Terkejut? hah! ibu ngan ayah macam apa ler kami ni. Sambut hari lahir anak pun lambat kemain, Nur Insyirah Hilda lahir 4 Nov, Muhammad Izzul Haziq 10 Nov. tapi diraikan pada 18 Nov lepas. Apa pun semoga anak2x Ibu & Ayah akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang & terbilang. Amboi 1 MALAYSIA! Salah topik ni. Ok2x....semoga anak ibu menjadi anak yang soleh & solehah. Ok la tu, nak tau sebabnya? Kawan2x tempat kerja ngan jiran2x suh aku buat macam biasa masa izzul dulu. Masak & jemput mereka makan kat umah. Tapi aku cakap jer nak buat dah letih kemain, lom buat lagi. Ok2x...aku plan ngan si ayah nak makan kat kedai jer jemput ahli keluarga. Tapi, si ayah kata baik masak jer jimat sikit, kalau tak larat masak banyak kita jemput ahli keluarga jer makan kat umah. Asal buat, nak happykan anak2x jer. Hadiah tak penting, yang penting biar dia orang happy. Ok, last minit punya plan iaitu pada hari sabtu. Aku nak buat nasi ayam, beli jer sate 100 cucuk ngan sedikit coklat ngan gula2x. Marble chee brownies pun aku tak sempat baking. Ye la, aku ngan si ayah jer yang masak. Sapa nak layan shiera gebuz tu. Nasib baik malam sabtu tu aku dah marinate ayam so, esoknya leh terus bakar. Ahad pagi aku ngan si ayah gi kedai kek beli jer kek yang ada tapi, izzul yang pilih. Amik mak ngan wanie. Balik jer umah terus masak nasi, sup ngan bakar ayam. Untungnya ada Pemanggang Ikan Ajaib.
Monday, November 26, 2012
Saturday, November 17, 2012
KONVO @ UNIKL
Pada 11 Nov. lepas sekolah Tadika Pintar Bistari & inovasi sekolah izzul ada menganjurkan aktiviti akhir tahun untuk pelajar 6 tahun. sebab derang dah tak sekolah lagi tahun depan. Izzul yang dah nak naik darjah 1 aku plak yang rasa yang dia dah macam tamat zaman persekolahan sekolah. Walhal panjang lagi perjalanan dia. Sekolah rendah, Menengah, Universiti kemudian barulah bekerja. Jauh lagi, sedih dia diakhir hari persekolahan, Disebabkan 9 Nov 2012 adalah hari terakhir bersekolah, so, cik rin ngan si ayah pun berpakat belikan goodies untuk birthday izzul untuk dihantar ke sekolah untuk dibahagikan kepada kawan2x. Birthday izzul sepatutnya 10 Nov. Ok , x per sehari awal. Asalkan dia dapat sambut ngan kawan2x.
Izzul & Cikgu Ziela guru kelas 6 Arif
Semua malu nak bergambar.............
Bersama izi my best friend, anak dia pun 6 tahun dan sekolah di tadika pintar bistari cawangan Tmn. Scientex 1.
Masa ni shiera zzzzz sebab penat tawaf 1 dewan
Cenderamata dari sekolah sebab masuk persembahan tarian modern.
Sebelum persembahan si ayah betulkan tali leher izzul. mana taknya belum lagi persembahan dia dah lari sana sini.
On the way balik singgah jap photo shoot. Cantik sungguh kawasan UNIKL ni, tenang jer.
MARBLE CHEESE BROWNIES
Tahun ni cik rin x panggil kenalan & jiran2x pun untuk sambut birthday izzul yang ke 6 tahun dan shiera 1 tahun. Penat rasanya nak masak & mengemas. Letihnya rasa, baru merancang dah rasa letih belum buat majlis lagi. Sian shiera, dulu masa izzul 1 tahun buat gak birthday dia. masa tu arwah nenek ngan atuk dia ada lagi. So, sangat meriah. Arwah nenek buatkan pulut kuning, agar2x, kuih. Tapi insyaalah, rasa cam tak syok plak x sambut hari lahir derang. so, insyalah akan dibuat tapi hanya untuk family jer. Ok, berbalik pada tajuk. Kek ni buat sebab si izzul suka makan dan lebih bawak gi office. Nak kasi mak buyung yang tengah tunggu hari.
RESEPI credit to http://www.tiffinbiru.com/2012/09/marble-cheese-brownies.html
BAHAN-BAHAN BROWNIES :-)
250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat (mat guna "IDEAL")
1 1/2 cawan gula halus (mat guna 1 1/4 cawan)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla
BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE :-)
250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus (mat guna 1/2 cawan)
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon
1 camca teh jus lemon
2 camca besar susu sejat
CARA MEMBUATNYA :-
- Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
- UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
- UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur, parutan kulit lemon, susu sejat dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus (atau corak yang anda gemari), kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama semalaman atau sekurang2nya 2 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...
Subscribe to:
Posts (Atom)