Sunday, March 17, 2013

TERPANGGIL UNTUK BERSUARA



Lamanya tak menulis, apa khabar agaknya teman2x blogger semua. Diharapkan sihat sentiasa dalam lindungan allah. Kami sekeluarga baru sahaja pulih dari sakit. Shiera baru baik demam dan selsema, izzul demam, batuk dan cirit-birit nasib baik tak kena semput, abang demam dan batuk dan aku sendiri selsema, demam dan sakit2x badan. Alhamdulilah semua selamat. Apa yang terjadi ada hikmahnya, bersyukur kehadrat ilahi yang telah membuka mata hati dan mindaku. Ada hikmahnya aku bertukar tempat kerja. Orang kata tempat baru cara baru, pengalaman baru, suasana baru. Rasanya belum terlambat untuk aku bersyukur yang tak terhingga ke hadrat ilahi keatas hikmah yang telah diberinya. Amin, amin ya rabbalalamin.....Ramai kawan tambah lagi pengalaman baru, cara pemikiran baru. Thanks kak ti, syidah, manje, idah, dayah, adah, en. yahya, cik mat dan semua yang banyak beri tunjuk ajar, sokongan dan nasihat. Membuatkan aku makin matang sekarang. 

Thanks for Being My Friends