Saturday, December 14, 2013

CREATIFNYA...(APAM AISKRIM CORNETTO)

Macam nak mencuba membuatnya....bila yer? Asyik2 bukak blog kak ita http://www.azlitamasammanis.com/search/label/APAM...leleh gak air liur. Terpanggil untuk mencuba buat. Nanti la suatu hari......he3x

Saya kongsikan cara-cara membuat APAM AISKRIM CORNEETO dari Blog kak Ita
APAM ICE CREAM CORNETTO
Dari resepi APAM ICE CREAM
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami 

Mula-mula kita sediakan kon atau kelonsong dia dahulu. Ada beberapa kaedah untuk membuat kon, dan ikutlah kaedah yang anda selesa. Boleh ikut cara yang mudah dari mama fahmi dan rujuk lah di Fotopages beliau.

Atau boleh ikut kaedah yang dikongsikan oleh Chef Amer semasa ita mengikuti kelas coklat beliau. Tak kisah lah kaedah mana pun yang pasti ianya tidak terburai bila kita mengukus dan pastikan bucu kon tertutup rapat supaya tidak bocor dan adunan menitis keluar.

1. Bahan yang kita perlukan ialah kertas bungkus nasi lemak atau kertas burger atau kertas minyak. Pisau, gunting dan solotape.

2. Ambil sekeping kertas burger ukuran standard


3. Lipat kertas membentuk segitiga memanjang

4. Terbalikkan kertas dan lipat pula bahagian belakangnya. Kaedah seperti melipat kertas tisu. 


5. Potong kertas dengan pisau

6. Untuk bahagian yang satu lagi ratakan dan potong lebihan dengan gunting, biarkan ia sama saiznya.

7. Kita akan dapat 3 lipatan kertas berbentuk segitiga memanjang yang sama saiznya

8. Pegang kertas dalam kedudukan seperti dalam gambar di sebelah



9. Tarik hujung segitiga biarkan ia selari dengan hujung yang satu lagi. Sebelah tangan pegang pada sebelah bawah kon. Dan sebelah tangan lagi pegang di sebelah atas kon dan terus mengulung.



10. Bahagian yang lebih di lipatkan ke dalam kelonsong dan kemaskan, jika terlalu panjang bolehlah dipotong sedikit.




11. Kemaskan lipatan dengan solotape supaya lipatan tidak terbuka ketika mengukus

12. Pastikan bucu bawah kon tertutup rapat supaya adunan tidak bocor. Jika ada lubang bolehlah solotapekan.




Panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan towel supaya air pada tutup kukusan tidak menitis di atas apam kita nanti.
Api jangan terlalu besar. Jika besar apam akan mekar setaman pulak!

Sekarang kita sediakan bahan-bahan adunan. Adunan dapat banyak tau! kalau keluarga tak ramai buat 1/2 adunan sahaja.

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor 
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut  
Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati
Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas. 
Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu.

Adunan tu ita tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli. 

Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak.
Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk
Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.
Sebelum kita cairkan coklat kita panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak kita taburkan nanti. Sebenarnya boleh gunakan apa-apa sahaja kacang yang kita suka. Nak letak coklat rice atau coklat cip pon boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh. Apa-apa lah kan janji sedap dan menarik perhatian kanak-kanak amnya. 

Untuk memangang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.
Sekarang kita cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler.
Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat)
Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! ikut kita.

Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje..

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG

Betul ke pepatah yang aku guna ea? Asal boleh suda.....Aku pengguna shaklee untuk set resdung. Tapi aku beli loosen pack jer. Tadi Puan Kizeewatty http://kizeewattyzainal.blogspot.com/ hantar botol untuk loosen pack. he3x tq....Tengok tu bekas plastik tu pun dah pecah...x tau macam mana boleh pecah. So, aku teruskan guna set resdung shaklee ni......


SET RESDUNG


B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk10164 (120 pil)
Chewable Vita-C™ 100 mg

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk10102 (90 pil)


Alfalfa Complex

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Kod Produk:
10159 (330 pil)
10162 (700 pil)



 Kod Produk10159 (330 pil) 

10 KARTUN YANG PALING POPULAR


10. Garfield
http://api.ning.com:80/files/USMbbEzUDj2*GTY9wugOAWomvZMfajk6sqONcfhmzhowRyFJQNbXCsL47frl54vTbaWsTHEgpmDttA*Zj8IxUtNkedjHT3y3/garfiled.jpg
Garfield adalah kartun yang paling banyak ditonton didunia dan menduduki ranking ke-10. Ia berkisahkan tentangg seekor kucing dan ia pertama kali diterbitkan pada Jun 19, 1978 oleh Jim Davis. Skripnya berdasarkan minat kanak2 yang suka makan, mengelak dari melakukan tugas-tugas dan membenci hari bekerja selepas bercuti. Kisah yang sama juga ditunjukkan dalam watak tersebut. Selain itu, filem Garfield turut diwujudkan. Populariti Garfield meningkat apabila ia di bawa ke Hollywood.
9. Tweety
http://api.ning.com:80/files/USMbbEzUDj2JYUD2PZpcCHBCwsEdfdpUo6XNvXmQc4Wvg0l-twtDVf3nSEI93yeQHZ2hZnmkgHSrBokJqIq3*vOECLIw*YRf/tweety.jpg
Tempat ke 9 kartun yang paling diminati di dunia adalah Tweety. Ia adalah seekor burung yg dinamakan Tweety dan disayangi oleh kanak-kanak kerana tidak bersalah dan kenakalannya. Kemunculan pertamanya dalam A Tale Of Two Kittes pada 21 November 1942. Ia pada asalnya direka oleh Robert Clampett. Ia telah muncul dalam lebih 48 drama kartun dan disukai kanak-kanak kerana kecomelan suaranya.
8. Batman
http://api.ning.com:80/files/USMbbEzUDj2tJXnyVL8IA6tbvnn3gEaNp6zPpAXivsbOeGENi9W0aMF7Bpsb3OBjS-J*WnWfordrAm*FC7lgZ0ayWUyDkBjO/batmanlive.jpg
Batman adalah watak tiruan animasi kartun yg ke-8 terkenal didunia dan dicipta oleh Bob Kany. Ia mula-mula dilihat dalam 27 nombor komik detektif pada Mei 1939. Ia adalah superhero ramai kanak-kanak. Watak ini adalah yang terbaik kerana ia memaksimumkan kekuatan manusia, tahap Genius perisikan yang digunakan di dalamnya, membantu untuk membuat strategi yang berbeza, Meningkatkan pemerhatian manusia dan kemahiran berfikir dan ia juga adalah tentang penyelesaian semua kes jenayah. Batman ini berperanan sebagai detektif.
7. Bugs Bunny
http://api.ning.com:80/files/USMbbEzUDj37DJDvJc5jMvPMxPg8ML1PrkcKIW9fjLtxnH91H5JoBlLTNcmXFNNNm-YXh5A5OSbPllZCE-JagIKHs0XlrtWW/BugsBunny.jpg
Sejarah lagenda kartun dikenali sebagai Bugs Bunny. Bugs Bunny digambarkan sebagai seekor arnab. Rasminya Bugs Bunny muncul sebagai seekor arnab liar pada Julai 27 tahun 1940. Kini ia adalah 7 kartun yang paling popular di dunia. Dialog yang paling popular Bugs Bunny yang terkenal di seluruh dunia dan menjadi sebutan setiap kanak-kanak adalah “Ehh what’s up. Doc?”. Bugs Bunny kartun yang nakal dan comel dan masih ditonton oleh ramai kanak-kanak di seluruh dunia.
6. The Phantom
http://api.ning.com:80/files/USMbbEzUDj1eXGlLjR37G0vdtHsWQVf8KUZrtF4dQNaNJH0JVhji0jKQ1J0n4czwNXHJ7XyiAy7RG3rBvpBHB3U7uR9djpAa/phantom.jpg
Phantom adalah kartun ke-6 yang paling popular dan dicipta oleh Lee Falk. Ia mula muncul pada Februari 17 tahun 1936. Phantom adalah hero fiksyen tetapi tema The Phantom benar-benar berbeza daripada orang lain kerana dia tidak mempunyai sebarang kuasa super. Konsep the phantom ini adalah membina kekuatan dalaman seorang lelaki jika ia percaya dalam dirinya boleh melakukan apa-apa sahaja. Sama dengan kes Phantom dia berjuang dengan kekuatan sendiri dan kecerdasan minda.
5. Tom & Jerry
http://api.ning.com:80/files/USMbbEzUDj0APMiVLguRhsMPYkuqVVewJAqh415o1etVMZqadxOQAvHVF-6Lr-QFc9Mku0ijxwhspD9ODookqoGISwgBA8ao/tomjerry.jpeg
Tom & Jerry adalah kartun yang di tonton di seluruh dunia dan kanak-kanak serta orang-orang tua juga suka menontonnya. Pada asasnya ia merupakan pergaduhan antara kucing (Tom) dan tikus (Jerry). Ia adalah watak-watak kartun yg ke-5 yang paling popular di dunia yang dicipta oleh William Hanna dan Joseph Barbera. Ia muncul pada awal 1940-an. Ia datang dalam format yang berbeza dan dilihat dalam teater yang dimainkan dalam permainan dan pembacaan dalam buku-buku komik.
4. Spiderman
http://api.ning.com:80/files/USMbbEzUDj0oIt0XOWs3LiXHeUecvq7RMJ4-MDz0IurftMTTPWuXPJX-10fh30MDM4dR3I9Maoof0coUdyEg*ihiIOs00P7Y/spiderman.jpg
Spiderman adalah adiwira yang berfungsi untuk membawa keamanan dalam masyarakat. Ia adalah kartun ke-4 yang terkenal di dunia. Konsep ini adalah berdasarkan pada seekor labah-labah yg tidak pernah putus asa membuat jaring. Spiderman pertama kali muncul di Amazing Fantasy nombor 15 dan telah dicipta oleh Stan Lee. Watak ini mempunyai kuasa super dan mempunyai refleks yang baik, kelajuan dan stamina cemerlang. Ia dilihat di seluruh dunia dan popularitinya meningkat apabila ia di bawa ke Hollywood.
3. Donald Duck
http://api.ning.com:80/files/USMbbEzUDj0BPNPedZsRLyDxGeI7E-8lkV4f9Ix6iwHIXT0ZtWF7GJbDFYisBVLX5e1UwMPT-xsBm7dSSmsvlm8zGHNsedBZ/DonaldDuck.jpg
Donald Duck adalah kartun ke-3 yang paling popular di dunia dan dicipta oleh Walt Disney. Ia pertama kali dilihat di Wild Little Hen pada tahun 1934. Ia adalah watak lucu seekor itik yang dilihat dalam pakaian kelasi. Ia memberi mesej untuk melihat kehidupan secara positif dan tidak menunjukkan kemarahan. Dialog yang paling biasa Donald Duck adalah “What’s the Big Idea!?”. Saingan terbesar watak ini adalah Mickey Mouse.
2. Mickey Mouse
http://api.ning.com:80/files/USMbbEzUDj3Qt78KlEGLDz7lfeNZQ1eVlaufpqbGrzCAUyCNdnvDCBdepVK44tCR8xy3WjroeqVj3UNJb0p2KTD6ynFKx857/disney_mickey_mouse.jpg
Mickey Mouse adalah watak kartun ke-2 yg terkenal di dunia yang dicipta oleh Walt Disney dan UB Lwerks pada tahun 1928. Ia mula-mula dilihat dalam Plane crazy. Watak Mickey Mouse merupakan tema yang mencabar dan datang dalam peranan yang berbeza-beza, kadang-kadang ia kelihatan sebagai seorang tentera, beberapa kali dilihat sebagai penuntut dan juga muncul sebagai tikus biasa. Ia juga muncul dalam mainan permainan dan kekal di atas selama bertahun-tahun.
1. Superman
http://api.ning.com:80/files/USMbbEzUDj0*jBdMtYubuXO1bf0xoOH5NU4zxHlZfNSOBZ8lVyhSQNYBuhti5iWwu7h9nxcY-CN9RfcMUE2ajjNHhiZaN-Zu/superman.jpg
Superman adalah adiwira semua orang dan merupakan watak kartun yang paling terkenal di dunia serta menduduki kedudukan nombor 1 dalam dunia animasi dan wira kanak-kanak. Ia mula-mula ditonton dan dilihat pada tahun 1928 di Actions comics no. 1 Diterbitkan oleh DC Comics dan dicipta oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Keperibadian Superman adalah kasar dan agresif. Moto utama beliau adalah untuk membantu rakyat dan menyelamatkan alam semesta daripada jenayah dan kekejaman. Superman menjadi adiwira kerana ia mempunyai kuasa-kuasa besar dan boleh bergerak lebih dengan kelajuan cahaya dan mempunyai kuasa tambahan untuk melawan jenayah dan penganas.

Olahan : Aen Federa & Roy Podolski



Tapi bagi aku kartun yang paling aku suka.......

KEMBANGNYA PERKEMBANGAN DIRIKU

Apa yang betul? apa yang tak betul? Meh sini aku nak cerita pasal betul ke tak........Pagi ni aku pergi kerja pakai kasut yang dah lama aku tak pakai. Kasut ni aku beli masa dalam proses penurunan berat badan. Ceh wah! ayat macam menjadi jer. Ok2 saiz kasut ni...korang jangan gelak sampai tak hingat dunia ea. ok2 saiz 10, ok2 tutup mulut tu. Dengan tinggi 164cm dan berat masa tu 71kg, paham2 je lah ea. kasut pun amik big saiz. Dulu masa time anak dara saiz kasut aku 7 jer. Pas bersalinkan izzul haziq dah naik jadi 8 @ 9. Tapi yang sangat sedih bila dah bersalinkan Insyirah Hilda terus jadi 10. Hwaaaaaaaaaaa :( sedihnya.....Dari itu, aku terus tekad untuk menurunkan berat badan yang dari 71 tu...Program ni aku start buat pada June 2013. Selama sebulan berat aku turun dari 71kg ke 66.6 kg. Disambung pulak dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Aku suka3.....dan menjadi 62.1kg . Sejak tu saiz kasut aku dari 10 turun mendadak ke 8. Baju2 pun banyak yang longgar, seluar jena saiz 28 dah boleh pakai. Yang paling ketara muka tak lagi sembab. Tu belum kira nak beraya dengan rendang, sayur lodeh, sambal kacang, nasi impit lagi tau....Dah tu terjadilah penaikkan berat badan balik iaitu 63.5kg. Ramai yang kata FIGURE UP ni tak bagus ada kesam sampingan. Tu yang aku stop guna lagi sebulan tu jelah aku guna. Pastu aku jaga pemakanan dan buat senaman yang ringan2 jer dalam rumah. Nasi pulak aku ambil seminggu 2,3 kali jer. Minuman manis & air batu kurangkan lah yer... Yang pasti sebelum tidur buat senaman dulu. Lagi2 kalau termakan lepas kul 7 malam. He3x...termakan ea? Lawaknya bila si izzul ngan shiera pun ikut buat senaman gak. Si ayah jer gelak tengok anak ngan ibu bersenam.

Ni yang aku makan selama sebulan untuk turunkan berat badan

Me dengan berat badan 50kg

Selepas keguguran 1st baby 60kg

Masa 2nd pregnant (Izzul) 76kg

Umur Izzul 8 Bulan berat aku 60kg. Samakan ngan masa lepas keguguran dulu? Aku pun macam tak caya. Yang beza cuma masa lepas gugur dulu badan aku macam bengkak. Bila timbang berat badan memang 60kg. Silapnya masa dalam pantang badan aku membengkak. Bila datang Hospital penawar balik dokter kata aku alah pada ubat antibiotik. 

Masa ngandungkan 3rd  baby shiera 79kg

Masa ni umur shiera 1 tahun 5 bulan berat aku 71kg

 Selepas penggunaan FIGURE UP selama 1 bulan + 1 bulan puasa 63.3kg

Terkini 63.5kg

Friday, December 13, 2013

AIR TERJUN KOTA TINGGI

Cuti akhir tahun tahun lepas kami ke Air Terjun, Kota Tinggi, Johor. Alang-alang nak kerumah Mak Cik saudara di Teluk Sengat, Kota tinggi kami bercadang bermandi manda ke Air Terjun Kota Tinggi. Dah lama tak ke air terjun ni last pergi masa time2 anak dara dulu2. Parking kena bayar, tiket masuk mestilah kena bayar gak. Yang tak bestnya makanan tak boleh bawa masuk. Harga makanan boleh tahan mahal. Biasalah tempat peranginan. Air dari air gunung semestinya sejuk emngigil kalau mandi kat sini. Dulu masa tak ada anak berani juga mendaki bukit di air terjun. 

 Shiera & bantal busuknya kalau naik kereta mesti tidur

 Izzul dengan peace

Baru nak bermandi manda













Thanks for Being My Friends