Selasa subuh dalam jam 2.00 pagi naufal terpaksa dikejarkan ke HSA kerana batuk & demam yang tak henti. Masa raya hari ahad lepas batuk naufal dah nampak teruk. Tak sangka kena masuk hospital. Semalam aku, husband, mak & adah pergi melawat naufal di HSA. Tengokkan keadaan naufal menyayat hati ini. Sedih tengokkkan naufal yang tak henti nangis, pantang ibu dia gerak sikit dia dah menangis, nak kena sentiasa dipeluk. Maklumlah tengah tak sihat. Ucu cakap bila nurse amik darah naufal dan naufal nangis, ucu pun turut nangis sama. Siapa tak sayang anak......bila aku pergi melawat naufal kat HSA rata2 yang menjaga anak semuanya ibu2. Sedih dan sayu melihat keadaan anak2 yang sakit kat hospital. Aku memang tak sunggup.
Wednesday, August 21, 2013
BUNGA API PERTAMA BUAT SYIERA
Tahun ni anak dara saya dah boleh bermain bunga api. Tapi masih perlu dipantau oleh ayahnya. Kemain seronok lagi dia. Si abang tak usah nak kata apa. Memang kesukaan dia. Tahun2 sudah siang pun nak main bunga api. Tapi tahun ni ayah dia beli banyak sikit ler bunga api sebab kena share ngan adik. Tapi yang banyak mainnya si abang. Berapa banyak tapi ler...Moh! kita tengok aksi derang.
RAYA MARATON 2013
Raya tahun ni kami buat lain dari biasanya. Raya rumah ke rumah adik beradik dalam sehari. Mula2 dia orang datang umah kita. Sebabnya umah kita paling jauh ler. Kemudian umah kakak, pastu umah adik yang bongsu dan terakhir sekali umah adik yang no 4 sebab dia buat open house.
Subscribe to:
Posts (Atom)































