Monday, February 28, 2011

C MELANDA LAGI.




Nak kata makan banyak,
Memang cik rin suka melantak,
Bukan semua cik rin hentak,
Pilih-pilih juga yang ikut selera tekak,
Tak tau lah apa kena asyik berak-berak,
Akhirnya pergi klinik kena suntik sakit nya tak boleh nak kata kak,
Macam jarum tertinggal dalam isi punggung kak,
Dah lah badan layu skali ngan tekak,
Tu yang tak pergi kerja kak,
Dapat pulak ubat pahit bukan main kak,
Makan jer nak muntah berkotak-kotak,
Last2 bawak tidur baru lega kak,
Sampaikan tempahan kuih pun cik rin buat tak hendak,
Jawabnya kena pospon minggu ke depan kak,
 (Harap-harap tak der yang kecik hati ngan akak.)  :)

Thursday, February 24, 2011

SHOES MANIAC























 PERHATIAN: Kesemua kasut mengarut kat atas tu bukan cik rin punya....yang ne jer cik rin punya.











ADUH!


Sakitnya kaki,
Bukan berlari,
Berjalan bukan main jauh lagi,
Hendak call suami,
Bukannya dia boleh sampai ke sini.
Balik-balik tanggunglah sendiri,

Berirama pula cik rin, tak der. Masa lunch tadi jalan pakai kasut tinggi, tak tinggi mana pun 1 inchi jer. Sampai office sakit pulak kaki. Biasanya hubby lah jadi tukang urut setia.......x per nanti pujuk hubby...tapi mesti dapat bebel dari hubby. buat dek jer.....

ALL ABOUT BUSES

Saja...... cik rin nak kongsi bersama, iklan di bas......ada yang ngeri & ada yang lawak jer....

Accident

Bus ride

Shit,no!!!

You wish

Standing
Jaws bus!!!!

Cool way to advertise...

Confusing isn't it?

Pepsi

Cool vehicle

That's so touchy.....

Help!!!

TANDA SENGAL

 

Pernah kena cenggini? Bukan main lagi tulis OFFER! skali imbas murah nya..Leh beli ni. Cuba perhatikan harga sebelum. RM3.00 kurang 1 sen harga asal. Tapi kena bayar berapa? RM3.00 jugak.....SENGAL! Nak kasi turun harga biar turun bebetul. Cik rin pernha tinjau harga barang sebelum bulan Ramadhan ngan semasa bulan ramadhan. Sebenarnya harga sebelum bulan ramadhan lagi murah. Kenapa? Diaorang ni akan naikkan harga pada bulan puasa pas tu kasi diskaun... - ngan + sama jer......
(tapi x semua kedai cenggitu, kita kena pandai2 ler cari)

Wednesday, February 23, 2011

CHEQUE MELANTUN


http://www.spittoon.org/wp-content/uploads/2009/12/Brown-cheque.jpg
Biasanya orang panggil ceq tendang @ bounced cheque. Tapi bagi yang marah sangat bila kena tipu dan si pemberi ceq, kononnya ceq tu boleh ditebus pada tarikh sekian2. Akan panggil CHEQUE TERAJANG....ha3x....ADA YANG PERNAH TERKENA?  Mana x nyer, bila dapat ceq jer dah planning nak beli apa, nak bayar apa, baki nak buat apa....last2 bila gi bank nak tunaikan. Tu pun kalau cash cheque, kalau kena masuk bank 3 hari bekerja. Mesti dalam masa penantian 3 hari dah macam2 planning. Tapi cik rin x pernah kena cenggini, cuma kat depan ceq tak tulis nama, cuma kat belakang jer yang tulis nama. Pandai tak? Sila beri tepuk tangan yang paling gemuruh untuk cik rin. Eh! salah hubby, kenapa? Cik rin minta tolong dia masukkan cheque ke bank. Yang bijaknya cik rin lupa nak tulis nama cik rin kat depan cheque. Bila dah sampai tarikh, pi lah call boss tanya asal x der duit kat bank. Ceq2 rupanya nama x der kat atas cheque. Malunya.........cik rin. Kan dah salah anggap.

(tetiba jer nak buat n3 ni teringat customer yang dapat ceq tendang ni) 
tapi cik rik tak pernah dapat ceque dari bank scotland......

MINGGU YANG MENDEBARKAN



 Apa yang mendebarkan? hanya menunggu sesuatu sahaja. Pastinya memang sangat mendebarkan. Harap-harap ianya berakhir dengan kegembiraan. Pastinya itu yang cik rin, hubby ngan izzul harap-harapkan. Dah macam-macam perasaan berlegar dibenak hati ni, bermain di kotak fikiran seorang ibu ini. Misae, mintak-mitak mulut ko bergaram ya.

Tuesday, February 22, 2011

MARI BANTU CIK RIN

Ada sesiapa yang tahu kenapa gambar di dalam n3 cik rin bertimpa-timpa? kalau bijak bistari ajarilah cik rin yang kurang pengetahuan ni.

Monday, February 21, 2011

KE PESTA LAYANG-LAYANG 2011

Al kisah, lama bebenar kami x pergi pesta lelayang. Last pergi masa si izzul baby. Kira dah 4 tahun kot. Oh! cik rin tak sanggup nak berpanas dan kena migrain. Lagi sebab yang paling kukuh untuk membuatkan cik rin menolak tawaran ke pesta lelayang adalah pitam. Kenapa? cik rin x boleh pergi tempat yang ramai sangat orang, sampai tak leh nak jalan. Berasak-asak, dengan bau badan mereka (macamlah cik rin wangi sangat, wangi sangat tak der lah. tapi x der lah masam sangat.). Pernah pergi masa bulam mei. Masa tu MPPg buat pada hari buruh. Kenoning kepala ni. Jalan pun tak nampak, Akhir kalam...balik jer. Semalam disebabkan kesian tengok si izzul merengek nak gi tengopk lelayang. Kami bawa juga, tapi dah petang baru sempat kesana. Selepas balik tg. langsat tengok mak long & uteh.
Akhirnya kami ke pesta layang-layang antarabangsa 2011. layan gambar suda......................penat nak citer.







Thanks for Being My Friends