Thursday, September 30, 2010

LAUNDRY ROOM


Orang ada kita pun nak jugak. Tapi berpada2 lah kawan. Ha! ruang kat belakang ne dahulunya aku buat store emergency. Barang tak nak letak belakang. Tapi bila dah ada idea nak wat apa ngan ruang belakang ne.....jeng3. Laundry room, orang melayu kata bilik membasuh....Dulu masa belum sambung umah yang seluas 4 kaki lebih ne ingat nak wat tempat masak jer. Tapi ada jiran tu letak mesin basuh, letak jer. So, nak kena tebuk lubang nak buat saluran air mengalir. Leceh lah. Tu yang aku letak mesin basuh aku kat toilet bawah. SETIAP ORANG PUNYA SELERA BERLAINAN. Tengok gambar2 ne boleh layan plak.













Ruang belakang yang serabut...kenkonon nyer nak wat laundry area. macam kat bawah ne sweet jer.

A Nuffnang Community Announcement



Dear Nuffnangers,

We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.

As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

We've noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers' ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors' help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.

Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud. 

We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.
Thank you for your attention.

Say NO to click Fraud.

Cheers
Robb Chew
Blogger Relations Department
Nuffanng Sdn Bhd

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd


Hi

KETUPAT SOTONG


Atas permintaan kakak ex 5k3 rakan sekelas hubby. Gambar sendiri lupa nak amik so, cilok gambar dari kaupermataku.blogspt.

Ne yer resepinya ikut selera saya & family versi johor cuma + cili api.

KETUPAT SOTONG
Bahan2:
Sotong bersaiz sedang
Beras pulut (dibasuh kemudian dimasukkan 1/4 kedalam sotong)
Bawang merah kecil (dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
Santan
cili api (kalau suka pedas)
Sedikit halba
Lidi untuk dicucuk pada sotong
garam

Cara memasak:
Mula-mula bersihkan sotong, basuh beras pulut, masukkan 1/4 pulut kedalam setiap sotong dan cucukkan lidi supaya pulut takkan terkeluar bila direbus nanti. Masukkan bahan yang dihiris, sotong yang dah disumbat pulut dan santan. Masukkan garam. Kacau perlahan2 hingga masak. (Saya suka banyak halia sebab saya suka makan sotong tu ngan halianya sekali.) Sangat mudah dan cepat.

Hi

GAMBAR MENARIK















KALI KE-3 ABAH MASUK WAD KAT HSI


Salam pagi khamis, bulan ne aku rasa aku gi kerja macam biskut. Kejap keje kejap cuti pastu mc. Rasa2 nyer dah boleh kena buang kerja. Duk umah je lah noreen.......lagi senang tapi siapa nak kasi duit ek? Kerjalah walaupun banyak masalah. Semalam genap 3 hari abah tak nak makan ngan minum. Hari kedua abah pasif, tak banyak gerak baring jer. Hari ketiga subuh2 lagi pas along gi kerja abah dah mula jerit panggil nama2 orang yang dia tau mintak tolong selamatkan dia, panggil polis. Aku memang tak nak kerja sebab kalau abah tak nak makan lagi kami terpaksa hantar abah ke HSI. Pagi tu aku beli mee goreng kat abah. Bila dia tengok aku dia kata suh aku selamatkan dia. Aku kasi dia makan alhamdulilah dia makan 2 sudu mee ngan 1/2 cawan air jer. Pastu dia kata perut dia kenyang sangat sebab tadi dah minum kat kedai kopi. Tak tau nak kata apa. So, aku ngan hubby bawak abah gi HSI. Bukan senang tau nak bawak dia. Nak mandikan pun susah apa lagi nak bawak gi HSI. Kita nak kasi makan dia kata nak kasi racun, nak bunuh dia. lama2 kami yang gila bukan dia. Nasib2, Tup tap tup tap....walaupun aku gi umah abah kul 8.00 pagi tapi proses mandi, pastu dah nak bawak dia naik kete berak plak, nak cuci berak dia pegang kusi kuat2 tak nak cuci berak. satu hal...tu yang kul 12.00 tgh baru bertolak. Sampai HSI 12.30 tgh. Daftarkan abah tunggu dalam 1/2 jam pastu aku bawak abah masuk. Cerita apa masalah dia. Lama gak abah kat dalam tu. Dokter cek tekanan darah rendah, kencing manis cuma 11.6 jer. Buah pinggang ada masalah. 3,4 kali gak aku keluar masuk sebab 2 orang dokter nak interview aku. Last2 dokter kata abah kena tahan wad tapi, wad tak ada yang kosong so, kena tunggu wad kosong. Dan pihak HSI akan call kalau ada apa2 nanti. Kami balik dalam 4.15 ptg. Hujan, jalan jem samapai kat umah dalam kul 5.30 ptg. HSI call suh datang balik sebab nak mintak sign nak buat brainscan kat abah. Hubby mintak esok jer sebab belum tidur malam nak keje.
 

Tuesday, September 28, 2010

SAKIT NYER


Skang ne aku tengah menahan sakit kat bahu ne. Tegang sungguh, urut jap ilang kang datang lagi. Sakitnya.......nyut2.....takutnya jadi cam ne dalam cerita "SHUTTER" dia pun sakit leher gak.




Hi

NAIK BULU ROMAKU




Semalam tak keje, badan ne lemah semacam jer. Bangun pagi kepala masih kenoning lagi. Bila dah siap mandi call hubby suh pick up aku ngan haziq gi umah abah. Sebelum gi umah abah, hubby suh aku ngan haziq duk umah cik lin, jiran abah. Sebab katanya meremang bulu roma bila nak buka pintu umah abah. Lagipun aku baru pas berubat, badan lemah lagi, atas nasihat jiran. Bila aku sampai umah abah cik lin dah gi cuci darah(dialysis). So aku tawakal jer masuk umah tu. Ok jer bulu roma tak naik. Cuma masa tengah call kawan kat ruang tamu depan bulu roma naik. Gerun gak. Bulu roma naik bila sensorang jer. Tu yang kalau nak gi dapur, toilet, store atau mana2 pat umah abah kena berdua. Seram kalau bulu roma naik. Cam perasan jer mika2 tengah staring kat kita. Seram rasanya. Lagi2 bila muka abah....eeeeeee tok sah lah. Muka abah dah lain dah, mata abah bulat bila pandang apa jer. Apa yang dia buat atau cakap. Muka dia selamba jer. Tiada mimik muka yang lain sama jer. Tu yang seram. Sehari abah tak makan sebab dia kata kita orang nak racun dia. Abis tingkap bilik dia pecah.(3 keping jer). Pas tu kami keluarkan cermin tingkap yang lain dan pasang jaring jala kat tingkap abah. Dari pagi abah duk jerit mintak tolong ngan semua orang selamatkan dia sebab kami nak bunuh dia. Terpekek terlolong. Nasib baik jenjiran paham. Sebelum tu pagi2 lagi bila hubby sampai kat umah abah bukak jer pintu naik bulu roma dia. Hubby terhidu bau busuk. Rupanya satu badan abah + bantal + cadar + selimut penuh tahi. Abah dah tak tau nak bezakan kotor ngan bersih lagi. Dah 3 hari kami kurung abah kat bilik. Hari pertama kena kurung abah bukak cermin tingkap dia dan buang bantal, baju, selimut dll yang ada kat bilik dia melalui tingkap. Satu keje kena basuh semua tu. Tapi hari ketiga, semalam lah abah pecahkan lagi satu cermin dan dia pegang. Ntah nak buat apa, aku suh hubby peluk abah dan aku amik cermin kat tangan dia. Susah gak nak pujuk, last2 dia lepaskan gak cermin tu. Tu yang kami kuarkan baju2, gerobok solek. Tinggal katil jer. Bukan apa takut nanti lain jadinya. Kami takut dia cederakan orang lain atau diri sendiri. Tu jer.
Hi

Monday, September 27, 2010

KEJAMNYA KAU!


Salam, ingat lagi tak n3 yang aku buat pasal tanda2 jin berada dalam badan kita? ha! dah nak masuk 7 tahun aku kawin. baru sekarang aku tau. Mula2 kawin jer dah gaduh2, pasal kecik punya hal jadi besar. Selalu nak marah2 sampai nak cerai berai. Mula2 aku ingat angin aku jer. Dah lama2 ne rasa curiga dalam hati. Akhirnya aku dapat jawapannya. Ahad lepas jiran baikku lin suh kami bawa abah berubat kat air tawar 3, kota tinggi. Nama pak haji ne Haji Misran Bin Ahmad. sama cam nama bapak aku, jawa pun sama jawa. Pak haji ne gunakan ayat al-quran iaitu ayat2 syifa'. Ayat al-quran dibaca ketelinga sambil pesakit memejamkan mata. masa dia buat kat abah, abah ok jer. Boleh baca ayatul kursi banyak kali. Dan macam biasa, kalau abah balik umah dia jer. Dia akan buat hal. Tergerak hati ni ne cuba kaedah perubatan ne. Bila pak haji tanya apa masalah aku. Aku pun tak tau. Bila [ak haji try scan kat kepala aku. Dia pun mula bertanya.

Pak haji: Ada pernah kena migrain, makan ubat pun tak ilang?
Aku: ya.
Pak haji: Ada sakit bahu macam rasa bahu tegang?
Aku: ya.
Pak haji: Sakit belakang?
Aku: ya.
Pak haji: Selalu rasa berdebar-debar?
Aku: ya.
Pak haji: Selalu rasa nak marah? hal kecik pun jadi besar/
Aku: ya.

Masa dia suh aku pejam mata. Dan dia pegang kepala aku. Aku dengan tak semena2 rasa sayu, sedih. Bila dia mulakan baca ayat2 syifa' sambil aku pejam mata. Aku tak nampak apa2 hanya gelap gelita. Tentiba jer aku menangis macam apa ntah kata hubby. Dengan mata pejam air mata mengalir. mimik muka aku macam menahan sakit. walhal kata hubby pak haji hanya memicit bahu aku yang tegang. Kuat aku menagis. Bial pak haji berinteraksi dengan mahluk yang ada di badan aku. Aku terdiam hanya menagis. Kemudian pak haji menyuruh mahluk tu keluar secara terhormat melalui ibu jari telunjuk aku. bial pak haji akhiri perubatan dengan laungan azan. Tiba2 satu wajah lelaki muncul dalam bayangan aku. memang jelas. Cuma bila pak haji tanya aku ada nampak apa2 tak. aku cuma jawab tak ada. Aku rasa aku kenal siapa dia. Biarlah rahsia. Tak sangka dia akan buat aku macam tu. Dia pernah kata yang dia takkan maafkan aku dunia akhirat. Biarlah allah tentukan nasib dia. Selama 7 tahun aku menyimpan kesakitan. Susahnya untuk mendapatkan zuriat. Dan macam2 cobaan dan dugaan hidup. Ya allah, kau berikanlah aku kesihatan dan kekuatan dalam menempuhi takdir hidupku ini...amin.....


Hi

Friday, September 24, 2010

Snake Prank bwahahahahahaha!!!


pecah perut tgk scene yang no 2 tu...ha!...tu diaorg, kalau kena kat kita ntah lagi teruk kot...he3x


Hi

MIGRAIN LAGI


Salam hari jumaat, ne lah penyakit orang pompuan. Asal period kang sakit perut, migrain, cirit birit, pening dll. Cam aku dulu masa sekolah kalau period sampai golek2 atas katil perut memulas. Pas tu ambik air panas letak dalam botol golek2kan kat perut. Baru darah ketul2 kuar dan kemudian lega......... Gi toilet sampai tak de benda nak kuar lendir jer. Pastu bila dah gi toilet bila tak de benda nak buang sampai pucat2 sebab banyak kuar period. Dah tu nanti aku jadi mayat idup sebab pas kuar toilet konfem aku hanya boleh gerak 2,3 langkah pastu rebah depan pintu toilet. Disebabkan mak dah tau nak wat apa dia cepat2 ambil minyak angin urut kat sendi kat kaki aku. Kakak aku pernah nampak dia cakap aku pucat lesi tak der darah cam "mayat idup" . Ngeri ek? Dah tu bila aku dah nak kawin aku siang2 dah bagi tau hubby supaya dia leh siap sedia kalau terjadi lagi kes cenggitu. Alhamdulilah dah nak masuk 7 tahun kawin cuma 3 kali jer kes tu terjadi. Dan yang bagusnya bila hubby ada,. tapi kalau aku tinggal sorang kat umah konfem aku 'mati keras" kot. Mintak2 tak ler. Tapi skang ne aku kena sakit kepala sebelah jer. Sakit sampai susah nak bukak mata. Pastu bila nak jalan macam dalam kepala ne kurang skru. Sebabnya bila jejak kaki kat lantai kepala cam goyang2. Apa2 jer lah aku merepek ne. Tapi skang ne aku tak kena sengugut lagi pas lahirkan haziq. Tu lah susah bila masa anak dara sengugut teruk. Susah nak dapat zuriat...Alhamdulilah dah ada sorang. Bersyukur.........

P/S: Buruk grupe minah ne. Tapi aku tak lah cengini migrain nya......he3x

Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers