzul dapat together2 ngan sepupu.

 Wanie & Wadah

 Nenek melihat aksi cucu-cucunya
  Peace from wanie, wadah tutup hidung ke korek hidung?
 Cantik rambut wadah
 kakak sayang adik?
Candid!

AT MY MUM'S PLACE


Tak rancang pun nak tido umah mak, dapat call dari kak siah tanya aku gi umah mak x? Dah janji ngan izie, tapi sebab nak bincang hal famili. Walaupun umah mak cam x selamat nak didiami. Tapi masih kuat lagi. Bahagianya dapat tido umah mak......Yang paling seronok cucu-cucu. Sampai x nak balik.......Jadi aku cancel ler ngan izie. Jangan marah ea zie. Lama x berkumpul ramai2, tido ramai2, makan sama2 walaupun hanya burger jer. Tapi nikmatnya syok.....Kami tengok citer Rapunzel sambil makan burger.
 Makan time, beli burger depan umah jer.....Yam2...lupa plak nak amik gambar burger....

Masa untuk tido......Tido ramai2 cam sardin dalam tin. Tapi seronok.....nanti kita kumpul lagi hujung minggu di sentosa.
Mak memang susah nak amik gambar, Tapi ku ambik juga...candid!

Monday, December 27, 2010

I'M BACK (N3 BERTIMPA-TIMPA)


Salam semua, macam dah bertahun x berblog. Banyak kisah nak diceritakan. Macam biasa, sibuk dengan noreen's mini kitchen dan aktiviti di hujung minggu. Jumaat lepas siapkan tempahan dari osheen.

Kemudian siap2 kemas baju & rumah sebelum balik kampung. Bukan jauh sangat pun 10 minit dah sampai. Tapi untuk orang yang macam aku ni bertolak dari rumah jam 10.30mlm x lah menakutkan sangat...dekat......Sampai kat umah along belum tido lagi. Sib baik teringat suh hubby call abg dia yang kami lambat skit. kalau x jawabnya tido kat luar ler. Macam biasa rutin kalau balik umah along, kami akan gotong royong bersihkan rumah orang bujang. Sabtu lepas public holiday menyambut christmas. Tapi along kerja. So, kami bertiga yang kemas umah. Dah siap semua, tunggu along balik kerja. Kami makan tengahari bersama. Aku cuma masak ikan tamban goreng bawang putih + kunyit, tamban masak asam rebus nenas ngan sayur sawi goreng. Lama x makan sama2. Masak nasi 3 pot licin. Bertambah masing2 makan. Habis sesi makan kami siap2 bawak adik beli barang tuk buat bunga pahar + hantaran kat SSF.

Sabtu, osheen ambil blueberry cheese tart. Dalam 5 minit dia call nak order lagi. Wah! tak pernah dapat customer cenggini. he3x.....rezeki keluarga. Hari ahad, pagi2 kami semua dah gotong-royong bersihkan kawasan sekitar rumah along ngan cik lin. Bila sikit lagi nak siap kak siti ngan abg zaid sekeluarga pun datang. Sama2 kami buat kerja. Penat juga bila dah lama x berkebun. Abang pulak sakit pinggang sebab dah lama x meracun rumput. Lupa lak nak amik gambar abang tengah gendong tong racun tu. Dah siap kami mandi2 balik tg. langsat nak jenguk2 mak long(kakak arwah abah). Tapi mak long x ada balik KL. Jadi kami singgah umah pak itam(adik arwah abah) melawat anak dia yang dah bersalin. Pastu kami singgah makan tengah ari kat restoran mee bandung udang.
 Mee bandung Udang
 Pak long(abg Ipar)
 Pemandangan di sekeliling restoran....open air....
 Close-up....nampak x jambatan desaru tu?

Sedap...boleh tahan cuma service lambat jer. Kami nikmati angin dan ombak.......nyaman. Nak pusing2 tg.langsat dah x sempat sebab aku nak kena buat lagi tempahan dari osheen, kak fadiliza dan kak melati. Tak sempat nak jenguk tok(mak abah). Balik dari tg langsat kami ke Bakewell....tutup plak kedai ni. Last2 gi maslee jer. dari jam 5.45ptg sampai 8mlm aku siapkan 225pcs BCT.





Cepat gak aku buat kerja sorang + hubby tolong bakarkan. Jam 8.30mlm kami hantar ke rumah customer. Subuh isnin pulak aku siapkan tempahan dari kak siti, tmn.mel. kak siti ni menantu cik lin, jiran arwah abah. Malunya nak cerita kat orang yang aku niaga cup cakes & cheese tart. Tapi tu lah kata kak siti "nak niaga x leh malu2". He3x...ok2x. Kak siti pun ada niaga kek gak. Tapi kek karamel....tengok sedap..nak orderlah....

Friday, December 24, 2010

REPEAT ORDER


Tempahan cup cakes dari June untuk anak & adik beradik. 16pcs. Coklat cup cakes untuk Rysha, Ucu & Unty. Diharap berpuashati. Kalau rasa nak makan lagi boleh ler order berkali-kali. Uhui!..he3x



I'M SORRY

Maaf semua, x der mood nak jalan2 kat blog kawan . Kalau ada yang menghantar mesej kat chat box tu kalau x dijawab...maaf sesangat................Minggu depan insyalah kita sambung balik aktiviti seperti biasa...selamat bercuti...MERRY CHIRISTMAS & A HAPPY NEW YEAR 2011





MySpace Sorry Comments Graphics from SuperPimper.com

MySpace Sorry Comments Graphics

Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers