Thursday, May 27, 2010

PENANGAN UBAT BATOK

Salam pagi khamis semua, hai....gara2 makan ubat batuk aku lalok dari pagi sampai pas magrib smlm....baru normal..kalau x asyik nak baring jer. Mana tak nurse tulis kat botol tu 1.5ml..... minum ler satu penutup botol tu.....tu yang overdoss kot. kenoning jadinya. Nak tido kena minum kalau tak.....tak boleh tido......perit tekak ne.....jadinya bangun pagi lambat.........sib abik anto anak kat sebelah umah jer....dia sendiri yang bawak diri ke rumah penjaga dia........

Wednesday, May 26, 2010

Tuesday, May 25, 2010

PENCURI KABEL PUTUS 2

frontpage

MUADZAM SHAH: Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.

Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.

Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.

Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.

Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua.

“Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.

“Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.

“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 24, berkata kegiatan bodoh mencuri kabel elektrik di Felda berkenaan dikesan semakin berleluasa sejak enam bulan lalu.

“Kecurian kabel menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus. Sudah beberapa kali gangguan elektrik berlaku disebabkan kegiatan jenayah terbabit disyaki dilakukan penagih dadah.

“Apapun, kejadian ngeri itu diharap memberi pengajaran mengenai padah mencuri kabel elektrik dan berharap pihak berkenaan melakukan tindakan sewajarnya supaya penduduk tidak mendapat masalah akibat perbuatan pencuri terbabit,” harian metro

UWEK…………….

Tajuk atas tu pasal muntah. Bukan pembawakan, bukan loya ngandung tapi gara-gara tercekik tulang. Bukan tulang dinasour……. Ha! penangan ikan kembung masak asam gulai nenas ler ne.  my favorite…….menghirup kuah skali beb. Bayangkan 2 hari aku makan lauk yang sama. Sayang nak buang lagipun tak basi. Start tercekek hari sabtu….menahan sakit…..hari ne jam 10.00 pagi tadi aku telah diselamatkan oleh dokter mahzan…..tq dok….panjang gak tulang ikan tu 1 inchi. Patut bila aku telan air liur jer rasa nyucuk2. Macam2 dah aku cuba, telan gumpalan nasi, makan cokelat tanpa kunyah, minum air banyak2, makan roti gumpal tanpa kunyah. Tak jalan. Kan semalam aku masak bawal 3 rasa. Sayangnya bila lepas makan aku gi toilet sebab ada rasa nak muntah bila batu…..nak tau apa yang kuar? Makanan tengah hari……diikuti makan malam yang baru 10 minit tadi aku hadap. Sayangnya………………..perit tekak bila muntah keluar macam air terjun himalaya…………pastu mula rasa pening ala2 nak pengsan. Tu yang esoknya bangun pagi kenoning……….ingat x kuar lagi nak cuti….bila dah lega………alhamdulilah…….aku masuk opis lambat banyak…………leganya……(p/s) makan guna mata…jgn guna mulut jer…..lihat apa yang kita nak makan…)

Monday, May 24, 2010

MASAK

Dinner malam ne siakap 3 rasa........banyak yang nak kena betulkan lagi, tapi.........si haziq dan hubby 2 kali tambah.

KURANG PUAS HATI


Nama pun manusia, mana pernah puas kan? selalu jer nak yang cantik, kemas, bersih......satu kegilaan ku adalah selalu mengemas rumah, satu rumah plak tu. Bukan nak menunjuk yang aku ne rajin yang teramat. Tapi kalau tak buat semua tu rasa serba salah, lemah satu badan. Kekadang tu sampai hotak ne terfikir nak tubuhkan syarikat sendiri. Syarikat "How Clean Is Your House" ok? Tujuannya senang jer.....nak tolong cantikkan umah orang lain. Ada nak jadi pelanggan pertama? Sila buat temujanji secepat mungkin.....hu3x larat ke aku ne? Nak jadi cam diaorang ne????? Tidak.......................

COME BACK


Agak lama tak berblog. Macam ramai anak, macam kerjaya mencabar sangat....tapi hakikatnya aku hanya ada sorang anak lelaki yang berumur hampir 4 tahun dan seorang lelaki yang aku panngil suami. Umur tak yah citer ler secret.......tapi yang penting aku malas nak berblog......actually bz ngan kehidupan harian. Dengan family prob, abah mentua, kesihatan, masalah peribadi. Bila citer ngan best frend dia cakap aku ne tabah orangnya. Sebab macam2 rintangan, halangan, cabaran, dugaan yang aku lalui. Kuat sesangat ler tu. Apa pun ada lagi mahluk allah kat dunia ne yang di timpa masalah lebih berat dari aku.

Thanks for Being My Friends