Friday, July 22, 2011

MASYALAH......MAHA SUCI ALLAH.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah ma...lam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..   Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:   Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Tuesday, July 19, 2011

Better Than Before

Hari sabtu lepas projek mengecat bermula di dapur comelku. Dari hijau gelap ke kuning terang, suka dengan hasilnya. Disebabkan keadaan badan yang tak mengizinkan untuk aku buat kerja cam dulu. Hubby balik kerja jam 7.30pm yang menyambung kerja hingga selesai. Hijau gelap ni membuatkan dapur comel makin cenonet. Tapi bila kuning menjelang, terang benderang. Biasanya siang hari pun kena pasang lampu. Tapi kini tak payah dah....sebab dah terang. Yang tak siap hanya para2 kat ruang tengah dapur, sepatutnya buat 2 tingkat dan panjang. Tapi sebab dah tak larat, pasang jer yang mana boleh. Next time sambung lagi.

Before




After

Thursday, July 14, 2011

Kopi Termahal Di Dunia Mungkin Di HARAMKAN


Majlis Ulamak Indonesia mungkin akan melarang penduduk Islam negara itu daripada meminum kopi termahal di dunia iaitu kopi luwak yang dihasilkan daripada najis musang.Pengharaman itu munkin di buat kerana kopi itu dibimbangi tidak bersih.Kopi ini dihasilkan daripada proses semulajadi daripada biji-biji kopi keras yang dimakan oleh musang dan mengalami proses kimia didalam perut musang sebelum menjadi najis kemudian dibakar oleh petani-petani.

Harga kopi ini mahal kerana kurang pahit.Kopi ini dijual pada harga AS$440 (RM1419) sekilogram melalui internet.DiLondon haraganya 50 paun (RM246) secawan dan A$ 50 (RM140)secawan di Australia.-AP

Read more: http://www.borakkosong.com/2010/07/kopi-termahal-di-dunia-mungkin-di.html#ixzz1S3X5imV4

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers