Wednesday, October 31, 2012

FAMILY DAY


Salam pagi rabu 31.10.2012, Esok dah 1 november 2012. Cepatnya masa berlalu, ok2x nak cerita pasal FAMILY DAY @ MMHE. Cik rin rasa teruja sangat. Dah nak masuk 13 tahun bergelar pekerja baru skang dapat merasa family day. Masa kecik2x dulu join family day kat tempat kerja arwah ayah. Memang seronok, pergi melancong, ada sukan, makan2x dll. Tapi tu semua dah lama cik rin tak merasa. Seingat cik rin last trip ke Langkawi, Kedah. Tu pun cik rin ngan kakak cik rin tak pergi. Sebabnya cik rin demam. Lagi pun terhad untuk 3 orang anak jer. Yang lain2x tu kena bayar. So, disebabkan sakit duduk umah jer lah. Trip tu masa umur si nadia (ucu) sekolah rendah lagi. Lama giler. Rasanya cam tahun 1994. Lama kan? Ok, nampaknya cik rin & family dapatlah merasa suasana FAMILY DAY lagi. Walaupun x pergi melancong....Ok, nantikan gambar2x menarik yang akan cik rin ambil jumaat & sabtu ni. 

Monday, October 29, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN

On the way nak siapkan juadah hari raya qurban. Hajat dihati nak masak Rendang daging, Kari ayam + nasi impit .

Mana shiera?
Kena sumbat ubat pelali dulu baru dia zzzzz.....senang sikit nak masak. Tapi hampeh! aku sempat masak nasi impit ngan rendang daging jer. Lain2x tunggu si ayah balik kerja 11.30 malam. Pastu ngan aku skali zzzzz.......tunggu si ayah balik.


Yang menonjol sekali tu goreng pisang. Ada orang hidang ke masa raya puasa, x der kan? Raya haji ada ler.....tu aku hidang. Fresh from my back yard. he3x.........Masuk yang ni dah yang ke 6 pokok pisang nipah belakang umahku tak pernah menghampakan aku. Berbuah jer keje dia. Tepung buatan aku memang best nyer...yang ni dulu habis dibandingkan dengan kari ayam dan rendang daging. Mana taknya si ayah pas balik sembahyang jumaat, pi bantai goreng pisang sorang2x. Aku plak zzzzz..........Bangun2x dari tido goreng pisang dah habis....hwa........Tapi juadah tu pun penting gak si rendang daging dan kari ayam. Arwah bapak mertau ku punya feberet termasuk cucu dia ngan suamiku skali ler...termasuk aku....Kali ni masakan aku tahan 3 hari. Biasanya nak masuk hari kedua dah basi. Siap buat cecah jemput2x tu....slurp...... Cuma tak cukup korum jer tanpa kehadiran sambal goreng ibu mertuaku. Tak per, kalau umur panjang tahun depan raya puasa aku masak k..............

p/s:Si izzul kami buat majlis Aqikah dia masa umur dia 1 tahun. Masa tu kami buat kat tanjung langsat. kampung sebelah bapa mertua. Tapi kali ni kami buat aqikah kat syiera jauh bebenar...nun kat kemboja. Sekali arung ngan haizaq naufal anak ucu. Ni pun ayah mertua dia yang buat. Alhamdulilah dah selamat pun.

MACAROON


 




Minggu lepas aku dapat buah tangan dari Syidah, my 2nd boss. Dia gi KL so dia janji nak belikan sesuatu kat aku. Mintak cokelat dapat macaroon......sedapnya..sekali dapat 6 biji. Sumpah! aku memang tak pernah nak merasa macaroon ni, Ingat biasa2x jer.  Tu ar..x cuba x tau. Patut ler ramai yang tergila2x kan macaroon ni ea. Rupanya sedap hingga menjilat tapak tangan. Tak per pas ni leh order ngan mamatiera plak. ea. Tq syidah...............si izzul bukan main suka lagi makan benda alah ni. sib baik aku tinggalkan 1 untuk si ayah. Dapatlah dia merasa......

p/s: x per nanti ibu buatkan ayah yer.....

KENCING MANIS = FOGGING



Si izzul memang suka tanya macam-macam, lagi-lagi kalau kami tengah naik motor. Nak dijadikan cerita masa tengah lalu kat perumahan casia on the way balik umah. Banyak betul asap, kalau korang, korang mesti kata orang tengah fogging kan? takkan lah orang bakar sampah satu taman boleh berasap plak. Tak masuk akal kan? Memang sah kawasan perumahan tu telah "difogging". Tapi yang tak masuk akalnya bila:-

Izzul               : Ibu, kenapa umah orang tu banyak asap?
Ibu                  :Ooohhhh.....mesti ada yang kena kencing manis tu.
Izzul & Ayah  :????????????


On the way sampai umah, berdekah kami ketawa besar, ngan aku sekali gelak tak ingat dunia. boleh plak fogging = kencing manis, bukan kena demam aedes ke? kah....kah...............kah...................

Friday, October 12, 2012

LAMA DAH TAK BUAT

Apa yang lama dah tak buat? cer teka.........tampal gambar umah..ops...bukan2x...pas ngemas umah @ tukar susun atur barang biasanya cik rin mesti upload gambar kan? Ha! tu yang lama dah tak buat sejak beranakkan shiera. Tu ar mana nak nyempat. Ni shiera dah nak setahun bulan nov ne. Dah pun pandai jalan sejak umar 9 bulan lebih. Ditambah lagi kami dah tak guna broadband prepaid dah. Jadi x ler bosan bila prepaid cepat abis. Tinggal bayar jer kat U mobile tiap bulan. Murah pun murah hanya RM48 selama 5 bulan pas tu RM68 selepas 5 bulan. 5G lagi tu..Laju....napelah tak terbuka hati cik rin nak melanggan ko yer U Mobile. Jom layan gambar umah cenonet cik rin ni.






p/s: kecik jer umah cik rin, muat2x kami 4 beranak.

~~FROM STAR HILL TO HOMEFAIR~~


Sambungan dari rombongan hazri's & company mandi manda @ star hill golf resort. Kami ke Home fair. Banyak jugaklah cik rin nyopping kat sana. Dari barang2 elektrik hingga ke perabot rumah puas kami jalan2x.

Kenkonon cover muka, tapi tu shiera yang cover. Aku tengok kat situ aku jer yang bawak camera. Macam dilarang mengambil gambar jer. Tapi Hubby terus gak snap sana sini. (Atas paksaan aku)

Dari banyak2x tempat aku lalu lalang kat homefair tu. Tempat yang aku duk ulang2x lalu walaupun tak membeli adalah tu2x yang kat atas tu ler. Hai cantiknya. Kalau banyak duit leh nyopping kan? Tapi aku hanya mampu beli pelekat kain kat dapur ngan penutup berus gigi ngan tempat letak ubat gigi jer. he3x.....canggih tau. nak tengok meh ar datang umah.

p/s: Dari banyak2x tempat aku lalu lalang kat homefair tu. Tempat yang aku duk ulang2x lalu walaupun tak membeli adalah tu2x yang kat atas tu ler. Hai cantiknya. Kalau banyak duit leh nyopping kan? Tapi aku hanya mampu beli pelekat kain kat dapur ngan penutup berus gigi ngan tempat letak ubat gigi jer. he3x.....canggih tau. nak tengok meh ar datang umah.

MANDI MANDA @ STAR HILL


Ahad yang lepas hazri's company bermandi manda di star hills golf resort. Lama gak ler mandi manda kat sini. Last masa ngandungkan shiera masa 9 bulan. Ni pun sebab tunaikan janji ngan izzul. Pas habis exam akhir tahun ibu belanja mandi kolam kat star hills. Aku ingat dia dah lupa, tiap hari tanya bila nak mandi kolam. Ok, layan jer  gambar-gambar yang sempat cik rin ambil.
Aktiviti Shiera ngan izzul, bosan tunggu ibu ngan ayah lambat bersiap. Derang pun buat ler apa yang patut. Anak-anak.............. 




























Ok, selesai sudah mandi manda kita pergi ke HOME FAIR @ PERSADA JOHOR pulak.

Thanks for Being My Friends