Thursday, June 30, 2011

HASIL DARI KEBUN BELAKANG UMAH


Ni kali ke-tiga hasil buah pisang nipah. kali ni tak sebesar yang sebelumnya, tapi alhamdulilah......mintak tolong jiran amikkan sebab hubby kerja balik 7pm.

Pas kat jiran sebelah......

IKUT JEJAK MISAE

Misae, aku baru nak masuk 3 story horror drama. Best gak mysoju.com ni, aku tengok hansel & gretel versi korea, Apartment 1303, The hunted apartment. Tapi yang tak bestnya apartment 1303 semuanya mati ngan heroin2 skali. Hansel & gretel plak bukan cam omputih nya. Ye la dia makan rumah yang dibuat dari makanan. Tapi ni dia boleh bayangkan apa sahaja yang mereka bertiga ni mahukan. Ayah dan ibu yang baru! Dasyat ketika mereka kecil, disiksa....kemudian mereka balas dendam kepada orang dewasa yang tersesat masuk kedalam hutan. Memaksa mereka tinggal dengan budak bertiga ini. Mengikut arahan mereka.

 The hunted apartment pula mengisahkan budak perempuan yang dirogol oleh bapanya yang mabuk, cerita ni cam tak best sangat....semua mati, kecuali budak perempuan yang sama nama ngan hantu tu jer hidup. Jiran2 yang dah tinggal kat apartment tu tak boleh pindah kecuali ada yang datang menyewa dan mengantikan mereka. Kesian......

Yang ni plak Apartement 1303, pun semuanya mati jatuh dari balkoni tingkat 13. Semuanya penghuni apartment 1303. 

KENALI SIKAP MELALUI HURUF PERTAMA PADA NAMA

A

  • Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalampergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudahberasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkanperasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B

  • Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakandirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia danpenyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C

  • Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalanganrakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D

  • Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuatbekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapaicita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.



E

  • Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F

  • Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Merekajuga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G

  • Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H

  • Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaanorang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.



I

  • Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J

  • Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K

  • Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L

  • Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya, tidak menepati masa.

M

  • Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N

  • Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O

  • Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

  • Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif.Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agakpendendam dan boros.

Q

  • Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R

  • Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S

  • Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukarmenahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T

  • Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

  • Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V

  • Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu,mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

  • Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yangtinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinyaboleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X

  • Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

  • Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z

  • Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Read more: http://www.borakkosong.com/2010/08/kenali-sikap-melalui-huruf-pertama-pada.html#ixzz1Qj5QNF3E

(P/s) Tak semuanya betul..x tau lah orang lain....

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers