Tuesday, June 26, 2012

Makanlah Budu Sebelum Terlambat!

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan

radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.



Lagi fakta menarik selanjutnya….

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).



Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12

di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan

reaksi pembentukan radikal bebas.



Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.

Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner

akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.



Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

Wallahu a’lam…

TBI

Apa TB? ntah! cik rin baru nak mintak tolong En. Google carikan maknanya. Boleh ke? baik tak usah kang apa2x jer dia kasi translate merepek meraban dia. Sebenarnya nak cerita kat sini adik ipar cik rin, suami kepada adik bongsu cik rin disahkan mengidap TBI. Bahasa melayu nya penyakit batuk kering berdarah. Dah masuk hari ke empat. Baru cik rin tahu betapa bahayanya penyakit TBI ni. Harap2 adik ipar cik rin kembali sembuh sepenuhnya. Dokter kata untuk sembuh makan masa lebh kurang 6 bulan. Mak cik rin kat kampung pun ada bantu dengan perubatan tradisional. Moga2x ada perubahan. Tengok adik cik rin ngan anak dia yang berumur 4 bulan. Rasa sedih dan sayu...sedaya upaya kami sekeluarga cuba ceriakan dia. Hampir setiap hari dia pergi melawat suaminya di HSA. Anak pulak dihantar kerumah pengasuh. Dalam keadaan begini yang penting kita kena tabahkan hati, kuatkan semangat. Sesekali meleleh juga air mata adik cik rin. BIla mak kami cakap pasal suami dia.

Sedikit info mengenai penyakit TBI

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.




Bagaimana TIBI Merebak ?



Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.



Tanda-Tanda TIBI



•Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu

•Kahak yang mungkin mengandungi darah

•Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam

•Susut berat badan dan hlang selera makan

•Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang

•Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI



Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-



a.mendapatkan pemeriksaan doktor

b.melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI

c.menjalani pemeriksaan x-ray dada

Rawatan



Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.



•2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari

•4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan



•Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.

•Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor

•Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan

KUIH RAYA TERHANGAT 2012


Assalamualaikum semua, lama kan tuan empunya blog ne tak bersiaran. Dulu menjual kuih buatan sendiri dan sekarang tolong jualkan kuih raya orang lagi. Ko ada? ha3x...ayat baru yang cik rin dah kerap gunakan sekarang ni. Biasanya ayat tu untuk golongan au2x jer kan? Sekarang ni dah jadi trend plak. Ha3x...gelak besar cik rin. Ok2x...ne nak cerita yang tahun 2012 ni untuk sambut raya cik rin jual kuih raya yang gerenti sedap, menyedap, meletup dalam kunyahan anda2x semua....fuyooo...ayat tak bleh blah. Sebab apa? sebab cik rin dah merasa kuih2 ni....memang sedap....Sebenarnya banyak lagi kuih2x taya ni tapi disebabkan mrs. kodak cik rin gagal berfungsi mungkin sebab penat kot. So cik rin rehatkan dia buat beberapa hari. Sian dia..........tapi kalau dia degil gak...nampaknya kenalah cik rin madukan dia ngan Mrs. conan...ha3x.......ko ada? Rezeki orang yang berniaga kuih ni...kat tempat kerja cik rin ramai gak yang mengoder...alhamdulilah...rezeki dia.

Sunday, June 17, 2012

AKU KEMBALI BERBLOG

Salam buat semua, berkepam blog noreen lama x mengemas. Tukar kerjaya, tukar tempat kerja tapi blog yang berkepam. Mana taknya busy manjang. Si hilda pun dah 7 bulan. Dah laju merangkak, dah mapah2x skit lagi boleh berlari. Ada ke? Hilda lain dari Izzul haziq. Kalau izzul belajar duduk, mapah terus berjalan. Apa pun......Lamanya x berblog. Baru ada semangat nak bangkit sikit2x. Orang jawa kata alon2x...he3x. Apa pun selamat berblog noreen!

Thanks for Being My Friends