Monday, September 9, 2013

HOLIDAY KAMI KE BUKIT GAMBANG WATERPARK.

Morning.....entry ni dah lama tapi kita baru nak updated dalam blog. Baru berpeluang nak update. Cuti sekolah awal bulan june 2013 kami bercadang nak bercuti di bukit gambang waterpark 2 hari 1 malam. Hari sabtu subuh dalam jam 4.00 pagi kami bertolak dari pasir gudang. Disebabkan baru first time kami bercuti so rasa exited sangat dari anak hinggalah ke ibunya. Yang drive ayahnya..so, aku tido ler dibelakang ngan shiera. Sekali sekala menjeling jugak ke driver kalau aku rasa laju pemanduannya. Maklumlah jalan jauh subuh plak tu. Kami singgah ke masjid di daerah mana pun aku tak pasti untuk solat subuh. Pastu sambung balik perjalanan hinggalah dalam jam 9.00 pagi sampai ke bukit gambang, pahang.
Sampai sana terus gi mandi manda memandangkan cek in hotel jam 3.00pm nanti. Masa start mandi tu tak ramai sangat orang dalam tu bila dah nak tengahari mak oi...x der tempat nak mandi. Layan jugaklah kat anak2 so...semua tempat diaorang merasa nak mandi. Bab makan mahal skit, biasalahkan. Jam 2.45pm kita orang gi lah hotel nak cek-in. Tapi...kat sinilah bermula cerita yang tak sedap dipandang apalagi didengar. Ramai yang kecoh tak dapat bilik lagi. Ada yang dah cek in pagi masih tak der bilik. Tapi nasib baik pihak pengurusan sediakan minum petang, dinner dan tiket untuk masuk wild worlds free. So, taklah membara sangat hati ni. Bayangkan masa kita orang cek in hotel lantai hotel masih basah lagi. Dah lah tu tak der kain lap kaki. So, kata husband dia nak black list terus tempat ni. On the way balik tu kami singgah jap di Muzium sultan Abu Bakar.





RIANG RIA RAYA 2013 QA/HSE

Sabtu lepas kat dept. aku ada buat jamuan hari raya. Lama kita orang plan sebelum puasa lagi. Lama tak? Akhirnya menjadi kenyataan setelah 3 kali buat perjumpaan nak bincang menu apa, siapa nak handle, budget dan sebagainya. Meriah bukan main.











KE BUKIT LAYANG2 @ EXPO AGRO

Sabtu lepas kami 4 beranak meneroka hutan di bukit layang2 pasir gudang. Gempak giler early posting....he3x...Kami ke expo agro..tengok cam tak dapat sambutan sangat. Sebabnya tak ramai sangat yang datang cam festival layang2 sedunia. he3x....Sebelum gi open house kat Nusa Damai kami singgah jap lah jengok2 apa yang ada kat tasik layang2 ni. Banyak jugak tangkapan dapat dibuat setelah sesi terjah 1 persatu tempat aku jelajahi. En.Suami jeling2 kat aku tandanya stop2 lah belanja.  Ok layan jer gambar ni semua k.
















Thursday, September 5, 2013

KETUPAT SOTONG versi JOHOR

Salam semua, banyak2 pos yang aku buat dalam segmen masakan. Ketupat sotong ni jer yang aku tak pernah share secara bertulis di blog. Biasanya aku main pas jer resepi kat kawan2 yang teringin nak buat sendiri. Ok ni aku sharekan yer.

Bahan2:
Sotong 2 kg

Pulut  RM3.00

Halba (1 sudu teh)

Halia, Bawang Merah, Bawang Putih & Cili Api

Santan Kelapa (1/2 kotak besar)

Jangan lupa garam & Serbuk Cukup Rasa.


Cara-Caranya:
  1. Cuci bersih sotong dan asingkan badan dengan kepalanya, buang mulut dan dakwat hitam sotong dan ketepikan.
  2. Cuci bersih beras pulut dan toskan.
  3. Sumbatkan pulut yang dicuci tadi kedalam sotong. Masukkan 1/4 pulut kedalam badan sotong dan cucukkan lidi pencungkil gigi. Ulang hingga sotong habis



4.  Hiriskan Bahan2 seperti halia, bawang merah & putih beserta cili api. (Nak rasa lebih kow gunakan cili kampung merah)

5.  Satukan semua bahan yang dihiris tadi, sotong yang dah disumbatkan dengan pulut dan santan. Nak wangi masukkan daun pandan. Masak hingga pulut tadi masak tapi sebelum tu masukkan garam dan serbuk cukup rasa. 

SELAMAT MENCUBA.

Tuesday, September 3, 2013

RINDUNYA KAT IZZUL

Semalam hantar izzul duduk umah nenek sampai hujung minggu, sebabnya minggu ni ayah kerja malam balik pagi. So, ibu tak nak izzul ponteng sekolah kalau asyik lambat hari2. Perasaan ibu macam hantar izzul ke asrama pulak. Sedih, tak biasa izzul tak ada kat umah. Rindu, janggal.....so, balik jer umah malam tadi ibu terus call izzul tanya tengah wat per. Pagi tadi ibu suh ayah call tapi ayah tak sempat. Terus balik umah...............rindu anak ibu......

Thanks for Being My Friends