Tuesday, December 1, 2009

MIGRAIN

Salam tuk kengkawan blogger. Skang ne tak de mood nak update blog. Kekadang rasa diri ne macam menunjuk2 pastu bila pikir balik apa hal ngan aku ne. Macam2 la..bila ada orang puji perasaan riak akan muncul. Apa la tu ea? bila beli barang tunjuk, bila buat apa2 tunjuk. nanti bila orang tengok........macam aku gak bila tengok blog orang lain bila benda tu cantik timbul plak rasa nak memiliki. Bila pikir2 secara logik benda tu semua tak boleh dibawa kekubur. Tapi nak sedapkan hati aku cakap pada diri sendiri yang benda tu untuk aku jadikan hobi sahaja sementara aku hidup kat dunia ne lagi. Tapi kalau dah melampau sangat aku sendiri rasa takut......Aku tau kematian yang akan memisahkan jasad aku ne untuk tinggal lama kat dunia ne. Kadang aku terfikir tapi memang betul manuasia tak cukup dengan satu benda lagi2 yang bernama perempuan 7 nafsunya....Fikirkan kembali bila aku dah tiada benda2 ne jadi kenangan untuk suami dan anakku tatap. "Ibu suka mengemas, cantikkan rumah kita dulu, sekarang tak de lagi yang buat kerja tu semua." Sedihnya.........Sebab tu aku akan berpikir banyak kali kalau nak membeli barang-barang sama ada itu KEHENDAK atau KEPERLUAN! Dan memang dah lama aku tanamkan dalam diri ni jangan membazir.........aku dah biasa hidup susah dulu. makan pun berlaukkan bawang masak sambal, tempe masak sambal. pergi sekolah pakai stoking ikat ngan getah tempe. pergi sekolah jalan kaki. kasut koyak rabak masih lagi aku pakai ke sekolah. itu semua tak penting yang penting hati mau ikhlas........

Thanks for Being My Friends