Saturday, July 31, 2010

INSAFLAH BUANG JER KALAU ADA.

 Selamat malam semua, maaf kerana aku bukan blogger yang aktif. 2 3 hari kebelakangan ne aku sibuk, terlalu sibuk hingga nak buang kuku pun kat ofis, kat ofis jugalah tempat aku nak lelapkan mata yang mengantuk. Bukan nak merungut cuma nak kongsi luahan rasa dan KEPADA SESIAPA YANG ADA MENUNTUT SESUATU YANG BOLEH MEMUDARATKAN DIRI SILALAH BUANG.  Benda2 tu semua akan menyusahkan diri anda dan keluarga dihari tua. Seperti bapa mertuaku, aku tak tahu apa yang dia telah belajar semasa muda. Sekarang ne dia dah nyanyuk hingga berak pun bersepah, cakap pun tak betul. Asyik cerita yang bukan2 seperti baru berjumpa dengan kawan2 yang dah lama meninggal dunia. Termasuk arwah ibu mertuaku. Nafsu makan yang keterlaluan. Ya allah apa lagi selepas ini. Abang hanya 2 beradik, ramai sedara mara tapi hanya sorang dua yang datang hulurkan bantuan. Yang lain sibuk dengan hal memasing. Dulu kakak abah boleh juga tolong jaga abah kalau abang kerja pagi. Tapi skang dia pun tak sihat. Kami bertiga tengah pening nak cari orang jaga. Siapa yang sanggup bila abah buat hal. Berak bersepah sebab dia akan bukak pampers bila2 masa yang dia suka. Walaupun tahi penuh kat pampers. Asyik nak lari jer. Aku jaga abah kat umah aku 3 hari. Macam2 perkara yang berlaku. Yang menakutkan pun ada. Ngerinya...........Aku hanya menantu perempuan, mula2 rasa malu bila kita nak mandikan, cuci berak dia. Tapi sebab dia pun dah nyayuk, aku redha jer. Nak harapkan siapa lagi? Esok kami berlima akan menziarah kubur arwah mak mentuaku. Nak tunjuk kat abah yang mak dah lama tinggalkan kami........Doa kalian aku sangat harapkan semoga aku dapat tempuhi dugaan tuhan ini dengan penuh sabar. amin............
Hi

PANGGILAN KECEMASAN

 28 July 2010 Jam 2.30 petang, aku terima satu panggilan telefon dari abang(merujuk kepada suamiku) mengatakan yang abah kena sawan lagi. Ya allah, walhal malam tu aku dah bagi tau kat abang yang badan abah panas. Bila penyakit sawan ne dah menyerang sekali, kebarangkalian untuk serangan kali kedua adalah mungkin. Nasib baik aku tahu apa nak buat. Along (abang ipar) tiba sejurus abang call cakap abah kena sawan. Dengan cepat diaorang call hospital wakaf minta bantuan ambulance. Bila aku sampai kat umah, abah dah kurang dan kemudian pulih seperti sediakala. Alhamdulilah, kami tak hantar abah ke hospital kali ini tapi kami panggil kak yah supaya dapat ubatkan abah. Setelah kak yah datang abah dirawat. Pelik gak caranya. Dia gunakan bekas tempat letak telur dibakar dan diasapkan keliling abah. Beserta dengan bacaan. Kemudian abah diberi air. Kata kak yah ada something kat abah. Bukan aku tak nak percaya. Tapi aku sendiri dapat rasakan kelainan pada abah. Selera makan yang melampau. Mana taknya makan sekali 2 pinggan nasi, makan biskut tanpa henti dan makan apa saja yang kita beri. Abah tak cerewet macam dulu. Makan banyak tapi badan tak naik2. Sampai terpaksa berbohong. Setelah dirawat abah siuman dan ucapkan terima kasih pada kak yah. Kak yah pesan sembahyang jangan tinggal dan selalu mengaji sebelah abah. Alhamdulilah ada perubahan………
Hi

Thursday, July 29, 2010

TERINGAT DOLU2

 Teringat dulu2 punya cerita sedih ada, kelar pun ada. Bukan nak mintak simpati. Cuma cerita dulu kala jer. Sambil mengingatkan diri ini supaya jangan meninggi diri pada insan yang lemah. Dulu memang susah, pergi sekolah mak bekalkan 50 sen tu pun kongsi ngan kakak untuk sekolah rendah dan agama. Sib baik dapat makanan percuma (RMT) sekolah kasi. Jimat duit, gi sekolah pakai setokin yang dah kembang getah, ada gunanya jugak beli tempe hari2. (Tu lah makan ruji aku) lawak2. Dulu tempe RM1.00 sepuluh keping. Buat masak kicap, sambal...nyam2 ngan goreng garam kunyit pastu cecah kicap letak cili api.....(taip ne sambil leleh air liur aku) Sedap3. Gi sekolah bekal tempe. Tu yang kalau gaduh ngan jiran dia panggil aku muka tempe. Ha! berbalik dengan cerita stokin. Stokin dah kembang getah, kalau tak der getah tempe aku jadi giler oi.Mana tak nya, tu ler yang aku guna nak ikat kat stokin. Kasut jangan citer, selama 12 tahun sekolah (1 tahun tadika + 6 tahun sekolah rendah + 5 tahun sek. menengah). Rasa2 nya aku hanya tukar kasut 5 kali jer. Adik beradik ramai. Sampai cikgu tegur suh bli kasut baru. Sedih bila kat sekolah ada buat rombongan atau lawatan sambil belajar aku dengan pantasnya jawab tak boleh pergi. Mak tak kasi + tak der duit. Tapi kempin yang aku pergi hanya kat sekolah jer. Tido kat sekolah. ha!...ha!...ha!....Sedih bila mintak 20 sen kena pukul ngan abang, sebab mulut aku rajin jawab, menjawab ne. Sekolah menengah mak kasi RM2. Aku bijak, ceh wah....RM1 tuk tambang pergi balik sekolah. Makan bekal atau puasa olok. Lagi RM1 aku simpan tuk koko hari sabtu. Loaded skit ada RM5. Rasa macam dah kaya.......... Tapi bila aku dah kerja skang ne, dah kawin, ada rumah sendiri, kete sendiri (bukan nak berlagak atau angkuh tau) cakap jer. Rasa cam tak percaya plak. Dulu susah, orang tak mak kawan, tak mau pandang. Nak hutang kat kedai runcit selalu kena marah baru leh dapat hutang, nak pinjam duit muka rasa tebal berinci2. Susah2 tapi ada lagi yang lagi susah dari aku. Sebab tu bila tengok orang susah aku sedih. Lagi sedih kalau orang yang susah tu suka nyusahkan orang lain. Ye la nak mintak jer tak nak berdikari sendiri. Hidup atas belas ikhsan orang lain. Muka tak berharga. tak yah cakap ler buat muka seposen) cam tu mana ada harga.
Hi

TERKINI DISINI (BLOG AKU)

 Jangan terlalu taksub pada title kat atas tu ye, blog aku ne dah berkali2 bertukar kulit. Tu ler kalau tak berpendirian, Tapi kali ni aku memang dah sah2 jatuh cinta pada si pink ni, lembut, memang susa sangat ler. Insyalah ni kulit kekal kat dalam blog ne. Sebut pasal berpendirian ne aku nak cerita pasal giler sesangat ngan english style ne. Tapi tu kata jenjiran dan kengkawan ler. Ha! pasal bab tu aku teguh pendirian. Sekali terpaut pada english style, shabby2 ne lagi2 pink & flower. Eeeeeeee....... suka sangat. Aku ne memang suka mengemas, mencantikkan umah, dan boleh kata nak bersih2 jer. Nak wat cam ner, dulu mak aku yang menitik beratkan kekemasan, kebersihan. Dulu aku duk umah kayu, atas air lagi. Walaupun kami boleh diketegorikan sebagai penduduk kurang mampu kerana pendapatan ketua keluarga kurang dari RM,800.00 sebulan untuk menyara 6 orang anak. Boleh ler tu. Ditambah dengan isteri yang tak bekerja. Bila adik yang bungsu dah sekolah rendah mak dah mula bekerja. Aku adalah pekerja tetap dalam hal2 mengemas, membasuh dan memasak. Tingkatan satu aku dah pandai memasak. Masa aku sekolah rendah lagi aku dah minat hal2 ne semua. Yang lawaknya cara aku nak cantikkan bilik. Katil 2 tingkat, kenkononya nak buat motif lukisan kat dinding. Aku cat bilik warna hijau gelap pastu lukis gambar bintang & bulan warna putih. 2 ketul jer. Bagi aku lawa ler tu. Bila mak dah mula kerja rumah dah jadi cam home alone, pepagi memasing sibuk. Ada yang nak kesekolah, ada yang nak pergi kerja. Tu yang dari bilik air hingga ke ruang tamu baju bersepah, pinggan mangkuk berlambak kat singki sebab masak tuk bawak bekal, sampah kat lantai. Bila balik sekolah tu semua menanti aku. Satu hari ajak kawan datang umah sebab nak sambung ke kelas olahraga sebelah petang. Mak oi! terkejut dia nengok umah aku yang macam kucing beranak. Dengan sepantas kilat aku siapkan kerja. Mak aku paling tak suka bila dah angkat kain tak lipat sekali. Paling tak suka bila kat singki ada pinggan yang belum disusun kat rak pinggan. Tu yang aku praktikan sampai skang. Aku dah terbiasa.....kekadang bila balik kampung nampak mak cik aku tengah basuh baju......mak aku "noreen tolong mak ngah cuci baju" mak oi! aku ne orang gaji ke? (dalam hati) kwang3.........Tu yang kalau tak buat kerja umah sehari badan ne akan sakit dan lemah sebab aku dah terbiasa. Teguh ler tu pendirian aku.
Hi

Aku 2

Salam semua, memang susah jadi aku, aku ne jenis tak punya pendirian tetap. Macam perempuan2 yang lain yang nak terbaik, cantik, sesuai........tu ler ngasyik sangat nukar template blog. Tak leh nak janji kalau ne yang last nyer. Apa2 pun confirm next time tukar lagi. Senang2....sib baik free kalau kena bayar confirm pikir berjuta kali kalau nak tukar. Ok, aku nak citer hal terbaru yang terjadi dalam dunia aku. Aku dah jaga abah, abah dah duk umah aku. Nak sesuaikan diri tu very2 the susah. Sebab aku pompuan and then he's a man. So, jurang tu jauh ler sesangat lagi2 aku ne just daughter in-law. Nak cucikan berak, pakaikan pampers aku kena buang jauh2 rasa segan. tahap nyayuk abah dah teruk. Tak yah citer ler "tunjuk pekung kat orang jer". Diam sudah...............ok

Hi

Tuesday, July 27, 2010

Aku

Susah jadi aku, sebab aku ne selalu suka migrain. Masalahnya aku tak boleh nak jadi macam orang lain. Ye lah, masalah kat  ofis akan hilang atau dibuang jauh2 kalau dah jejak kaki kat umah. Dalam versi yang lain masalah kat umah tak boleh bawak masuk dalam ofis. Sama jer tu. Berbalik kepada migrain atau penyakit keturunan ne. Ye ke? Apa2 je lah. Aku paling minat nak fikir benda yang sekecil kuman dan jadikannya sebesar gergasi. Menyusahkan hotak jer nak memikir. Tu ler pasal asyik migrain jer. Skang ne aku baru cerdik skit. Pikir yang perlu jer. Pandailah sesangat. Ntah apa aku citer ne.

Thursday, July 22, 2010

MESYUARAT SENDIRI

Salam pagi khamis, Nak citer hal semalam punya meeting. memang lawak. Buat meeting hari bekerja dan sendiri punya cara. Tiada lagi melalui AJK, macam biasa "HANYA CADANGAN BUKAN PAKSAAN" tapi dari sms yang abang terima " Yazid pengerusi (biarpun dia hanya setiausaha) dah setuju tinggal kasi card bank ngan duit jer. Perbincangan harus di teruskan" tak ke memaksa, walhal naib pengerusi dah cakap suh sabar. Akan dibuat meeting. Susah cakap ngan orang yang dah berumur ne. Paling best aku siap rakam perbincangan dan ada yang terkejut. Bukan apa itu untuk bukti dan kalau freetime leh dengar balik meeting yang mengong tu. Kedatangan sungguh menggalakkan dengan kehadiran seorang lelaki(setiausaha) serta ibu dan anak2 memasing yang turut kecohkan suasana. 3 lawan 2 dan yang lain2 hanya menjadi pakturut, lalang ditiup angin. Memang kesian.............Bersepakat mengenakan ustazah, tak apa allah maha mengetahui segalanya. Kita tak tahu nyawa kita bila tuhan tu nak tarik. Sakaratulmaut tak kenal 3 stooges. Perasaan ne rasa sedih bila penghuni lorong maksud aku orang lama mulut dah macam longkang. Akhirkata abang dah tak kasi join ngan diorg lagi. Malah nak buat kenduri sabtu ne pun aku dilarang pergi. Kena ikut kata suami. Banyak adengan kurang memuaskan semasa berlangsungnya mesyuarat. Saling menunding jari, menyalahkan orang lain, mengata orang tu tak baik, tak fikir nak bercakap walhal dia pikir ke apa ayat yang keluar dari mulut dia. Aku pernah mengadu pada salah satu dari 3 stooges ne yang aku rasa macam nak pindah jer bila jiran2 dah tak der persamaan. Nak tau apa kakak tu kata masa meeting smlml? "Ha! ari tu ada orang kata nak pindah dah bosan duk sini tapi tak pindah2 jugak masih lagi duk kat sini" Bagus nya ayat dia, dengan lantang dan kuat dia berkata. Sedangkan pada masa itu aku meluahkan perasaan sedih. Terbongkarlah tralam dua muka, sifat keji, jijik dan tak senonoh jiran2 ku. Kesian..........macam abang cakap, dari join diorg baik jaga abah dapat pahala. betul3.......
Photobucket

Wednesday, July 21, 2010

SMS GEMPAR!

Dapat sms dari si tukang sampaikan berita tergempar:

Tukang Periuk: Salam, hari ni ad pbincangan mengenai majlis kenduri & tahlil sempena mnyambut ramdhan. Kehadiran dwajibkn d lorg knari 14. 5.30pm harap mberi kejesama.

Lawak giler diorg ne. Semalam aku tanya apasal nak buat majlis tak kasi tau dan tak berbincang. Tentiba nak suh kuarkan duit lorong kasi habis. Barulah gopoh gapah nak kasi tau. Episod yang kelakar bila ada mahluk yang buat kenduri kat umah dia. Dok sorok2 tak nak kasi tau aku ngan ustazah. Bila tanya jiran sebelah buat apa ngan pisau. Jawab dia gi rewang kat bawah. Susah sangat ke nak bagi tau. Jangan risau, orang tak jemput kita tak datang. Semua ne gara2 aku kenselkan dari pergi piknik hari buruh ari tu. Masalahnya bincang lain setuju lain. Pergi tak sampai sehari nak sewa chalet. Dah tu nak bayar murah plak sekeluarga. Mana cukup, nak makan, nak buat sukan, nak kasi hadiah. Yang kelakarnya mesti nak sewa chalet tapi hadiah untuk aktiviti sukan dari no 1 hingga 3 semua hadiah berharga RM2. Lawak2. Dah tu yang tak pergi piknik yang paling menyibok. kesian............. Ne, dah sibuk nak habiskan duit lorong. Abang sebenarnya adalah naib pengerusi kat lorong dan aku naib setiausaha. Tapi diorg ne buat tak endah jer. Buat menyuarat sendiri, setuju sendiri. Ada ke patut?

p/s: Kalau ada kameraman kan bagus leh rakan aksi diorg pastu kasi tengok lakonan sendiri, mungkin nanti baru diorg perasan kelakuan diorg. kwang3

Photobucket

KERENAH JIRAN

Salam pagi rabu, Amacam pagi2 ne kita cerita pasal Jenjiran. tambah dosa skit. (jahatnya syaitan kan?) Bukan apa saja nak luahkan perasaan yang macam gunung berapi nak meletop ne. Pernah ke korang memiliki jiran yang test macam apa yang korang impikan. Ye lah, perangai yang korang rasa best, leh masyuk, satu kapla ngan korang. Majoriti yang aku pernah buat temuduga mengejut kebanyakkannya jawab TIDAK. Bukan tidak apa, tak sehaluan, penyibok tepi, atas dan dalam kain orang lain.  Susah nak dapat jiran yang menyokong kita dari belakang. Tapi! kebanyakkannya MENIKAM dari belakang. What's up! What's up , apa diatas? Di pengkalan aku tinggal sekarang ini sudah tidak aman, Bukan pasal perang guna peluru M16 atau peluru kapur atau lastik koman2 pun. Tapi lebih dasyat dari itu. MULUT LONGKANG. Walhal kat area aku, longkang tak nampak sebab bawah tanah. Ada yang jadi batu berapi, ada yang talam bermuka2 dan yang paling dasyat main tikam2 belakang siut............Dah lah nak meyambut bulan ramadhan buat dosa bertan2 plak. Tapi aku dah lama perasan sejak penghijrahan insan bernama ANI. Semuanya berubah, tiada lagi jalan sehaluan, beriringan, kesepakatan, muhibbah dan bertolak ansur. Susah bila dengar dari satu pihak. Rasanya lebih baik buat mesyuarat tergempar kita satukan mereka2 ini supaya tiada lagi manusia berteleng kapla bila berjalan. Kesiankan? Bila nak melalui rumah seseorang dan jika terserempak dengan musuh atau mahluk yang kita kurang senang. Kita kena pusingkan kapla 90 darjah. KESIAN.............................KESIAN3.......
Photobucket

AKU MEMANG PEREMPUAN (2)


Bukan nak mengutuk kaum sejenis, tapi nilah hakikatnya kalau dipanggil PEREMPUAN. Bila gi jalan, pantang ada yang berkenan, dengan pantas kilat membeli. Apa lagi tudung lah, hanya untuk yang memaqkai tudung sahaja. Zaman sekarang ne pemakaian tudung pun kena ikut fesyen. Kalau tak ada jer mata-mata yang menjeling apalagi mulut-mulut yang mengomel senang citer ngumpat atau ngutuk ler. (termasuk jugak si penulis blog ne). Kadang-kadang jer la. Macam lawak jer bila tengok gelagat sipemakai tudung. Tapi yang peliknya style pakai tudung tahun 80an masih lagi diguna pakai sekarang ne. Alah! ingat lagi tak dengan cikgu zabedah cerita yang pelakon darma ngan nurkumalasari berlakon tu. Pasal diaorang sorokkan baby kat asrama. lama dah citer tu. Untuk yang mengikut fesyen terkini tudung ala-ala ekin, & ariani yang jadi pilihan. Kesian plak kat tudung2 aku yang melambak ne. Nak tak nak kena pakai gak, sebab apek kat rumah bersama2 ngan apek kecik dah pandai warning. "Ibu kalau nak beli apa2 kena tanya ayah dulu tau" warning si apek kecik". oooooo...kalau dia tak per.....

Photobucket

Tuesday, July 20, 2010

PEKENA?

Salam semua, semenjak dua menjak ne aku rajin pulak kedapur memasak. Macam2 juadah aku bikin. Aku baru belajar buat ais cream durian. Sedap.........bawak kat ofis, ofismate makan tak leh henti......sori la ea n3 tak bergambar, masak rajin amik gambar cam malas jer. Jumaat lepas anak sedara abah mintak izin nak jaga ngan bawak balik umah dia kat muar tuk berubatkan abah. Anak sedara abah ne pandailah gak tentang ubatan tradisional ne. Abah kat sana 2 minggu. Aku sedih bila diaorang nak bawak abah. Along ngan abang pun dah buat kata sepakat biarkan sepupu dia jaga abah. Lagipun kat sini tak de orang  nak jaga. Abah kena di pantau 24 jam. Jalan pun abah kena dipinpin. Abah suka meracau, selalu sebut nama kawan2 dia yang dah meninggal. Abah anggap arwah mak masih ada. "mak kau baru jer abis masak tu, abah lapar ne nak makan". Bederau darah, bila kita tanya mak pakai baju warna apa? abah jawab "putih". Apa pun harap abah boleh sembuh......amin......

Wednesday, July 14, 2010

AKU MEMANG PEREMPUAN

AKUSemalam tak tau kenapa dengan tiba2 aku menangis sambil buat kerja rumah. Macam biasa, baju kalau dah berlambak kenalah basuh. Tapi aku buat semua tu dengan linangan air mata. Walhal aku dah lali buat semua tu. Cuci baju celah gigi jer buat aku. Ada lagi kerja lain yang sangat bertentangan ngan jantina aku. Sebab aku kan PEREMPUAN. Kerja lebih teruk yang aku pernah buat macam pecahkan tembok rumah masa nak sambung dapur. Kawan2 aku pun pelik. Tapi tu ler yang aku buat bersama abah dulu. Masa tu abang kerja. Kesian kat abah, aku pun join sama. Tak sangka pulak abah lupa ku ni PEREMPUAN. Tapi semalam aku buat sambil nagis, sambil air mata suam menitis kelantai. Mungkin selama ni aku terlalu berdikari. Hampir semua kerja aku buat. Maksud aku kerja yang sepatutnya lelaki buat aku buat. Tu yang si SUAMI tak berapa nak kesah. "Alah isteri aku boleh buat." Jarang aku menyusahkan dia. Kalau aku malas, aku akan suruh dia. Biasanya kalau aku tak kerja, semua benda dah siap, mengemas umah(feveret aku), membasuh baju siap lipat, memasak(kalau ada lauk) pucuk pangkal semua beres. Aku pernah tebang pokok pisang nipah, tau kan batang pokok yang besar dan pokok yang tinggi. sampai jiran aku pelik. Aku pernah pecahkan tembok dapur, Aku tolong gergaji papan, Aku buat wiring sendiri, cat sendiri, macam2 lah. Tu yang jenjiran kata aku "independant". Kerana perkataan itulah abang tak kisah apa yang aku buat. Kadang aku minta dia pasangkan lock pintu toilet, betulkan kipas syiling dan pakukan pintu almari baju aku. Tapi dah berminggu tak buat. Malah dia kata nanti abang buat. Tapi....bila aku yang buat, dia diam dan buat tak tahu jer. Aku sedih. AKU PEREMPUAN. Ada juga kelemahan aku, aku penat buat semua tu,..................................................AKU TAK PERNAH DIHARGAI.............................Aku tau dia sibuk urus abah kat hospital. Malah dia tak ada masa ngan kami berdua. Dia sendiri mengaku yang dia dah tak rapat ngan haziq. Kalau freetime dia selalu rawat motor. Kotor skit cuci, abuk sikit lap.....aku??????????
Aku dah tua malas nak bertengkar, apa yang aku buat DIAM!!!!!!!!!

Tuesday, July 13, 2010

MIGRAIN MELANDA KEMBALI

Lama giler tak update blog, kurang ada perasaan rajin dan gigih berblog buat masa ini. Banyak punca migrain melanda, kesihatan yang kurang memuaskan buat masa ini, jenjiran yang berbudi pekerti lagi berhati mulia( ye ke?) tapi aku ada happy skit sebab abah dah mula sembuh dan mungkin minggu ne abah dah boleh balik. Selamat yang tak terhingga sebab dokter tak jadi nak amik air tulang belakang abah. Cuma................nyanyuk abah dah teruk. Nak buat cam ner kan? Abah dah tua dah 71 tahun pun. Masalah skang ialah siapa nak jaga abah kalau abang kerja pagi. Kena buat perbincangan ngan pak cik & mak cik ne. Almaklumlah abang hanya 2 beradik dan aku menatu tunggal buat masa sekarang. Apa pun ringan sama dijinjin berat sama dipikul. Tapi jawapan migrain melanda kembali sebab aku period....hu3x............... 

Wednesday, July 7, 2010

TIDo

Arrrrghhhhhh.........uuuuuuuuuuummmmmmmmmm....rasa mengantok tahap gaban. Tak cukup 1 jam aku lelap....ngantok lagi.....tapi aku gagahi juga solat zuhur.zzzzzzzzzzzzz

Tuesday, July 6, 2010

ABAH (4)

Semalam hubby jenguk abah di HSI, hubby melawat waktu belah petang sebab pagi kena kerja balik jam 3:00 petang. Sampai kat wad HDW abah baru bangun tidur. Tak sampai 2 minit tiba-tiba abah macam meracau sebut ayat yang sama. "tak payah amik, biarkan kat situ" gara2 hubby jawab soalan abah. "mana tukul besi" hubby jawab dah simpan. Tu yang asyik ulang "jangan amik biarkan kat situ" banyak kali dia ulang. Suruh istighfar dia boleh istighfar. macam biasa. pas tu cakap balik ayat yang sama. Dia dah tak kenal sangat orang. Adik sendiri pun tak kenal. Hubby panik, dia baca apa yang dia tahu sambil berbisik kat telinga abah. Akhirnya abah tertidur. Apa yang kami boleh buat ialah minta air saja. Selain tu bacakan ayat2 suci kat telinga abah. Sabtu lepas masa melawat kaki kanan ngan 2 belah tangan abah dah kena ikat. Gara2 abah meronta2 dan mencabut semua benda yang dilekatkan kat dada. Dan yang paling ngeri jarum yang dekat lengan tu pun ank dicabut. Kat leher abah pun ada satu tiub....Agaknya sebab abah dah seminggu koma, bila sedar terus meracau........hari ni aku halfday...nak ke HSI tengok abah....

Friday, July 2, 2010

ABAH (3)

Salam hari jumaat 2 july 2010, waktu rehat tadi gi jenguk abah bersama abang. Aku tengok abah dah ada kemajuan sikit. Tiub gas yang salur terus kat tekak abah dah dibukak pagi tadi. Abah cuma guna topeng yang orang sesak nafas guna. Mata abah pun dah celik dan ada respon pada cahaya dan kalau kita panggil abah akan toleh. Cuma sampai sekarang ne dokter masih beri abah ubat tidur lagi. Tu yang selalu ngantok jer. Tadi nurse dah pesan esok kalau datang bawa sabun mandi, tuala kecil dan pampers orang dewasa. Keadaan abah dah stabil buat masa sekarang tapi untuk sembuh sepenuhnya mmng x akan sebab abah dah berumur 71 tahun. Paru2 abah dah tak boleh sembuh. jantung saja yang dokter beri perhatian. Untuk abah ditukar ke wad biasa mungkin ambil masa berminggu2 lagi. Sebab dokter tak nak tanggung risiko. Jadi abah kena betul2 bernafas tanpa guna oxygen. Aku pun bukannya faham sesangat pasal perubatan ne. Apa pun harap abah sihat cukup lah. Kami 3 beradik doakan abah cepat sembuh. Esok kami datang lagi. Kesian kat haziq asyik tanya atok ajer. Nak buat macam mana HSI tak benarkan budak bawah 12 tahun melawat pesakit.

Thanks for Being My Friends