Thursday, January 19, 2017

Wellcome 2017 Noreen!

Masa berlalu macam sedang pejam mata pastu tengah nak bukak mata ok, dah 2017. last post macam dah berkurun lama. Blog ni pun dah bersawang. Aku pun dah jadi suri rumah sepenuh masa lebih dari 24jam. Beza sesangat, dulu masa kerja masa untuk anak dan suami memang sikit nar. Ciput je. Skang ni walaupun 1 hari bersamaan dengan 24jam. Rasanya macam tak cukup2 lagi. Banyak kerja nak buat. Ini, itu...lagi2 ada sepet girl dalam umah ni. Dialah si comel Izz Zara yang sekarang ni dah 1 tahun 1 bulan. Macam baru je aku lahirkan dia. Macam baru je aku dudukan diri dalam rumah ni, macam baru je bergelar suri rumah sepuh masa. Anak nombor 3rd ni lain dari yang 1st dan 2nd.Mentang2 dia yang paling kecik molek, Dia punya manja mengalahkan abang dan kakak masa mereka bayi dulu. Banyak yang aku belajar sekarang ni. Jadi isteri dan ibu kepada 4 orang jagaanku termasuklah suamiku. Aktiviti harian bermula dengan kejutkan si abang untuk kesekolah rendah, solat subuh, mandikan si kakak untuk ke tadika. Buatkan sarapan @ bekal untuk mereka. Hantar kakak ke sekolah dengan berjalan kaki. Tapi sebelum tu pastikan sepet girl masih tidur supaya ringan dan laju sikit nak berjalan. tapi apakan daya bila sepet girl dah bangun tidur. Kenalah kelek dia untuk hantar kakak ke sekolah. Mana naknya dia naik stroller, kalau tengok gaya macam stroller tu monster nak terkam dia. Bla...bla...bla...banyak lagi kerja aku. Ok, kita citer pasal cabaran yang aku cabar pada diri sendiri ea, untuk ringankan badan supaya senang kesana sini. Taklah mengah, berat sebelum mengandungkan sepet girl 68kg. Last weight before deliver 79kg. Banyak naik. Sepet girl punya berat masa lahir 3.4kg . Walaupun sepet girl menyusu badan full. Badan aku naik jugak. Ye lah, cepat sangat lapar. Nak makan...nak makan.....masa dalam pantang memang slim. Bila anak dah 3, 4 bulan badan pun naik. So, jangan tanya berat sekarang. Sebabnya mesin asyik rosak je bila time nak timbang. Sakit hati oi!, kat rumah ni punya penimbang badan pun rosak. Kena banting ngan sepet girl. Tapi banyak gak orang yang tegur. Wah kurusnya....ha3x...giler tak kurus? Start 1 Disember 2016 aku dah mula diet nasi, air manis, air batu, makan malam. Disebabkan aku menyusukan sepet girl, aku amik nasi tapi sekadar 1 gengam sahaja, tapi kadang2 ea aku skip nasi. Air manis hanya waktu sarapan pagi(tapi taklah manis sampai potong kaki, manis2 buah je), air batu aku langsung tak minum, Makan malam sebelum 7.00 petang. Lepas tu kalau lapar minum air jarang secawan. Aku exercise kat dpn tv, tgk zumba tapi aku joget lintang pukang asal keluar peluh. Turun naik tangga, kalau dulu aku asyik arah anak tolong amikkan itu ini. Tapi sekarang aku buat sendiri. 1 yang aku belajar dari anak ke2 aku syiera, yang berumur 6 tahun skang ni. Dia makan sikit tapi kerap dan dia tak reti duduk diam. Makan kuat tapi badan slim je. Aku teringat masa aku kecik2 dulu mana pernah GEMUK, makan kuat. Ha! itulah strateginya. Ok.....

Thanks for Being My Friends