Wednesday, March 31, 2010

FAREWELL PARTY FOR DEQNA





Pagi tadi aku sampai dulu ketempat kerja kemudian disusuli oleh aini, kasma dan deqna. Sebelum deqna sampai aku sempat tanya aini ngan kasma apa nak buat hari ne. Sebab ari ni deqna(kak ina) last kat sini. Kasma bagi signal kak ina nak naik ofis so, bincang kat ym jer. Dah bincang tepat jam 12.30 kami nak pi jalankan project khas. Kasma pun berlakonlah yang hubby dia tak dapat amik untuk balik tengahari so, dia "berlakon zan, nanti rehat numpang, hubby aku bz tak leh nak amik" aku pun dengan serius jawab ok, aku tak kesah" Macam2 halangan nak kuar jer ada kerja, kereta tak leh nak kuar kena halang ngan kete boss. Lambat gaklah keluar rasanya 12:45 keluar ofis. Destinasi pertama ke kfc pusat bandar, nak cari hadiah tak tau apa nak kasi. Pastu beli kek, gi sakura tmn. air biru tak de kek ais cream. so pi bacang, yang ada coklat ngan strawbery. deqna suka. ok set....cari sudu ngan pinggan. Sampai kat ofis perkara pertama yang aku ngan kasma buat nak nyalakan lilin. Aku, kasma dan aini buat kejutan untuk deqna. Sebenarnay awal seminggu kami dah rancang nak buat, kami kongsi2 sepakat membawa berkat. Dia dah start nangis dah, rupanya baca blog aku. Pas nampak kita orang lagi lalak. aku dah tak lalak sebab pagi2 tadi dah sebesen air mata keluar dah (nampak na menipu). memang betul sebab aku ne cengeng. Aku ada amik video masa party ne tapi susah nak upload. Majlis yang menyedihkan sepanjang aku kerja kat situ. Hilang sorang sahabat.........Yang dapat kami hidangkan hanya kek ais cream strawbery ngan set combo kfc. Dia memang terkejut tengok kejutan dari kami bertiga. Semoga menjadi kenangan sehingga akhir hayat.....amin........love you, miss you........




SAHABAT


Salam pagi rabu, untuk pengetahuan semua hari ini tepat jam 5.oo petang kawan, kakak, sahabat yang sanggup mengharungi susah, senang, suka dan duka bersama akan meninggalkan ku. kami dah tak bersama lagi sebab dia. gimiknya........sedih memang sedih dah hambir 5 tahun kami menjadi rakan sepejabat. Dan dia dah lama buat keputusan nak duk umah jaga anak2 yang tiga orang tu. Biasalah, masam2 muka, kecik2 hati lumrah manusia. walau apapun dia memang best. Berkawan ngan dia memang best, dialah kakak, dialah sahabat, dialah teman yang memahami diri aku. Orangnya kecik molek, mek kelate. Selama kenal ngan dia, dialah tempat aku luahkan perasaan. Pagi-pagi aku dah melalak sorang2. gara2 nak tulis punchkad untuk bulan april 2010. Nama dia dah tak de lagi kat senarai punchkad............mencurah2 air mata. Tu ler..macam tak jumpa lagi, umah dia bukannya jauh sangat. Tapi mesti tak sama macam dulu sepejabat. hari2 jumpa, kat ofis ne lah aku selalu ceria, riang tak de masalah. sebab hari2 ketawa....cuma sebulan sekali jer masing2 diam. ada jer cerita yang kitaorang borakkan. Kalau beli baju, seluar, kasut, tudung selalu pergi bersama. kadang2 bila gi kerja ada jer yang sama kami pakai walhal tak janji. Sebab kami GEMINI. Apa yang dia beli aku mesti suka. Sama ngan dia. Kami lahir pun selang sehari, bulan yang sama cuma tahun yang lain. Aku harap dia akan bahagia bersama keluarga tersayang. Sabarlah hadapi dugaan hidup ini .........


"AKU AKAN SELALU MERINDUI SAAT2 CERIA KITA NOR AZLINA BINTI OTHMAN "

Tuesday, March 30, 2010

RASA BERSALAH

Salam hari selasa, 30 mac 2010. Semalam kat ofis tetiba jer bad mood. Bukan selalu, sebab selalunya aku ne riang, ceria biarlah orang duk kutuk aku kuat makan, gemuk(tak cakap) tau2 sendiri dahlah. Pening pasal hal lorong. Aku dah tak nak pegang jawatan dah. Duit lorong aku nak pulangkan. Mulut orang bukan boleh tutup. Aku ingat takat tu jer....hubby plak tak kasi anak main kat taman permainan lagi, hubby balik kerja je trus mangga pagar umah. dia kata setakat jumpa jiran senyum2 dah jangan lebih2. Aku pun ingat nak duk umah pak mentua balik. Tapi sayangnya umah ku ini nak ditinggalkan.(mati tinggal gak). Dulu masa ngandung yang pertama aku ne kuat sensitif, cakap sikit dah merajuk siap nangis lagi. Kalau aku cakap kat orang tak pe plak he3x.........padan kena lah tu..........Tamabah lagi menyusahkan diri. balik keje singgah kat econsave, kat tempat parking tu ternampak pekerja econsave tengah memadu kasih. yang si gadis duk cuit2 idung si teruna. rambut si gadis digerbangkan(betul ke) ala2 filem tamil. masing2 duk belai tangan. cakap macam nak bercium. rasa dah miang tahap gaban kot. Kita duk pandang dia berdua buat dono je. nak balik tu ada lagi bat darma tamil. O DENGAN BERANINYA AKU PI KABAR KAT PAK GUARD(MELAYU) " PAK CIK SAYA NAK CAKAP SKIT NE, ADA PEKERJA ECONSAVE TENGAH CUIT2 IDUNG , BELAI2 TANGAN, TAK SEDAPLAH MATA NAK PANDANG" PAK CIK JAWAB"HA! CUIT IDUNG? MEH PAK CIK CUIT PIPI DIA PLAK.......kata hubby si teruna dengan muka bengang duk pandang ke kami dalam keta. takutlah plak aku ne. tapi tak ke mencemarkan imej econsave? dah dia park kat sebelah pintu masuk econsave, cuma diselindungi tong2 gas tu. buta ke pe?

Saturday, March 27, 2010

AKTIVI HARI SABTU

Aktiviti hari sabtu kalau tak kerja macam biasa, sebiasa-biasanya. Mengemas rumah, mop lantai nak basuh baju abang dah basuh semalam petang, dan macam selalu aku buat tukar je tempat susun atur perabot kat umah ne. Tu ler apasal ek cepat sangat bosan. Tak banyak sangat aktiviti pun baju dqah kerng lipat, macam penat sangat sampai tetido 2 beranak. abang keje pagi hari ni, balik keje jam 7 malam. nak masak pun malas. Last2 ajak aziq gi umah mak ngah dia. sebelum perg aku beli laksa, goreng pisang, keropok lekor ngan air kelapa. Panas sangat hari ni peluh tak henti2 rasanya kalau tadah dah penuh sebaldi. he3x......(nampak na menipu) tetiba je mak ngah ajak aziq mandi kolam. Apa lagi wadah yang demam tu ngan kakak dia wanie pun memang suka main air. Jadilah taman mini tema air yang cenonet di depan umah.(next time upload gambar)

Friday, March 26, 2010

KE BATU LAYAR?

Nak dijadikan cerita, seorang ustazah dan si suami bercadang untuk pergi berkelah bersama 2,3 orang jiranku. Bila dengar pelawaan itu aku pun ingin pergi bersama. Bermulalah kesah. Jadi dibesarkan isu perkelahan itu, atas cadangan ramai kami jadikan hari keluarga kenari 14. Kali ini perbincangan antara ibu2. sekali buat perbincangan tak habis2. kedua, ketiga, keempat....asal bersua muka ada saja perbincangan. maklumkan baru pertama kali program seperti ini kami jalankan. Seronok, tak sabar, semuanya ada. apa lagi dengan anak2 mereka lagi suka, sebab banyak aktivi yang akan dijalankan....untuk memeriahkan majlis tu. perbincangan pertama destinasi ke tg. balau.....kemudian bertukar ke batu layar. sebab di tg balau pada 1 mei ini memang ramai yang membuat pilihan destinasi perkelahan. Maka kami pun bercadang ke batu layar, kota tinggi. surat sudah dibuat belum dicetak sahaja. denagn tak semena-mena seorang jiran menelefon beri "cadangan sahaja" ke jason bay, kota tinggi. katanya "cadangan" menyewa chalet di sana dengan harga "dibawah RM100" boleh gunakan kawasan bagi aktiviti yang akan dijalankan. "cadangan, akak tak paksa" lain pula ceritanya bercanggah dari isu yang dibincangkan. Hanya cadangan tapi disertakan dengan nombor telefon chalet yang aku hubungi "nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan". Menurut ustazah, jiranku dan kawanku serta aku. Tak payah sewa chalet sebab program ne tak sampai 1 hari. Tiba di tempat perkelahan dlm jam 9.30pagi, jalankan aktiviti permainan, makan tengahari, penyampaian hadiah dan mandi2. mungkin dalam jam 2 petang aktiviti dah selesai. kan rugi menyewa chalet. kata "cadangan" tapi bila ku dah siap buat surat & borang dan destinasi perkelahan adalah "BATU LAYAR" kakak2 jiranku bertiga melenting "kenapa batu layar? bukan jason bay" kata cadangan? ustazah tak setuju ke? aku yang menjadi mangsa amarah "kata mereka bukan marah cadang sahaja".Diberi 3 pilihan. Batu layar, tg. balau dan jason bay, kota tinggi. mereka berikan 2 keburukan tempat tersebut "TETAPI" jason bay bagus....dekat dengan pantai.......menyewa chalet beri kemudahan untuk rehat, mandi dan siapa yang "ada anak kecil" aktiviti yang diadakan tak sampai sehari suntuk. sempat ke? nak buat game, nak mandi2 dan bbq? memang kalau sewa chalet, pergi saja dah ada tempat untuk kita. Tapi, kalau nak buat aktivi, siapa cepat dia dapat. dia takkan booking pantai sekali, pantai hak umum. kata cik a. betul, lainlah kalau tidur disana. bayangkan sekeluaga RM30. kalau 7 keluarga sahaja baru RM210. hadiah? bbq? chalet? cukup? cakap biar berpikir.....nak guna duit lorong? yang kumpul seorang RM5 sebulan? nak dapatkan sebulan RM20 pun susah. yang bayar duit lorong tak pergi? amanah ke? Masalahnya yang sibuk2 bercerita, dan komplain tak pergi perkelahan......."apa yang keluar dari mulut tak pernah difikirkan dahulu" akhirnya ada yang menangis......kenapa? rasa bersalah? "HANYA CADANGAN" DAN AKHIRNYA PROGRAM DIBATALKAN" Tanpa gunakan nama orang lain. aku buat keputusan batalkan saja, dari ungkit-mengungkit dibelakang hari. relakah anda pergi "tempat" yang anda tak rancang dan tak nak pergi" tentunya dengan muka yang masam.....hati yang berbelah bagi, dan tak ikhlas" Dan aku tak menyangka jiran yang aku anggap jjiran seusiaku, bertalam dua muka.......moral of the story "JANGAN PERCAYAKAN ORANG LAIN 100%. LEBIH BAIK PERCAYA KEPADA ALLAH DAN DIRI SENDIRI.

Ya allah, astagfirullah........salam petang jumaat. Bukan apa, hanya nak luahkan perasaan yang terbuku dihati ini. Kisah jiran2 ku. Bukan umpatan, bukan kejian. malah aku rasa lebih baik aku menyendiri seperti dulu. Ada kebaikkan , ada keburukkan berjiran. banyak yang baik dari yang buruk. Yang baiknya jiran akan membantu kita bila dalam kesusahan. yang buruknya pulak kalau dapat jiran yang suka menyibuk hal kita. Kisahku dapat jiran yang suka jaga tepi kain. Aku tinggal 10 minit dari rumah ibuku, 10 minit dari rumah bapa mertuaku. Bila hujung minggu atau balik kerja selalu tiada di rumah. jarang ada di rumah. so, jiran2 banyak yang ngumpat...aku pafam, aku tahu..tapi aku pekakkan telinga, butakan mata......aku jarang masak dirumah. itu pun jadi bahan cerita...aku jarang keluar berbual ngan jiran2, itupun jadi bahan bualan. apa yang aku harus buat? Aku tak mintak sesen dari mereka!! adakah aku harus menanya terlebih dahulu sebelum melakukan apa2? mintak izin dari mereka? rimas hidup berjiran. itu saja!

AKU SELESA BERKURUNG DIDALAM DUNIAKU(RUMAH)

Wednesday, March 24, 2010

MASIH ADA KAH INSAN BERNAMA MANUSIA SEPERTI INI?

Salam pagi rabu, ne cerita tentang cucu jiran bapa mertuaku. Anak yang ketiga dari pasangan en.zahid dan puan siti. Budak lelaki yang hidup dalam kemewahan tapi di segi luaran nampak biasa2 saja. Macam mana aku tak kata macam tu, ayahnya seorang pengarah syarikat di kilang telefon di pasir gudang. Aku memang salut ngan kak siti dan abg zahid sebab besarkan anak dengan cara bersederhana walhal mereka dari golongan mewah. Tau2 jer gaji seorang pengarah kan? Nak dijadikan cerita anak2nya ada 6 orang termasuk yang bongsu kembar sepasang. Ha! yang tu jer yang tak masuk asrama sebab baru 5 tahun. Yang lain2 semua kat asrama dan universiti. Cerdik2 anak mereka. Semuanya cemerlang dan berita terbaru aku dengar anak yang no 3 ne adalah siswa cemerlang di IPTA dan mendapat kepujian pulak tu. orang tua mana yang tak bangga? Bila tiba masa si ayah nak berikan hadiah sebuah telefon bimbit(MESTI YANG MAHAL). Si anak pun bersuara, "yah, kalau nak kasi jangan depan kawan ajit YA, kawan ajit tak de ayah, kawan ajit ne orang susah. Ayah kasi kat tempat lain je" Aku dengar pun terkejut gak bila hubby citer kat aku. Berapa orang yang kita boleh jumpa jenis yang macam ne? seribu 1 kot. Yang pernah aku jumpa suka menunjuk2, berlagak, selalunya perkataan yang keluar kat mulut sebut " hanya untuk tatapan bukan untuk menunjuk2" walhal tak de ke sebesar kuman perasaan nak menunjuk, bangga, mahu dipuji oleh orang lain, mahu orang tahu yang kita ada "benda" tu. Yang pastinya manusia banyak ragamnya dan manusia insan yang tak sempurna walhal allah pernah berfirman "sesempurna mahluk didunia ini yang aku ciptakan ialah MANUSIA" (peringatan untuk diri ini kerna aku juga manusia)

Sunday, March 21, 2010

PUCAT

Hari ne bangun jam 6:30 pagi, haziq kencing lagi tapi kali ne kat carpet. susahnya nak ajar aziq kalau nak kencing pergi toilet. Biasanya tak macam tu, sebab sebelum tido dah ke toilet. Dah nak akhir bulan mac ne musim hujan plak, so kencing lagi. Dia kejut “ ibu aziq kencing” bila aku bangun tengok dia tak pakai seluar tapi air kencing kat carpet….rupa2nya seluar dah kat toilet…..”kenapalah tak kencing kat toilet jer………..” walau macam mana pun selamat tilam aku. 

Saturday, March 20, 2010

CELCOM BROADBAND

Hari ni aku tak kerja tetiba jer hubby ajak gi celcom kat tmn. molek nak daftar b.band. aku setuju jer tapi yang murah2 jer sebab aku jenis tak suka nak berhutang…….cukuplah hutang kete ngan umah. Bulan ne last promotion. sampai kat tmn. molek diorg baru nak bukak. nampak aku terus offer.” kak, nak b.band?” ada RM98 ngan RM68. So, aku pilih yang RM68 jer sebab kat tmpt kerja guna streamyx….kat rumah jer nak guna celcom ne. Sekali balik umah memang lembab lah RM68 punya. Dia orang suh aku pakai yang RM98 sebab 10x lebih pantas dari RM68……..tengok ar, kalau nak laju tukar yang RM98 ar.

Friday, March 19, 2010

TAKZIAH

Salam pagi jumaat penghulu segala hari, nak citer ne ustazah kita dulu pernah citer kalau nak lihat ramai yang meninggal dunia pada bulan2 yang berakhir dengan akhir. contohnya jamadilakhir, rabiulakhir. Wallahualam.Tak kesahlah apa saja sebab kematian dan orang kata kematian yang bergilir2 atau ikutan. macam tu la gamaknya. minggu ne orang tua perempuan, minggu depan bayi pastu diikuti lain2. perkara yang sama terjadi kat kg kita. ye lah kematian, ajal tak mampu kita sebagai manusia nak jangka....kalau allah suh malaikat maut amik nyawa kita bila2 jer dia boleh amik.....tengah tido, tengah belajar memandu, tengah buat jahat. tapi jarang yang meninggal dunia masa tengah tido. tapi kalau dah sorang yang jadi arwah mesti ada yang ikut. Diikuti pula dengan kelahiran. Kematian menginsafkan kita.

TIDAK SELAMAT BAGI UMMAT YANG HIDUP DI ATAS MUKA BUMI TANPA BERBUAT KEBAIKKAN DAN TAKUT MENCEGAH KEMUNGKARAN, MAKA BALA AKAN DATANG BERTIMPA-TIMPA.

Wednesday, March 17, 2010

HAPPY BELATED BIRTHDAY-31

Sepatutnya kami sambut birthday abang 8 mac lalu tapi sebab baru buat kenduri..........masa kenduri tu aku suapkan abang pulut kuning hasil buatan ibuku....yelah biasanya arwah mak mentuaku yang suapkan..........apa pun kami semua sayang abang........baru semalam kami sambut hari lahir abang..........SUPRISE!!!!!!!!!abang balik kerja jam 7:30 malam. Ha! balik jer kerja aku dan haziq plan nak buat suprise kat abang. Mula2 pergi sakura beli kek ais cream 1/2 kilo jer. Tak tempah jadi amik apa yang ada. nasib baik ada perisa coklat....pastu bincang ngan haziq nak masak mee rebus terengganu. haziq plak tak nak , katanya nak KFC...aku pun jawab "kfc tu ayam tau" aziq tak nak ayam, aziq nak KFC...la........sama la tu KFC =AYAM. tetiba jer dia jawab ok,ok ibu. Aku gi kfc drive tru....balik umah terus ajak aziq gantung belon. HAPPY BIRTHDAY ABANG............

TENGOK WAYANG

Kami jarang tengok tu pun kalau ada citer2 yang best, terutamanya karton. dan certa yang tak masuk diakal......ALICE & WONDERLAND.......best citer ne, kami 3 beranak suka......tapi si haziq ne tak sporting nak bergambar....nak marah jer......"aziq bosan lah ibu" tu jer.....mungkin sebab kami tegok citer jam 9:50 mlm...balik umah dalam 12:00 tgh malam......hubby yang sporting bergambar dengan mcm2 aksinya....he3x.....sayang abang.........apa pun enjoy............

MAULIDUR RASUL 2010

Sekitar majlis maulidurasul 2010......selalunya kami kalau bergambar berdiri tegak, ha! ne aku yang buat perubahan skit jer......amik gambar style happy............apa lagi mak2 ne semua pun posing ler.....ok gak gambar2 ne.....bila diaorang tengok semua ketawa sendiri....ada yang terbahak2.....apa pun majlis tu happy......penat tu......dipaksa jadi ajk sekejap.....








MAJLIS YASSIN & TAHLIL

Dah lama buat majlis ne baru sekarang upload kat pc, penyakit malas yang melanda....oohhh....malasnya! majlis ne dah lama kami rancang tapi banyak sangat halangan. Dan setelah dibawa kemajlis timbang tara...ewah.....jiran2 le.....akhirnya jadi gak..ari sabtu.....sebab hari ahad ada majlis maulidur rasul kat taman kami...GAMBAR SEKITAR MAJLIS
IBUku yang kusayang, bulan june ne genap 60 tahun......mak dah tak larat6 nak menjaga cucu. kaki dan tangan selalu kebas....kesian mak.....baru2 ne mak rebah jatuh...entah apa silapnya. inilah ibuku yang aku ada, akan ku jaga hingga akhir hayatku.......
Jiran2 yang memang sporting, kak tina, azie, ustazah lin, kak ani, maria, kak nor terima kasih yang tak terhingga sebab bantu aku dari memasak, pinjamkan alatan kenduri serta mengemas. kenari 14 memang sporting...lain kali kalau aku buat majlis tolong lagi ya.........

Friday, March 5, 2010

KENAPA AKU TAK RAJIN UPDATE BLOG

1. RASA MALAS NAK UPDATE SEBAB MALAS NAK AMIK GAMBO DAN TAK TAU NAK CITER APA.
2. SEKARANG NE KAN ORANG LAIN SIBUK KOLEKSI PELITA, BARANG ANTIK, BUAT KEK PELESU, YANG AKU PLAK KURANG SUKA NGAN PINGGAN MANGKUK NE DAN TAK SUKA NAK SERABUTKAN RUMAH CUKUPLAH APA YANG ADA DAN YANG AKU TERMAMPU.
3. PALING KETARA SEBAB AKU TAK DE PC SENDIRI..HWA...HWA.....HWA....
4. SO SKANG NE AKU HANYA NAK LAPTOP.............
5. APA YANG ADA KAT UMAH SKANG NE PUN MENAMBAHKAN HABUK, SO JGN KASI HABUK ADA HA!....
Lamanya tak berblog....maklumlah numpang pc orang. pc aku rosak, apa kena ntah sehari aku tak datang kerja esok terus rosak...bosanya.......dulu tak de pc ok ler...bila ita dah ada pc pastu rosak tak ke hidup merempat..selalu kena sindir dek kawan ofis kekadang termakan jugak dek hati ne....kadang buat dono je. apa pun nak idup, teruskan ler........aku ne tengah kumpul duit nak beli laptop....kalau mampu...mana taknya boss kata pc awak kongsi2 jer lah ye...nak jawab apa? cari keje lain ler kalau dah bosan......hr kongsi pc....lawak jer.......mungkin aku ne kurang penting kot.......tak kesah ler.....bagi pekerja macam aku ne yang dah hampir 11 tahun berkhidmat ngan syarikat ne.....lawak lah....he3x

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers